Thursday, July 11, 2013

Istilah... sambungan

Berikut adalah beberapa istilah penting sebagai sambungan daripada perbincangan lepas.



SHUTTER
Alat penutup dan pembuka lensa yang mengawal masa kemasukan cahaya ke dalam kamera.

LENSA
Alat menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem di dalam kamera.

FOKUS
Mengubah Lensa Ke Belakang Atau Ke Depan Supaya Ia Boleh Memancarkan Suatu Imej Dengan Terang Sama ada Benda Itu Jauh Atau Dekat

PENILIK PANDANG
Alat memandang yang membolehkan pengguna mengarah kamera kepada sasaran


Selain itu, kita juga perlu mengetahui asas kamera. Berikut adalah tiga jenis sistem kamera. 


SISTEM KAMERA

Kita boleh menemui kamera dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan telefon bimbit juga sudah dilengkapi dengan sistem kamera, malahan dapat merakam klip video walaupun dalam kapasiti penyimpanan yang terhad. Seseorang penggemar fotografi perlu mengetahui asas kepada bidang ini iaitu kamera. Berikut dipaparkan tiga sistem kamera yang terdapat dipasaran:

  1. Sistem Manual – aperture dan shutter speed secara manual. Masa kini kamera jenis ini sangat jarang dijumpai dipasaran sebab penggemar kamera kebanyakannya tidak cenderung menggunakan kamera jenis ini. Jurugambar profesional kebanyakannya menggemari sistem kamera ini. Malahan mereka tidak suka menggunakan sistem kamera automatik.

  1. Sistem Automatik – terdapat dua jenis kamera yang menggunakan sistem ini iaitu:
2.1.      Aperture automatik, shutter speed secara manual
2.2.      Shutter speed automatik – aperture secara manual.

3.   Sistem program – aperture dan shutter speed automatik
 

No comments: