Pencerapan dilakukan terhadap seorang guru mata pelajaran Matematik Tambahan. Guru ini bukan guru asal yang mengajar mata pelajaran ini di kelas yang dicerap.
Guru cuba menggunakan bahasa Inggeris pada permulaan sesi pengajaran sahaja. Penerangan diselang-seli dengan bahasa Melayu. Keadaan ini menjadi semakin berkurangan dan akhirnya guru menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Guru juga menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya apabila berkomunikasi secara informal dengan murid, iaitu perkara tidak berkaitan dengan pelajaran.
Komposisi murid adalah 50% Melayu dan 50% China.
Guru banyak menyebut terminologi dalam bahasa Melayu seperti sin (disebut“sin“) bagi Hukum Sin dalam geometri. Guru juga menyebut triangle sebagai "tri angle“. Guru menyebut acute sebagai “aikuit“. Terdapat beberapa lagi sebutan yang agak janggal digunakan oleh guru ini.
Beliau adalah seorang guru yang baik dan sangat berpengalaman. Guru ini sangat prihatin kepada murid contohnya, beliau cuba memberikan pemahaman kepada murid dengan pelbagai cara dan kaedah yang mungkin dengan contoh-contoh penyelesaian yang banyak. Pengalaman mengajar yang lama menyebabkan guru ini cukup berpengalaman dalam menyampaikan pelajaran walau pun tanpa sebarang bahan bantu mengajar digunakan.
Guru memberikan contoh-contoh penyelesaian segitiga berdasarkan pengalaman beliau. Apa yang murid tak faham dan tak dapat buat, beliau akan tunjukkan dengan jelas. Tanpa respons murid, guru sendiri menyelesaikan masalah yang diberi (murid hanya membuat kiraan untuk mendapatkan jawapan dengan menggunakan kalkulator). Murid menyalin contoh-contoh yang telah diberikan oleh guru. Salah seorang murid telah membuat pengiraan kepada masalah yang diberikan di papan hitam terlebih awal dan ini ditegur oleh guru. "Saya belum suruh awak menyelesaikan masalah tersebut"
Keseluruhannya, penggunaan bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran ini adalah kurang daripada 10%.
Kaedah yang digunakan oleh guru dalam pengajaran ini ialah:
Terang -----> Beri Contoh ------> Beri Latihan
Sesekali guru mewujudkan jenaka dalam kelas. Suasana ini dapat menceriakan persekitaran pembelajaran murid dalam kelas ini.
No comments:
Post a Comment