Wednesday, July 24, 2013

PETA MINDA



Peta minda adalah merupakan satu struktur yang dilukis di atas kertas yang mengandungi idea penting dimana idea utama berada di tengah-tengah rajah dan idea-idea lain yang berkembang daripada idea utama berpecah keluar ke seluruh sudut dengan menggunakan garisan, bongkah geometri dan sebagainya. Peta minda dibentuk berdasarkan kepada pemikiran otak manusia memproses maklumat. Otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menganalisis dan sebagainya.

Dalam peta minda, maklumat penting disusun dengan menyeluruh supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif. Ini adalah selaras dengan cara otak memperoses dan merakam maklumat. Penyelidikan menunjukkan otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan idea penting.maklumat yang dirakan mengikut struktur yang sistematik akan memudahkan dirakam dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear.

Kepentingan Peta Minda

Menyampaikan persembahan dengan mudah, lancar dan tersusun.
Memudahkan pelajar mencatat nota semasa ceramah, kuliah atau sesi perbincangan.
Meningkatkan daya ingatan kepada fakta.
Membuat perancangan semasa belajar, membaca, kuliah, mesyuarat dan sebagainya.
Menggabungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan.
Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik serta mudah untuk diperkembangkan.

Hubungan idea dalam peta minda mudah dikenalpasti kerana dilengkapkan dengan simbol, rajah, bongkah dan warna yang menarik. Penyelidikan mendapati semua idea dan maklumat yang pernah dialami adalah dirakam dalam ingatan dan peta minda adal sebagi kunci pembuka kepada idea tersebut. Penggunaan peta minda boleh meningkatkan daya pemerhatian dan pemusatan yang mana dapat melibatkan semua anggota. Peta minda juga sangat penting digunakan semasa pelajar membuat ulangkaji pelajaran atau bahan bacaan. Peta minda yang dilukis semasa mengulangkaji pelajaran adalah ringkas, memberikan makna yang nyata dan tersirat.


Cara Melukis Peta Minda

Cari semua maklumat mengenai sesuatu topik atau bab yang dibaca.
Cari kata kinci yang sesuai untuk digunakan.

Contoh:

Keperluan asas manusia.
Maklumat penting ialah:, udara, air dan tempat tinggal




Setiap kota maklumat penting boleh disambung lagi dengan maklumat yang lebih terperinci.

Contoh di bawah adalah menunjukkan punca-punca masalah disiplin murid di sekolah. Masalah disiplin murid boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya.

  
Pelbagai bentuk boleh digunakan semasa melukis peta minda. Ada yang berbentuk tulang ikan, ranting kayu dan sebagainya, mengikut kreativiti seseorang.








No comments: