Sepanjang pencerapan yang dijalankan dan berdasarkan kepada pengalaman membuat pencerapan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, saya mendapati ramai guru-guru Sains dan Matematik mempunyai peluang dan ruang untuk memohon Guru Cemerlang (GC). Kuota GC di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah dapat dipenuhi setiap tahun kerana ketiadaan guru yang layak, malah jumlah permohonan GC dalama kalangan guru juga tidak begitu memberangsangkan sedangkan jumalah keseluruhan guru di negara kita adalah begitu ramai. Oleh itu, KPM tidak dapat membuat unjuran permohonan untuk kuota tambahan bagi GC daripada bahagian perkhidmatan. Kuota yang sedia ada tidak pernah dapat dipenuhi, bagaimana pulak nak mohon tambahan? Mengapa perkara ini timbul?
Katanya guru-guru diberikan peluang untuk meningkatkan kerjaya mereka melalui GC. Malahan GC juga diperluaskan kepada DG44, DG48, DG 52 sehingga DG54. Daripada pemerhatian dan perbincangan saya dengan guru-guru yang ditemui, ramai guru yang boleh mengajar dengan baik dan berpotensi menjadi GC dalam mata pelajaran sains dan Matematik, tetapi mereka tidak cukup berani mengemukakan permohonan GC kerana takut dicerap pengajaran dalam bahasa Inggeris. Oleh itu karier guru melalui GC sudah terjejas. Hanya guru Sains dan Matematik yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan yakin dan baik sahaja ‘berani’ memohon. Mereka adalah daripada graduan yang berkelulusan dari luar negara, berbangsa Cina dan India (yang biasanya boleh menguasai bahasa Inggeris dengan yakin dan baik, (adakah anda setuju dengan saya?)) sahaja yang berpeluang menjawat jawatan GC dan berani memohon GC.
1 comment:
Ingin saya berkongsi maklumat yang saya dapat dari sebilangan besar guru yang ditemui berkenaan GC. Majoriti memberikan jawapan yang spontan yg sama iaitu GC akan selalu keluar, banyak kerja tambahan, kena buat kanjian tindakan, kertas kerja dan sebagainya. Kesimpulannya "..saya lebih senang jadi guru biasa, low profile."
Tugas utama GC adalah untuk membantu pNp sekolah dan 10% sahaja untuk JPN/KPM namun GC telah disalahgunakan sehingga sekolah terabai.
Sebagai GC sudah semestinya 'above and all'dari guru biasa. Seorang yang sgt bermotivasi dan inovasi. Mempunyai semangat bekerjsasama/membantu sekolah/rakan sekerja dalam memajukan pencapaian akademik dan pembelajaran yang 'happening'.
Post a Comment