Friday, October 10, 2008

Refleksi 10 - PPSMI

Pencerapan dilakukan di sebuah sekolah kebangsaan (rendah) FELDA di Terengganu
Guru yang mengajar adalah seorang guru wanita yang berpengalaman mengajar lebih daripada 10 tahun di sekolah ini. Beliau mengajar mata pelajaran Matematik Tahun Empat. Pada permulaan sesi pengajaran, guru mmberikan arahan dalam bahasa Inggeris, murid kelihatan agak janggal dengan situasi ini. Saya sudah pun menjelaskan kepada guru ini supaya beliau menggunakan kaedah atau cara yang diamalkan seperti biasa iaitu semasa saya tidak datang membuat pencerapan, namun beliau masih lagi mencuba untuk menggunakan bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan murid tercengang-cengang walau pun diselang seli dengan bahasa Melayu.
Semasa guru menyuruh murid melakukan sesuatu aktiviti – murid berbincang semasa sendiri sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Mereka bertanya sesama sendiri dan berbual-bual.
Selepas aktiviti, guru mula menggunakan bahasa Melayu dengan lebih banyak. Contohnya, guru menerangkan maksud perimeter, mulanya dalam bahasa Inggeris kemudian diikuti dalam bahasa Melayu. Semasa memberi arahan, guru mengunakan bahasa Inggeris hampir 90%, tatabahasa yang digunakan tidak tepat dan hanya simple English digunakan. Sebagai contoh, guru bertanya kepada seorang murid apakah bentuk kad yang telah diedarkan oleh guru kepadanya dengan pertanyaan berikut: What your shape? Saya membuat semakan dalam buku teks. Aktiviti dalam buku teks didapati begitu sesuai dan mudah untuk diikuti tetapi guru tidak menggunakannya. Terdapat perkataan composite 2-D shape yang dijelaskan dalam buku teks tetapi guru tidak pernah menjelaskannya kepada murid.(two or more shape combine to form a new shape) eg triangle + square become an arrow shape. Istilah ini sangat penting untuk diketahui oleh setiap murid bagi mempelajari tajuk ini. Guru tidak menjelaskan bahawa bentuk yang digunakan untuk mengukur perimeter pada hari ini adalah jenis 2-D. Dalam peperiksaan pasti istilah 2-D shape akan digunakan dan juga istilah composite 2-D shape. Malahan apakah maksud 2-D juga tidak dijelaskan. Keseluruhan pengajaran adalah 60% dalam bahasa Inggeris dan 40% dalam bahasa Melayu.
Setelah selesai sesi pengajaran, saya berpeluang mendekati beberapa orang murid dan bertanya mengenai beberapa perkataan bahasa Inggeris yang digunakan dalam ujian yang saya edarkan. Murid memahami perkataan calculate sebagai tambah. Ramai murid tidak dapat menguasai kata kunci penting dalam soalan ujian yang diedarkan.

No comments: