Wednesday, July 24, 2013

METAFORA



Konsep metafora adalah konsep perancangan yang mengungkapkan atau mengidentifikasikan hubungan antara benda-benda yang lebih bersifat abstrak daripada yang sebenarnya (nyata). Bentuk-bentuk yang nyata tersebut diolah dan dipadukan dengan imajinasi seseorang.

Perkataan metafora adalah berasal daripada bahasa Yunani iaitu metapherin. ‘meta’ bermaksud ‘atas’ dan ‘phrein’ bermaksud ‘diangkat’. Metafora merujuk kepada satu set proses linguistik yang mana sesetengah karakteristik sesuatu subjek ‘diangkat ke atas’ atau dipindahkan kepada objek yang lain. Oleh yang demikian, jika objek yang kedua dituturkan atau diaplikasikan seolah-olah ia berada pada kedudukan objek yang pertama. Metafora ialah penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain dari makna yang tersurat. Contoh perkataan api maknanya nyalaan panas yang membakar, dan mata adalah alat untuk melihat. Kedua-dua perkataan api dan mata boleh menjadi metafora seperti di ‘matanya ada api’.

Metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut. Metafora ialah kiasan yang tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti seolah-olah, ibarat, seakan-akan, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama. Dalam ayat “ Budak itu lembu ”,lembu’ ialah metafora. Dalam ayat “ Budak itu bodoh seperti lembu ”, ‘lembu’ ialah perumpamaan kerana terdapat perkataan ‘seperti’ sebelum ‘lembu’.

Metafora adalah kiasan retoris didefinisikan sebagai perbandingan langsung antara dua perkara yang kelihatan tidak berhubungan. Dalam metafora, sebuah objek pertama digambarkan sebagai orang atau tepat sama dengan objek kedua. Oleh itu, objek pertama dapat dijelaskan secara ekonomis karena implisit dan eksplisit atribut dari objek kedua digunakan untuk meningkatkan penjelasan objek yang pertama. Metafora  dimanfaatkan dalam sastera, terutamanya dalam puisi, dimana dengan sedikit kata-kata, emosi dan asosiasi dari satu objek dapat dikaitkan dengan objek lain.

Metafora sering dilihat sebagai fungsi kognitif dasar iaitu manusia secara alami melihat ciri-ciri umum sesuatu objek berdasarkan fakta-fakta yang berbeda, dan perkara seperti ini mungkin diperlukan untuk pemahaman dan pembelajaran. Sebuah metafora adalah bersifat umum iaitu sebuah kiasan yang digunakan untuk melukis satu konsep dengan ciri-ciri yang biasanya berkait dengan yang lain.

Dapatan kajian menegaskan bahawa metafora wujud dalam kehidupan seharian manusia melalui bahasa, pemikiran dan tindakan manusia. Penggunaan metafora didasari oleh skema imej. Metafora melambangkan maksud yang berlainan daripada ekspresi yang diujarkan.       

Kebiasaannya metafora terdiri daripada dua patah kata contohnya seperti lembah duka, lautan api, kota kesengsaraan, cahaya kepintaran, tunas harapan, padang kehidupan, madu kesusahan, cuka kesangsian dan piala remaja. Contoh metafora di atas adalah suatu cara untuk mendeskripsikan sesuatu dengan mengatakan bahawa terdapat suatu perkara lain yang mempunyai kualiti terhadap sesuatu yang hendak dijelaskan.

Contoh-contoh metafora:

Angin berbisik padaku tentangmu, Malam sedang menunggu matahari, Roda kehidupan, Kotak ingatan, Gelora kenangan, Gerabak kenangan, Kolam kenangan,       Titian kasih, Bibir nasihat, Jari maklumat, Seruling ilmu, Gunung matlamat, Lumut mundur, Hujan kejayaan, Gitar kesedaran, Sejadah keakraban, Bukit hasrat, Pondok jasa, Wuduk kesedaran, Mentari azam, Kemarau ilmu, Angin rasa.



Menurut pakar bahasa, terdapat juga persamaan antara metafora dengan perumpamaan seperti:

Harapkan pagar, pagar makan padi.
Biar mati anak, jangan mati adat.
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam, inikan pula otak manusia.
Seperti kerbau dicucuk hidung.
Bagai murai dicabut ekor.

Kepentingan Metafora

Metafora adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu. Bahasa metafora bukan sahaja lembut pada pendengaran tetapi juga memiliki unsur kelucuan. Walaupun ada antara bahasa metafora ini dapat dijadikan bahasa sindiran namun jarang sekali pendengarnya yang sakit hati walaupun sindiran tersebut ditujukan kepadanya. Metafora lahir daripada idea yang kreatif yang tidak jauh daripada unsur-unsur kiasan. Penggunaannya berkait rapat dengan kepercayaan, sikap dan nilai masyarakat. Penggunaan metafora dalam kehidupan masyarakat menunjukkan ketinggian tahap pemikiran bermula sejak dahulu kerana mampu mencipta pelbagai bentuk metafora yang menjadi kekayaan warisan bangsa.

·         Menimbulkan kesan keindahan dalam karya.
·         Mewujud nilai estetika dalam karya. Contoh:Tali kasih -  tali adalah benda yang halus panjang untuk mengikat sesuatu, kasih adalah perasaan sayang terhadap seseorang atau sesuatu. Tapi jika disebut tali kasih akan membawa makna tersendiri.
·         Menggambarkan keadaan yang tersirat.
·         Mengelakkan penggunaan bahasa kasar.
·         Menunjukkan budaya masyarakat.


8 comments:

Anonymous said...

terima kasih daun keladi
esok lusa buat banyak lagi

Unknown said...

Jika diberi gambaran sebatang rokok yang sedang menyala. Apakah metaphor yang boleh di nyatakan

Ananaifa Foods said...
This comment has been removed by the author.
Ananaifa Foods said...

I take the metaphor as 'ada pembaziran yg sedang berlaku' 😂

Unknown said...

Terima kasih pencerahan yang sangat bermakna.

Unknown said...

Harapkan pegar, pegar makan padi

Unknown said...

Pegar adalah seekor burung yg memakan perosak di sawah padi...

Jika pagar yg mkn padi pasti sawah memakan hati

Hajar Aswad said...

Harapkan pagar., pagar tak boleh harap.,