Wednesday, September 10, 2008

Kemahiran Generik MARA

Saya ditugaskan untuk memberi kuliah mengenai tajuk Kemahiran Generik (KG) kepada sekumpulan guru-guru MARA yang terdiri daripada guru MRSM, IKM, Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA seluruh negara. Adakah kita sebagai guru memerlukan kemahiran ini? Setelah dilihat berbagai definisi mengenai KG ini saya merumuskan seperti berikut ”There is no absolute definition of these skills” Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dalam dunia pekerjaan. Selain daripada kemahiran teknikal yang diperlukan, kemahiran generik menjadi satu keperluan bagi setiap individu supaya dapat bekerja dengan baik dan cekap. “Skills that would enable them to work well on a team, to master new technology relatively quickly, to adapt to changing circumstances, to grow and change as their careers developed–the kinds of things that make for a good employee, no matter what the vocation” Mengapa KG diperlukan oleh guru?

There is a high demand for generic skills in the workplace. Employers seek to ensure business success by recruiting and retaining employees who have a variety of skills and personal attributes, as well as technical skills. Individuals also need a range of generic skills to form and maintain family and community relationships. Sebagai seorang guru, kita mempunyai keperluan seperti berikut: - Keperluan untuk sentiasa berdaya saing - Keperluan untuk mendapatkan ilmu baru dalam dunia berasaskan ilmu (k-world) sekarang ini - Keperluan untuk bersosial dan berinteraksi dalam dunia yang serba kebergantungan - Keperluan tempat kerja

Seseorang guru perlu memiliki KG supaya dapat berfungsi dengan baik dan berkesan. Namun, tempat kerja kita dan institusi kita masa kini tidak mementingkan KG ini. Kita ditagih untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, oleh itu sewajarnya KG diamalkan di setiap institusi dan organisasi kerajaan. Kita lihat di negara barat, mereka mempunyai KG yang tertentu untuk diamal dan ditunjukkan oleh setiap warga kerjanya. Cuba kita lihat apa yang diperlukan oleh majikan; - LEADERSHIP SKILLS - INTERPERSONAL SKILLS - NEGOTIATION AND COMMUNICATION SKILLS - ASSUME TEAM, NOT INDIVIDUAL APPROACH - HANDLE AMBIGUITY/FLEXIBILITY - POSITIVED AND FOCUSED - ENTHUSIASTIC

Mereka tidak meletakkan priority pandai seseorang pekerja itu sebagai syarat untuk diambil bekerja. CGPA tidak dipandang sangat untuk menjawat jawatan di sesebuah organisasi. Kemahiran dan pengetahuan asas untuk berkerja sudah diperolehi ditempat latihan (Universiti dsb), namun untuk mengendalikan tugas dengan berkesan memerlukan kemahiran tertentu seperti di atas. Seseorang guru misalnya, bukan sekadar pandai mengajar, masuk kelas – mengajar – keluar kelas – masuk ke bilik guru- dan seterusnya. Adakah kita tidak perlu berinteraksi dengan orang lain? Adakah kita tidak perlu kemahiran untuk mentadbir bilik darjah kita? Sebenarnya faktor inilah menyebabkan suasana bilik darjah di sekolah kita tidak begitu ceria. Masuk sahaja ke bilik darjah, keadaan tidak terurus, papan kenyataan berlubang, maklumat di papan kenyataan sudah ’out-dated’ dan tidak dikemaskini. Kita tidak boleh memberikan alasan beban tugas dan sibuk kerana mentadbir bilik darjah adalah merupakan satu tugas utama kita sebagai guru. Menangani murid nakal memerlukan kemahiran berbincang, bertolak ansur dan berhemah serta bijaksana. Idea yang kreatif diperlukan untuk mengatasi setiap masalah yang timbul dengan murid sedemikian. Adakah semua guru kita mempunyai kemahiran ini? Saya yakin sekiranya KG diadakan dan diamalkan di setiap sekolah, guru akan didedahkan kepada kemahiran-kemahiran tertentu bagi melaksanakan tugas mendidik dengan lebih berkesan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah cuba memperkenalkan KG kepada guru-guru sekolah di bawah KPM. Namun KG yang diterapkan itu lebih kepada kemahiran asas untuk menjadi guru, bukan untuk membantu guru supaya menghadapi pelbagai situasi yang kita bincangkan di atas. Berikut adalah KG yang didedahkan oleh KPM kepada guru-guru, terutamanya guru-guru di sekolah bestari;

• Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) • Kemahiran Mentaksir dan Menilai (KMM) • Kemahiran Berfikir (KBF) • Kemahiran Belajar (KB) • Kemahiran Pemudahcaraan (KF)

Pada pandangan saya, kemahiran ini adalah sesuai namun, tidak mencukupi dan perlu ada lagi kemahiran lain seperti kemahiran interpersonal, kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah (problem solving) dan sebagainya. Berikut adalah KG yang difikirkan oleh guru-guru MRSM untuk dikuasai bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan; KEMAHIRAN GENERIK GURU MRSM (DG44) 1. KEMAHIRAN KOMUNIKASI 2. KEMAHIRAN MENGURUS DN MENTADBIR 3. KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH 4. KEMAHIRAN BEKERJA DALAM PASUKAN (TEAM BUILDING) 5. KEMAHIRAN MERANCANG, MENGURUS DAN MELAKSANAKAN AKTIVITI 6. KEMAHIRAN MEMANTAU 7. KEMAHIRAN PENGUCAPAN AWAM 8. KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN (PARENTING) 9. KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN 10. KEMAHIRAN MENYIASAT 11. KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN 12. KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN (FACILITING) 13. KEMAHIRAN ICT 14. KEMAHIRAN MENGGUNAKAN IDEA BARU (INOVASI) 15. KEMAHIRAN MENGENDALIKAN MESYUARAT/PROGRAM/AKTIVITI 16. KEMAHIRAN MEMUJUK DAN BERUNDING (NEGOTIATION) 17. KEMAHIRAN KAUNSELING 18. KEMAHIRAN MENDENGAR 19. KEMAHIRAN MEMAHAMI BUDAYA 20. KEMAHIRAN BERSOSIAL (KEMASYARAKATAN) 21. KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH (PROBLEM SOLVING) 22. KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN (DECISION MAKING) 23. KEMAHIRAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN PENGURUSAN DIRI 24. KEMAHIRAN KESELAMATAN ASAS (FIRST AID) 25. KEMAHIRAN MENANGANI KONFLIK DAN STRESS 26. KEMAHIRAN MEMANTAU 27. KEMAHIRAN MENGURUS MASA 28. FLEXIBILITY AND ADAPTIBILITY 29. KEMAHIRAN MERAMAL 30. KEMAHIRAN BAHASA BADAN (BODY LANGUAGE) 31. KEMAHIRAN MENGENAL PASTI, MENCUNGKIL DAN MENGEMBANGKAN POTENSI PELAJAR 32. POSITIVE AND FOCUS 33. KEMAHIRAN BERHUBUNG DENGAN DUNIA LUAR 34. KEMAHIRAN BELAJAR SEPANJANG HAYAT 35. KEMAHIRAN PEMBELAJARAN KENDIRI (SELF-LEARNING)

KEMAHIRAN GENERIK UNTUK GURU MARA DG 48 1. KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DENGAN SEMUA LAPISAN MASYARAKAT 2. KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH (PROBLEM SOLVING) 3. KEMAHIRAN MENGAWAL EMOSI 4. KEMAHIRAN BERFIKIR 5. KEMAHIRAN BERSOSIAL 6. KEMAHIRAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT 7. KEMAHIRAN BERINTERAKSI 8. KEMAHIRAN MEMBUAT ANALISIS 9. KEMAHIRAN MENENGANI STRESS DAN KONFLIK 10. KEMAHIRAN PENGUCAPAN UMUM (PUBLIC SPEAKING) 11. KEMAHIRAN MEMBUAT DOKUMENTASI/LAPORAN 12. KEMAHIRAN ICT 13. INTERPERSONAL SKILL 14. KEMAHIRAN KAUNSELING 15. KEMAHIRAN PENGURUSAN 16. KEMAHIRAN MENDENGAR 17. KEMAHIRAN MENGAWAL KELAS (CLASSROOM MANAGEMENT) 18. KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN 19. KEMAHIRAN MEMBUAT PENYELIDIKAN TINDAKAN/ MENYELIDIK 20. KEMAHIRAN PENAMPILAN DIRI 21. KEMAHIRAN SNI MEMPERTAHANKAN DIRI 22. KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN 23. KEMAHIRAN MENGENDALIKAN MESYUARAT 24. KEMAHIRAN PENGURUSAN FAIL 25. KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN (DECISION MAKING) 26. KEMAHIRAN MERAMAL 27. KEMAHIRAN MEMAHAMI PROTOKOL 28. KEMAHIRAN BERBAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA 29. KEMAHIRAN BERJENAKA 30. KEMAHIRAN BEKERJA DALAM PASUKAN (TEAM WORK) 31. KEMAHIRAN P-R (PUBLIC RELATION) – INTER PERSONAL SKILL 32. EMOTIONAL-RELATED SKILL 33. KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN PENJAGAAN DIRI 34. KEMAHIRAN MENGURUS KEWANGAN 35. KEMAHIRAN MEMIMPIN (LEADERSHIP SKILL) 36. KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN Salam bahagia dan jumpa lagi...

No comments: