Mulai minggu ini saya akan menulis mengenai PENGAJARAN - apakah maksud pengajaran kepada guru, bermula dengan matlamat dan hasil pengajaran. Seterusnya saya akan berbincang mengenai Domain pembelajaran iaitu Taksonomi Bloom. Selian itu beberapa perkara akan dibincangkan selepas ini seperti tajuk berkaitan dengan pendekatan pengajaran dan kaedah pengajaran.
Sebagai permulaan, kita akan berbincang mengenai matlamat dan hasil pengajaran.
MATLAMAT PENGAJARAN
Satu pernyataan
umum yang memberi arahan kepada keperluan-keperluan yang lebih terperinci.
Merupakan satu titik permulaan, sesuatu yang idea, satu cita-cita dan satu arah
untuk dituju. Matlamat adalah kategori tingkah laku. Matlamat juga adalah
peringkat am tingkah laku, sementara objektif ialah peringkat khusus tingkah
laku. Matlamat pengajaran tidak boleh begitu terperinci supaya mudah dapat
dilaksanakan. Matlamat adalah kabur supaya dapat memuatkan idea-idea, cita-cita
dan arah yang lebih luas. Walau bagaimanapun matlamat pengajaran perlu
dinyatakan sebab penilaian pembelajaran murid bukan sahaja dilakukan secara
terperinci, namun perlu juga dilakukan secara meluas dan umum bagi meliputi
kesemua objektif. Perkaitan antara matlamat dan objektif ialah, matlamat boleh
dipecah-pecahkan kepada beberapa objektif yang lebih spesifik.
Contoh:
Murid akan dapat memahami tentang keindahan bunyi
dalam pantun muda mudi.
HASIL PENGAJARAN.
Hasil pengajaran
adalah istilah terbitan daripada istilah objektif pengajaran. Objektif adalah
untuk mengukur dengan jelas sesuatu tingkahlaku yang dapat ditunjukkan oleh
murid selepas memperlajari sesuatu perkara. Oleh kerana pembelajaran murid
diukur daripada perubahan tingkah laku, maka dalam proses pengajaran, guru
perlulah menetapkan objektif terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara diajar
kepada murid. Objektif adalah perkara yang akan dipraktikkan semasa pengajaran atau
dilaksanakan bagi mencapai cita-cita atau arah supaya ianya menjadi kenyataan.
Hasil
pembelajaran adalah memfokuskan kepada jangkaan apa yang murid dapat lakukan
atau capai. Takrif hasil pembelajaran adalah mencadangkan bahawa
pembelajaran adalah disengajakan dan bukannya kebetulan atau tidak sengaja. Perbezaan antara objektif dan hasil
pembelajaran adalah hasil pembelajaran berfokuskan kepada apa yang murid
peroleh daripada aktiviti pengajaran guru.
No comments:
Post a Comment