Guru Murid Terdapat banyak pendekatan yang berlainan ke arah pengajaran pembelajaran disebabkan oleh kepelbagaian cara manusia belajar. 1. STRATEGI PENDEKATAN MEDIA Strategi pendekatan media mengandungi 3 langkah;
- Perancangan
- Penyediaan media
- Aktiviti susulan
Tumpuan utama strategi ini ialah untuk membawa pengalaman pembelajaran ke dalam bilik darjah. ‘..experiences from beyond the classroom.' Strategi ini sangat berfaedah untuk perkembangan dan pengayaan pengetahuan, kemahiran dan sikap daripada bahan yang spesifik dan penyampainya. Strategi ini didapati sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kebolehan serta bidang seperti sains sosial, bahasa, sastera, muzik, matematik dan sains. Supaya persembahan menggunakan media menjadi lebih efektif, beberapa keperluan utama dipastikan ialah;
- periksa Panduan Penggunaan atau pra-tonton (preview) bahan (video/filem/slaid) untuk mempastikan program sesuai dengan umur, kebolehan, keperluan dan minat pelajar.
- persembahan memenuhi keperluan objektif pelajaran.
- pelajar diberikan tugasan khusus untuk dilakukan semasa dan selepas menonton.
- guru memainkan peranan penting sebelum, semasa dan selepas persembahan.
2. STRATEGI PENDEKATAN LATIH TUBI Pendekatan ini memerlukan 6 langkah utama; i. Perancangan ii. Semak makna perkataan dan kefahaman iii. Tumpukan kepada bahagian utama pelajaran iv. Latih tubi v. Ujian bertulis vi. Pemeriksaan dan pemarkahan
Tumpuan utama strategi ini ialah, melalui pengulangan dapat menghasilkan respon yang segera atau pengingatan kembali yang cepat terhadap fakta, nama dan perkataan. Latih tubi melalui komputer adalah contoh yang sangat baik. Sekiranya strategi ini dilakukan tanpa had menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tanpa tujuan. Pelajar akan menghafal seperti nyanyian dengan sedikit kefahaman sahaja. Untuk melakukan strategi ini dengan lebih berkesan, beberapa prinsip perlu diberikan perhatian utama;
- bahan mestilah mudah difahami oleh pelajar, berdasarkan contoh yang konkrit/pengalaman pelajar.
- latih tubi perlu pendek, tepat, pantas dan sesi latih tubi tidak melebihi 10 minit.
- latih tubi perlu aplikasi secara praktikal.
- latih tubi perlu menarik; penggunaan kad imbasan, OHP, audio kaset, permainan akan menambahkan minat, perisian komputer adalah salah satu cara yang sangat berkesan.
- kadar kejayaan perlulah tinggi.
- peneguhan seperti pujian dan maklumbalas segera akan menguatkan lagi daya ingatan.
- latih tubi perlu berdasarkan kepada keperluan dan 'individualized' sebanyak mungkin.
3. STRATEGI PENDEKATAN EKSPOSISI Mengandungi 4 langkah utama; i. Perancangan ii. Persembahan bahan iii. Aktiviti pelajar iv. Uji kefahaman/pemindahan bahan ke dalam kehidupan sebenar
Tumpuan utama strategi ini ialah untuk memindahkan maklumat dengan secepat yang mungkin dan difahami. Guru memindahkan maklumat dan pelajar pasif secara fizikal sebagai penerima. Strategi ini kerap digunakan kepada pelajar yang lebih matang. Strategi ini menyebabkan pelajar menjadi bosan, terlalu lama mendengar dan menerima maklumat dengan lemah. contoh strategi ini adalah syarahan dan ceramah iaitu lebih berbentuk strategi pembelajaran berpusatkan guru. Untuk persembahan dengan kaedah ini, beberapa perkara perlu diberikan perhatian khusus;
- strategi ini sesuai dengan peringkat umur, kebolehan, minat dan keperluan pelajar; kesesuaian ini adalah berasaskan kepada masa penumpuan dan isi kandungan pelajaran
- bermula dari tahu kepada tidak tahu
- isi kandungan dipersembahkan dalam langkah-langkah yang kecil
- had masa persembahan adalah kira-kira 20 minit yang mencakupi dua hingga tiga idea utama
- persembahan adalah pantas, menarik, hidup dan bersemangat
- pelajar dilibatkan sebanyak mungkin melalui pendengaran, komen, soal jawab dan tindakbalas
4. STRATEGI PENDEKATAN DEMONSTRASI (A DEMONSTRATION STRATEGY) Pendekatan ini mengandungi 3 langkah utama;
i. Perancangan ii. Penerangan dan demonstrasi kemahiran/isi kandungan iii. Pelajar melakukan demonstrasi dengan maklumbalas guru iv. Penggunaan/pemindahan kemahiran/isi kandungan Tumpuan utama ialah untuk memperkenalkan kemahiran baru, isi kandungan dan tingkah laku melalui pengamatan/pemerhatian dan peniruan. Ia merupakan satu kaedah tradisional tetapi sangat efektif terutamanya kepada pelajar yang peringkat umur rendah serta lembam. Untuk persembahan yang efektif dalam pendekatan ini, perkara berikut perlulah diberikan perhatian khusus;
- aktiviti bersesuaian dengan umur, kebolehan, minat dan keperluan pelajar.
- tugasan yang diberikan perlu jelas, langkah demi langkah yang mudah dan istilah yang mudah.
- semua pelajar dapat melihat dan mendengar penerangan dan demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.
- menyediakan penglibatan pelajar dan penilaian kendiri sebanyak mungkin.
5. STRATEGI KONSEP (A CONCEPT STRATEGY) Pendekatan ini mengandungi 4 langkah utama;
i. Perancangan ii. Kenalpasti item yang berkaitan dengan permasalahan iii. Kumpulkan item-item ini berdasarkan kesamaan iv. Labelkan kumpulan
Tumpuan utama adalah untuk mengurus dan mengkategori maklumat atau pengalaman kepada sesuatu yang intelektual dan bermakna. Berfikir secara konsep dapat menolong pelajar berfikir dengan lebih sempurna dan efektif dengan menjelaskan kepada mereka kaedah untuk mengingat fakta, menggunakan berbagai cara dan mengumpulkannya mengikut kumpulan. Contoh konsep dalam beberapa mata pelajaran:
- Matematik - bentuk, set, nombor perdana, perkaitan operasi, pengukuran, tempat, persamaan
- Sains - tenaga, momentum, magnet, mamalia, hidup/bukan hidup, serangga, labah-labah, vertebrata.
- Sains sosial - budaya, antropologi, bangsa, perkhidmatan yang baik, pengguna dan penghasil, lokasi, daerah, kerajaan, nilai.
- Muzik - irama, mood, melodi, harmoni
Beberapa perkara perlu diambil perhatian semasa strategi konsep digunakan:
- konsep mestilah berkaitan
- konsep mestilah mempunyai ciri-ciri yang jelas
- pelajar mempunyai contoh dan pengalaman yang konkrit untuk menghubungkan konsep sebelum dikaitkan dengan bentuk yang lebih abstrak
- penglibatan pelajar yang aktif.
6. STRATEGI PERMAINAN SIMULASI (SIMULATION GAMES) Sesi pengajaran bagi strategi ini mengandungi langkah-langkah seperti berikut;
i. Perancangan ii. Persediaan untuk permainan simulasi iii. Permainan simulasi iv. Perbincangan dan rumusan
Tumpuan utama strategi ini ialah menghasilkan sedekat mungkin pengalaman atau situasi sebenar. Pelajar akan dapat belajar prinsip yang khusus, konsep atau kemahiran berfikir didalam domain kognitif, psikomotor dan nilai serta sikap yang berkaitan dengan kepercayaan empati, kebaikan (efficacy) dan akibat (consequence). Pelajar akan belajar dengan lebih seronok. Permainan simulasi boleh dibuat oleh guru atau yang sudah tersedia. Keburukannya ialah permainan simulasi ini boleh menyebabkan gangguan kepada realiti, 'over-competitive' dan nilai yang tersembunyi. Permainan simulasi yang dipilih perlulah memenuhi keperluan berikut:
- sesuai dengan peringkat umur, peringkat kebolehan dan minat pelajar
- guru perlu mahir dengan peraturan permainan terlebih dahulu
- permainan dijelaskan dengan tepat dan difahami pelajar
- guru mengawal kelas dengan baik supaya tidak berlaku salah faham
- semua pelajar terlibat secara aktif
- selepas permainan guru perlu memberikan penerangan dan rumusan tentang kepentingan prinsip, kefahaman, nilai dan kemahiran daripada permainan tersebut.
7. STRATEGI PERBINCANGAN KUMPULAN (A GROUP DISCUSSION STRATEGY) Pendekatan ini memerlukan 4 langkah utama;
i. Penyusunan kumpulan ii. Penyediaan tugasan iii. Perbincangan iv. Persembahan hasilan Tumpuan utama strategi ini ialah untuk menggalakkan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar dalam kelas. Menolong pelajar berfikir dan kemahiran membuat keputusan di samping menggalakkan mereka mengeluar pendapat dan buah fikiran. Strategi ini tidak sesuai kepada pelajar peringkat rendah sebab kemahiran membuat keputusan diperlukan (level of reasoning). Kaedah ini juga berlaku dalam suasana yang bebas dalam persekitaran kelas. Beberapa perkara perlu diambil perhatian sebelum melakukan strategi ini:
- kelas telah biasa dengan kumpulan
- topik sesuai dengan umur, dan peringkat kematangan pelajar, serta dapat merangsang ke arah perbincangan
- suasana kelas adalah koperatif dan tenang
- setiap kumpulan mempunyai tugas yang tertentu dilakukan dalam masa yang telah ditetapkan
- tugasan adalah jelas dan tersusun
- guru mengawasi kebisingan kelas dan progres perbincangan
- guru memberi panduan, berbincang dan mambantu pelajar
8. STRATEGI PENEMUAN BERPANDU (A GUIDED DISCOVERY STRATEGY) Terdiri dari 3 langkah;
i. Guru mencetuskan masalah ii. Pelajar mengkaji masalah iii. Guru dan pelajar berbincang masalah dan membuat kesimpulan Tumpuan utama strategi ini ialah menolong pelajar menghasilkan kemahiran menyelesaikan masalah. Strategi ini menekankan supaya pelajar mengenali bagaimana belajar dengan melakukan sendiri. Strategi ini boleh digunakan kepada pelajar di peringkat rendah tetapi lebih sesuai dan berfaedah kepada peringkat tinggi. Kelemahannya ialah tidak sesuai untuk memindahkan maklumat atau fakta yang banyak sekali gus. Tanpa panduan guru, pelajar akan mengambil masa yang lebih panjang untuk belajar dengan kaedah ini. Untuk menentukan supaya pendekatan ini efektif dilaksanakan, beberapa perkara perlu diberikan perhatian;
- strategi ini sesuai dengan peringkat umur, kebolehan, minat dan keperluan pelajar
- strategi sesuai dengan jadual (class routines)
- guru benar-benar memahami isi kandungan dan proses penemuan yang akan dilaksanakan oleh pelajar
- semua bahan/alat bantuan mengajar disediakan dengan sempurna
- masalah dan tugasan diterangkan dengan jelas
- semua pelajar terlibat sepenuhnya dan diberikan panduan sepanjang pengajaran pembelajaran
- hasilan yang utama dibuat rumusan
Semoga apa yang dipaparkan dalam perbincangan kali ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua warga guru untuk mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, suasana dan persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih dinamik dan ceria. Sebagai seorang pengamal kerjaya profesional, kita akan dipandang lebih tinggi dalam kalangan warga kerja dan bidang profesional lain.
7 comments:
Tahniah, sangat informatif dan ilmiah. Maaf kerana mengambil isi artikel kecindan tanpa memasukkan sumber. Ada beberapa artikel yang saya peroleh dari sumber tertentu memang saya letakkan sumber. Artikel berkenaan amat menarik. Secara profesional saya mengeluarkan artikel berkenaan dari blog saya.
wassalam.
azifa2020@yahoo.com
Terima kasih kerana bertindak secara profesional. Saya terbaca blog saudara dan mendapati ianya diceduk tanpa meletakkan sumber. Satu lagi cara ialah boleh 'link'kan alamat blog ini dalam blog saudara.
Terima kasih
salam tuan...di sini sy ada satu kemusykilan yg ingin sy dptkan pandangan dr tuan...kalau tuan x keberatan,boleh sekiranya berkongsi dengan sy tentang persamaan diantara teori pedagogi dan andragogi...terima kasih tuan...maff menganggu...
Terima kasih. Info banyak membantu
Minta maaf sy banyak ambil artikel anda sbgai contoh dalam tugasan saya. Terima kasih banyak2
Minta maaf sy banyak ambil artikel anda sbgai contoh dalam tugasan saya. Terima kasih banyak2
Terima kasih. Info banyak membantu
Post a Comment