Laman blog ini memaparkan idea dan amalan dalam bidang perguruan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sepanjang menjadi guru, pendidik guru dan bidang pentadbiran yang berkaitan dengan perguruan di Malaysia. Semoga pengalaman dan idea ini dapat dikongsi bersama rakan-rakan guru yang lain.
Tuesday, September 23, 2008
Refleksi 3 - PPSMI
Salam bahagia..
Refleksi berikutnya adalah daripada pencerapan seorang guru di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK(C))
Guru dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan menggunakannya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun sesetengah istilah di selang-selikan penjelasan dalam bahasa Mandarin dan bahasa dialek tempatan. Sebahagian kecil murid dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan dapat berkomunikasi dengan guru.
Namun, semasa murid menjalankan aktiviti yang diberikan, dan semasa guru membantu murid melakukan aktiviti latihan, beliau banyak menggunakan bahasa Mandarin bagi memastikan muridnya faham.
Menurut guru tersebut, sebahagian besar murid ini tidak suka diajar dalam bahasa Inggeris (juga dapat diperhatikan melalui reaksi yang ditunjukkan oleh mereka).
Guru ini merupakan seorang guru yang amat berdedikasi dan berusaha keras untuk memahamkan murid-murid beliau. Guru cukup berkeyakinan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Beliau menggunakan 70% bahasa Inggeris dan selebihnya 30% bahasa Mandari yang diselang-selikan dengan dialek tempatan (Hokien)
Murid-murid sekolah Cina amat beruntung kerana mereka dibenarkan untuk belajar mata pelajaran ini dalam bahasa ibunda mereka sendiri (bahasa Mandarin). Oleh itu mereka berpeluang menguasai isi kandungan pelajaran sebanyak dua kali, iaitu dalam bahasa Inggeris (semasa waktu belajar biasa) dan dalam bahasa ibunda (semasa waktu tambahan).
Persekitaran murid (latar belakang keluarga dam sebagainya) sangat banyak membantu mereka untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan guru. Ini berlaku dalam kelas ini, beberapa orang murid berinteraksi dengan guru menggunakan bahasa Inggeris dengan baik. Murid kelihatan begitu yakin bertutur. Namun, semasa menjalankan aktiviti kumpulan, mereka masih menggunakan bahasa ibunda untuk berinteraksi sesama sendiri.
Apabila ditanya sama ada beliau ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, beliau berkata cukuplah setakat ini. Beliau sudah selesa dengan tugas dan tanggung jawab yang dipikul sekarang, tambahan pula beliau adalah penduduk tempatan dan cukup selesa dengan apa yang beliau ada. Saya bertanya sama ada beliau berminat untuk memohon Guru Cemerlang (saya rasa beliau layak), beliau menyatakan kurang berminat buat masa ini.
Jumpa lagi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment