Pencerapan ini dilakukan terhadap seorang guru yang mengajar Matematik di sebuah Sekolah Menengak Kebangsaan Agama (SMK(A))
Guru yang mengajar kelihatan gementar dan mencuba untuk menggunakan bahasa Inggeris semasa mengajar. Bahasa Inggeris yang digunakan kelihatan agak kurang kena dan kurang tersusun, agak payah untuk beliau memilih dan menyusun ayat secara spontan apabila berkomunikasi dengan murid. Oleh kerana matematik tidak memerlukan begitu penjelasan yang panjang lebar, maka tidak begitu sukar untuk murid menguasai isi kandungan pelajaran (sebahagian besar). Semasa menjalankan aktiviti latihan, guru memberikan penjelasan dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Murid juga menggunakan bahasa Melayu untuk berinteraksi sesama sendiri semasa perbincangan dalam kumpulan.
Selepas selepasi pengajaran dilakukan, saya cuba bertanya kepada murid mengenai penggunaan bahasa Inggeris oleh guru mengajar mereka sebentar tadi. Mereka memberikan reaksi yang kurang meyakinkan dan menyatakan pengajaran hari ini lebih menggunakan bahasa Inggeris berbanding sebelumnya. Guru masih lagi cuba menyembunyikan amalan biasa yang mereka lakukan. Apabila dicerap oleh seseorang yang berkaitan dengan PPSMI, mereka cuba menggunakan bahasa Inggeris sebanyak mungkin. Ini menyebabkan kajian yang berkaitan tidak dapat memperolehi data yang tepat.
Guru yang mengajar Sains dan Matematik melakukan dua tugas pengajaran yang serentak. Mereka membantu guru bahasa Inggeris terutamanya untuk mengajar vokabulari. Di samping itu, guru ini juga perlu mengajar isi kandungan mata pelajaran Sains atau Matematik. Umpamanya, guru perlu menjelaskan makna ‘bleach’, ‘liquid’, ‘solution’ dan lain-lain perkataan yang kurang biasa dalam kalangan murid, terutamanya murid luar bandar dan pedalaman. Ada guru yang menyatakan ‘soft drink’ itu sebagai minuman lembut apabila ditanya oleh murid mereka. Lalu mereka diberikan sedikit imbuhan untuk mengajar kedua-dua subjek ini.
No comments:
Post a Comment