Pemikiran
Analitikal dan Kreatif
Pemikiran analitikal tidak banyak
bezanya dengan pemikiran kritis. Namun jika diteliti dengan
lebih mendalam ada perbezaan yangketara.
PEMIKIRAN ANALITIKAL
Pemikiran kritikal adalah memahami
sesuatu perkara secara keseluruhan dengan memahami semua komponennya (misalnya
melihat pelaksanaan suatu proses pengajaran
dan pembelajaran dengan menentukan bagaimana faktor seperti
bilangan murid, kemudahan yang disediakan, mata pelajaran yang diajar dan
sebagainya mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran tersebut tanpa
membuat apa-apa penghakiman terhadap keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran tersebut).
Kemahiran ini digunakan untuk
mendefinisikan konsep atau item dan juga untuk mengenali antara konsep atau item yang hampir
serupa. Untuk itu anda perlu mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu
konsep atau objek.
Kemahiran
Pemikiran Analitikal
Mencirikan
Kemahiran ini digunakan untuk mendefinisikan konsep atau item dan juga untuk mengenali
antara konsep atau item yang hampir serupa. Untuk itu anda perlu mengenal pasti kriteria
seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek
Membanding dan Membezakan
Anda perlu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat,
kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila
terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan. Ia juga digunakan untuk membuat pilihan dan keputusan.
Mengumpul dan mengelaskan
Anda perlu mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan
kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan
ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Selalunya kemahiran ini digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat, atau
pun item dan maklumat yang tidak tersusun.
Membuat Urutan
Anda perlu menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti,
ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan. Kemahiran ini digunakan
untuk menyusun item atau maklumat supaya mudah difahami dan item tertentu mudah
dikesan.
Menyusun Mengikut Keutamaan
Anda perlu
menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau
kesegeraan. Kemahiran ini digunakan untuk menonjolkan perkara yang mustahak dan
menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu.
Menganalisis
Anda perlu
mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep
atau peristiwa serta mencari makna
yang tersirat. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami
hubung kait antarabahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
Menganalisis ialah kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran
berfikir.
Mengesan Kecondongan
Anda boleh mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau
menentang sesuatu. Kemahiran ini diguna apabila terdapat sesuatu pernyataan yang cuba
mempengaruhi keputusan atau pendapat seseorang. Anda boleh juga menggunakan kemahiran ini untuk menimbang ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan
atau mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang. Bagaimanakah kita hendak
mengenalpasti kecondongan?
Menilai
Anda perlu membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan
keburukan berdasarkan bukti yang sahih. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan
bagi memilih sesuatu atau menerima atau menolak sesuatu idea.
Membuat kesimpulan
Anda boleh membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada
sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara
PEMIKIRAN KREATIF
Perkara yang
ditimbulkan apabila kita berfikir secara kreatif ialah: kita perlukan idea baru, ada atau tidak cara yang lain,
cuba cari kaedah yang lebih mudah,
ada atau tidak cara lain untuk menerangkan perkara ini, tolong fikirkan kemungkinan lain, kita tidak mahu lagipenyelesaian cara sekarang, cara ini belum dicuba,
ini idea lama dan tentu ada cara lain. Berikut ialah contoh setiap
pemikiran kreatif:
Menjana idea
Anda boleh
menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila
anda ingin mencari idea baharu atau mencari alternatif. Sebagai langkah
permulaan anda perlu fokus tentang
apa tajuk yang hendak dibincangkan, misalnya, cara mengurus bahan buangan yang sistematik. Anda perlu
senaraikan semua idea yang dikemukakan, renung kembali idea yang
dikemukakan, tambah lagi idea jikaada, dan hubungkaitkan idea-idea yang telah
disumbangkan.
Membuat inferens
Langkah ini ialah merupakan langkah yang diambil oleh individu untuk membuat kesimpulan awal yang mungkin
benar atau pun tidak berdasarkan maklumat
daripada pemerhatian. Anda boleh menggunakan kemahiran ini apabila
hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan.
Menghubungkaitkan
Anda boleh membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak
perhubungan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis,
membuat kesimpulan dan mengitlak. Bagaimana langkah penggunaannya? Anda perlu
kenal pasti masalah, buat analisis tentang keadaan dan kenal pasti aspek yang boleh
dihubungkaitkan. Kemudian, buat
pernyataan tentang perkaitan.
Meramal
Apabila anda membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai, anda telah membuat ramalan. Kemahiran ini digunakan untuk
menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan
pilihan. Apabila anda ingin meramal anda
perlu perhatikan atau kumpul maklumat. Kemudian tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat. Kemudian, buat
jangkaan yang paling sesuai.
Membuat hipotesis
Dalam pemikiran kreatif anda boleh membuat penyataan umum yang menghubungkaitkan
pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.
Kenyataan ini boleh diuji untukmembuktikan
kesahihannya. Anda boleh menggunakan kemahiran ini pada peringkat awal apabila
hendak menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan.
Contohnya: Sebuah pusat membeli belah mendapat keuntungan
sehari pada hari biasa sebanyak RM 500,000.00, manakala pada hari
menjelang perayaan pusat beli belah
tersebut mendapat keuntungan sebanyak
RM 1 juta sehari. Bagaimana kita membina hipotesis berdasarkan fakta
ini? Langkah yang anda perlu ambil adalah
perhatikan situasi atau keadaan tersebut.
Nyatakan mengapa situasi atau keadaan tersebut terjadi sedemikian. Berikan satu
jawapan yang rasional sebagai hipotesis.Kemudian anda perlu semak sama
ada hipotesis tersebut boleh diuji. Contoh hipotesis
yang boleh dijana bagi situasi di atas ialah “Keuntungan sehari pusat membeli belah menjelang hari perayaan
meningkat dua kali ganda berbanding hari biasa”
Mensintesis
Kemahiran ini menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan dan
menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak. Anda boleh
menggunakan kemahiran ini untuk membuat
kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk. Anda juga boleh menghasilkan bentuk komunikasi
seperti lukisan, peta, rajah, puisi
dan laporan. Untuk mensintesis maklumat, apakah langkah-langkah yang
perlu diambil? Anda perlu mengenal pasti dan
mendefinisikan tajuk, perkara atau subjek terlebih dahulu. Kemudian,
kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan. Selepas
itu, anda boleh kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan
dengan tajuk, perkara atau subjek. Akhir sekali anda boleh kenal pasti hubung kait antara kategori dengan
kategori dan kategori dengan tajuk.
Mengitlak
Anda boleh membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat
berdasarkan pemerhatian ke atas sesuatu sampel kumpulan. Anda boleh menggunakan
kemahiran ini untuk mencari pola, menyusun maklumat dan meramal. Bagaimanakah
anda hendak mengitlak? Mula-mula anda perlu kumpulkan data. Kemudian cari pola
yang sepunya dan buatkan
pengitlakan. Selepas itu imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat.
Setelah sahih, barulah kita boleh membuat kenyataan.
Menganalogi
Seseorang itu
boleh membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep dengan cara mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai
ciri yang serupa. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk memahami konsep atau perkara yang abstrak dengan
cara mengaitkannya dengan sesuatu
yang maujud yang telah diketahui. Anda boleh membandingkan dua perkara yang tidak sama, kemudian cari sifat yang serupa yang boleh dihubungkaitkan dan nyatakan
hubungkait sebagai metafora.
Contohnya; membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan. Untuk
membuat analogi kita perlu buat perbandingan
‘jantung’ dengan ‘pam’. Kita cari sifat yang serupa iaitu kedua-duanya
mengepam cecair. Kemudian kita menyatakan hubungkaitnya iaitu
‘jantung adalah seperti pam’. Kemahiran menganalogi akandibincangkan
dengan lebih lanjut dalam seksyen selepas ini.
Membuat Gambaran Mental
Apabila anda membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan
atau gagasan dalam minda atau fikiran, anda telah membuat gambaran mental. Anda boleh menggunakan kemahiran
ini untuk memahami konsep yang abstrak dan
mengingati konsep yang kompleks.
Contohnya: Bayangkan apa yang anda akan lakukan jika tsunami melanda secara tiba-tiba di tempat anda.
Mereka Cipta
Dalam perkara ini, jika anda boleh menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan
pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau bukan, anda telah mereka
cipta. Untuk mereka cipta anda perlu kenal
pasti keperluan, cabaran atau persoalan. Selepas itu anda boleh menjana idea dan pilih idea mana yang paling
sesuai untuk memenuhi keperluan. Setelah itu, anda boleh cuba dan uji idea.
Jika idea tersebut tidak memenuhi keperluan, anda boleh ubah suai atau
pilih idea yang lain. Apakah teknik yang
boleh membina dan merangsang pemikiran analitikal dan kreatif?
Anda telah didedahkan dengan konsep pemikiran analitikal
dan kreatif. Tahukah anda bahawa
berfikir adalah satu aktiviti yang dinamik dan kompleks? Justeru, adalah penting setiap individu belajar teknik berfikir yang betul menggunakan kaedah pemikiran
yang telah dicipta oleh pakar-pakar pemikir. Antara teknik memupuk
pemikiran analitikal dan kreatif adalah melalui penggunaan:
·
Peta minda.
·
Pengurusan
grafik.
·
Peta konsep.
·
Analogi.
·
Pemikiran
lateral.
·
Pelbagai kecerdasan.
No comments:
Post a Comment