Saya ingin mengajak anda semua ke arah menangani gejala kenakalan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sebelum itu kita sebagai guru perlu tahu (melalui kajian dan pemerhatian yang berterusan dan tekal) apakah sebabnya mereka nakal? Antaranya ialah: - Latar belakang keluarga - Bosan dengan mata pelajaran yang tidak diminati - Tidak dapat menguasai 3M - Motivasi rendah dan lain-lain lagi mengikut suasana dan tempat masing-masing.
Seseorang guru perlu mempunyai ciri-ciri tertentu untuk dapat melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan bagi menangani kenakalan murid seperti berikut: - ‘Garang’ - Suara yang jelas, tinggi dan kuat (bukan menjerit) - Prihatin kepada murid - Kreatif - Penyayang - Inovatif - Mempunyai kemahiran TMK (ICT) - Peramah - Mengenali semua murid dengan nama (terutama yang nakal dalam kelas tersebut) - Wujudkan ‘eye-contact’ dengan murid selalu - Bijak berinteraksi - Pandai berjenaka (Humour) - Bijak bersoal jawab.
Menggunakan teknik bersoal jawab yang baik dan berkesan. Bertanyakan soalan yang baik dan jelas serta bertujuan.
Boleh menggunakan ‘punishment’ yang ringan dan bertujuan Boleh menggunakan ‘ugutan’ yang dapat mententeramkan suasana bilik darjah.
Sekali lagi saya tegaskan bahawa tidak dapat dinafikan sekolah memerlukan guru lelaki yang ramai bagi membantu menangani masalah disiplin murid. Oleh sebab itulah, guru lelaki yang sebilangan kecil di sekolah-sekolah bandar telah ditugaskan dengan perkara yang berkaitan dengan displin.
Saya ingin mencadangkan beberapa kaedah yang sesuai dan mungkin dapat digunakan oleh guru bagi menangani kenakalan murid dalam bilik darjah: - Kumpulkan murid mengikut kebolehan masing-masing (contohnya penguasaan 3M) - Berikan tugas yang menyeronokkan mereka dan dapat ‘menyibukkan’ mereka semasa sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. - Laksanakan projek yang boleh melibatkan mereka dan setiap individu diberikan tugas yang berkaitan dengan projek tersebut, supaya mereka sibuk dan ‘ada kerja’ untuk dibuat. Oleh itu, mereka tidak ada ruang untuk mengacau kawan lain atau merayau-rayau sekeliling kelas. Berikan perhatian secara individu kepada murid yang dikenal pasti terlalu nakal dan sukar dikawal. - Gunakan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai dan dapat merangsang mereka untuk belajar. Kemahiran TMK (ICT) adalah diperlukan bagi penyediaan slaid yang baik, interaktif, mempunyai gambar atau klip video.
Guru perlu tegas dan memberi arahan dengan jelas bagi setiap aktiviti. Saya akan membicarakan mengenai peranan pentadbir dalam menangani kenakalan murid dalam ruangan yang akan datang. Selamat mengajar dan semoga ketetapan baharu umur pencen sehingga usia 58 tahun akan menjadi pendorong kepada warga guru untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. Masih ramai guru yang sihat, segar, berfikiran terbuka, penuh dengan pengalaman dalam usia 58 tahun. Ini akan membantu anak didik kita mendapat yang terbaik daripada guru yang berpengalaman. Sayang bila kita lihat guru yang semakin banyak pengalaman ini sudah tidak dapat menyumbangkan ilmu, tenaga, dan buah fikiran kerana bersara. Jumpa lagi…
No comments:
Post a Comment