Menurut istilah Kesusasteraan, analogi
merupakan suatu kaedah penyelesaian masalah berasaskan bentuk ungkapan yang
telah diketahui dengan yang belum diketahui. Perbandingan di antara dua perkara
atau keadaan yang mempunyai persamaan dalam beberapa aspek tertentu. Dalam ilmu bahasa adalah persamaan
antara bentuk yang menjadi dasar terjadinya bentuk-bentuk yang lain. Analogi
merupakan salah satu proses morfologi dimana dalam analogi, pembentukan kata baharu
daripada kata yang telah ada.
Definisi lain
yang di maksud dengan analogi adalah suatu proses menggunakan
perbandingan dua hal yang berbeda dengan cara melihat persamaan dari dua hal
yang diperbandingkan tersebut sehingga dapat digunakan untuk memperjelas suatu
konsep. Analogi adalah bersifat abstrak dan imaginatif, berlainan daripada makna
perkataan yang biasa, lazim dan harfiah, antaranya ialah ungkapan, frasa,
perkataan yang memanfaatkan penggunaan bahasa kiasan, lambang, metafora
dan sebagainya bagi menyatakan makna.
Analogi juga
bermaksud kias, perbandingan (yang memperlihatkan ciri-ciri persamaan).
Mencipta
Analogi
Analogi ialah
kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara
yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud
tertentu. Biasanya analogi menggunakan kata bandingan seperti, bagai, macam, umpama untuk
membandingkan suatu perkara dengan perkara atau objek yang lain bagi menyatakan
maksud tertentu.
Tujuan
penggunaan analogi adalah untuk membantu seseorang menambah dan
mempercepatkan kefahaman tentang sesuatu
perkara. Analogi juga dapat membantu seseorang menjustifikasikan rumusan yang dibuat berdasarkan persefahaman antara satu objek
dengan yang lain. Penggunaan analogi juga dapat membantu menonjolkan ciri am
yang terdapat pada objek-objek tertentu.
Bagaimana cara untuk mencipta analogi?
Beberapa soalan
boleh dikemukakan untuk membantu mengembangkan lagi kemahiran mencipta analogi
sepeti berikut:
·
Objek iti sama
seperti apa?
·
Sejauhmanakah
objek kedua itu sama dengan objek pertama ?
Contoh Analogi
Badannya kurus macam lidi.
Mukanya bujur macam telur.
Bangunan di Bandaraya Kuala Lumpur tumbuh macam cendawan
selepas hujan.
Kanak-kanak itu lapar seperti anak burung yang kehilangan
ibu.
Guru itu garang macam harimau.
1 comment:
Engkau ni., macam mak aku rr.. Adakah ini ayat analogi..?
Post a Comment