Refleksi 2
Pengalaman yang dialami oleh guru-guru yang bertugas di kawasan masing-masing menunjukkan mereka terpaksa mengharungi suka duka bagi menyalurkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid yang menjadi harapan bangsan dan negara. Tugas yang mencabar ini seharusnya dipikul oleh setiap guru dengan penuh rasa tanggung jawab dan ikhlas.
Berdasarkan tayangan video, pengalaman yang dialami oleh guru-guru wajar dijadikan pedoman kepada bakal-bakal guru yang akan mengajar murid-murid yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Mereka seharusnya mempersiapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan, ketahanan mental, emosi dan fizikal sekiranya diminta bertugas di kawasan tersebut.
Dapat diperhatikan guru-guru tersebut menunjukkan kesngguhan yang tinggi bagi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dimana bertujuan untuk mengembangkan potensi murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tugas yang dipikul memerlukan tumpuan yang maksima di kalangan guru tersebut disamping kebertanggung jawaban yang tinggi bagi mendidik anak bangsa yang tercinta.
Suhaimi Ramly (DPLI SP, Disember 2010)
Refleksi 3
Kesungguhan dan ketekunan guru yang bersemangat kental dalam memikul tanggung jawab, lebih-lebih lagi sebagai seorang guru yang bertugas di kawasan pedalaman. Bukan semua guru yang mampu berkorban apa saja demi membantu anak bangsa. Kebanyakan guru mempunyai tanggung jawab sendiri, tetapi ini tidak sama sekali mematahkan semangat seorang guru di pedalaman.
Guru ini ibarat satu dalam sejuta di mana tidak ramai yang ingin menawarkan diri untuk mengajar di kawasan pedalaman. Saya merasa bangga dan teruja apabila melihat kesungguhan guru-guru di pedalaman mengajar walaupun terdapat banyak kekurangan dari segi kemudahan dan sebagainya.
Ada sebahagian sekolah di pedalaman tersebut perlu melalui sungai untuk sampai ke sekolah, guru dan murid perlu menaiki sampan atau rakit. bukan itu saja, jika sungai itu airnya cetek mereka terpaksa turun dan menolak sampan tersebut ke tempat air yang dalam supaya dapat bergerak. Begtu payahnya untuk datang ke sekolah untuk mendidik anak bangsa yang berada di kawasan pedalaman itu. guru-guru yang berada di pedalaman mempunyai kecekalan hati yang tinggi dan kesabaran yang kuat dalam mengharungi liku-liku kehidupan ketika berada di pedalaman.
Kebanyakan guru-guru yang berada di pedalaman ini adalah terdiri daripada guru-guru lelaki. tetapi ada juga guru perempuan yang sanggup untuk berada bersama-sama untuk membantu dalam mengajar anak-anak di pedalaman.
Selain itu, guru-guru yang mengajar pendidikan khas juga menunjukkan kesungguhan, dimana pelajar ini perlu fiberi perhatian yang lebih untuk mengajar mereka. Ketekalan dan kesabaran perlu ada pada seseorang guru yang mengajar pendidikan khas. Saya sedikit sebanyak dapat menjadikan guru-guru di pedalaman sebagai penyuntik semangat untuk bersama-sama dalam membantu dalam mengajar murid di pedalaman.
Mohd Khairun bin Baharuddin (DPLI SP, Disember 2010)
Laman blog ini memaparkan idea dan amalan dalam bidang perguruan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sepanjang menjadi guru, pendidik guru dan bidang pentadbiran yang berkaitan dengan perguruan di Malaysia. Semoga pengalaman dan idea ini dapat dikongsi bersama rakan-rakan guru yang lain.
Thursday, December 30, 2010
Wednesday, December 29, 2010
Refleksi 1
Saya menayangkan video klip mengenai tugas guru pedalaman kepada pelajar Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) (Sains Pertanian) semasa sesi amali sebagai sesi renungan terhadap tugas sebagai seorang pendidik. terdapat juga video klip yang memaparkan tugas guru pendidikan khas. Video ini dikeluarkan oleh bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2008. Pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada graduan dalam bidang berkaitan Sains Pertanian, mereka mengikuti DPLI sebagai syarat untuk menjadi seorang guru terlatih. Saya meminta mereka membuat refleksi terhadap tayangan klip video tersebut dan berikut adalah antara refleksi yang telah dihasilkan oleh mereka. Saya akan menulis semula semua refleksi setiap kesempatan yang ada dalam blog ini sebagai satu pengisian.
Refleksi 1:
Menjadi seorang guru yang berjaya adalah memerlukan persediaan dan sanggup berkorbab apa sahaja seperti masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya dalam mendidik anak bangsa. dengan pengorbanan ini ia menunjukkan kesungguhan kita sebagai seorang pendidik dan seorang guru tidak seharusnya mementingkan diri sendiri sahaja.
Tayangan video tersebut menyedarkan saya tentang jasa dan pengorbanan seorang guru kepada masyarakat dan negara. Jasa guru amat besar dalam melahirkan generasi baharu yang akan menjadi nadi kepada pembangunan negara. Tayangan video klip ini memberi semangat kepada saya sebagai seorang bakal guru untuk berjuang bersama-sama guru sehior bagi mendidik anak bangsa supaya mereka berjaya dalam hidup dan dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara bangsa.
Sifat kesabaran dan tanggung jawab seorang guru akan dapat membuahkan hasil yang baik. Ini dapat dibuktikan melalui pengorbanan guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman, dimana mereka semua sabar dan tabah untuk mendidik anak-anak di pedalaman supaya mereka mendapat ilmu pengetahuan seperti anak-anak lain di kawasan bandar. Kesanggupan guru-guru ini ke kawasan pedalaman membuktikan guru-guru sanggup melakukan apa sahaja demi negara.
Video guru pendidikan khas, menyedarkan saya bahawa sesetengah guru mempunyai kelebihan dan kebolehan dalam mendidik tidak mengira kebolehan atau kelemahan yang ada pada murid-murid pendidikan khas. Kelebihan ini digunakan oleh mereka untuk membantu murid-murid ini menghadapi masa hadapan.
(Mohd Isnan Amin bin Yusoff, DPLI (SP), UPM - Disember 2010)
Dalam ruangan seterusnya saya akan memaparkan lagi refleksi yang dibuat oleh pelajar-pelajar ini. Harap pembaca dapat memberi komen dan ulasan.
Refleksi 1:
Menjadi seorang guru yang berjaya adalah memerlukan persediaan dan sanggup berkorbab apa sahaja seperti masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya dalam mendidik anak bangsa. dengan pengorbanan ini ia menunjukkan kesungguhan kita sebagai seorang pendidik dan seorang guru tidak seharusnya mementingkan diri sendiri sahaja.
Tayangan video tersebut menyedarkan saya tentang jasa dan pengorbanan seorang guru kepada masyarakat dan negara. Jasa guru amat besar dalam melahirkan generasi baharu yang akan menjadi nadi kepada pembangunan negara. Tayangan video klip ini memberi semangat kepada saya sebagai seorang bakal guru untuk berjuang bersama-sama guru sehior bagi mendidik anak bangsa supaya mereka berjaya dalam hidup dan dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara bangsa.
Sifat kesabaran dan tanggung jawab seorang guru akan dapat membuahkan hasil yang baik. Ini dapat dibuktikan melalui pengorbanan guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman, dimana mereka semua sabar dan tabah untuk mendidik anak-anak di pedalaman supaya mereka mendapat ilmu pengetahuan seperti anak-anak lain di kawasan bandar. Kesanggupan guru-guru ini ke kawasan pedalaman membuktikan guru-guru sanggup melakukan apa sahaja demi negara.
Video guru pendidikan khas, menyedarkan saya bahawa sesetengah guru mempunyai kelebihan dan kebolehan dalam mendidik tidak mengira kebolehan atau kelemahan yang ada pada murid-murid pendidikan khas. Kelebihan ini digunakan oleh mereka untuk membantu murid-murid ini menghadapi masa hadapan.
(Mohd Isnan Amin bin Yusoff, DPLI (SP), UPM - Disember 2010)
Dalam ruangan seterusnya saya akan memaparkan lagi refleksi yang dibuat oleh pelajar-pelajar ini. Harap pembaca dapat memberi komen dan ulasan.
Thursday, August 19, 2010
Mengajar Kemahiran Berfikir
Bagaimana mahu mengajar murid supaya dapat membuat refleksi dan berfikir dengan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah?
Masalah 1:
Secawan gula dimasuki semut.
Bagaimanakah cara mahu mengasingkannya? Minta murid berbincang dalam kumpulan kecil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mungkin terdapat beberapa cara penyelesaian. Minta setiap kumpulan membentangkan kaedah penyelsaian masing-masing.
Masalah 2:
Secawan gula dimasuki semua dan pasir.
Bagaimanakah cara mengasingkan gula daripada semua dan pasir tersebut? Minta murid berbincang dalam kumpulan kecil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mungkin terdapat beberapa cara penyelesaian. Minta setiap kumpulan membentangkan kaedah penyelesaian masing-masing.
Masalah 3:
Secawan gula telah dicampurkan dengan secawan garam.
Ulangi langkah di atas dan minta murid membentangkan kaedah penyelesaiannya.
Refleksi:
Masalah 1 dan 2 mempunyai beberapa kaedah penyelesaian tersendiri, namun masalah 3 adalah agak rumit dan mungkin tiada penyelesaian di peringkat murid sekolah. Terdapat masalah yang boleh diselesaikan dan masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat masalah yang dapat diseleseaikan dengan mengubah beberapa keadaan. Terdapat juga masalah yang tidak dapat diselesaikan dan jika diselesaikan juga, akan merosakkan keadaan (masalah 3 umpamanya)
Masalah 1:
Secawan gula dimasuki semut.
Bagaimanakah cara mahu mengasingkannya? Minta murid berbincang dalam kumpulan kecil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mungkin terdapat beberapa cara penyelesaian. Minta setiap kumpulan membentangkan kaedah penyelsaian masing-masing.
Masalah 2:
Secawan gula dimasuki semua dan pasir.
Bagaimanakah cara mengasingkan gula daripada semua dan pasir tersebut? Minta murid berbincang dalam kumpulan kecil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mungkin terdapat beberapa cara penyelesaian. Minta setiap kumpulan membentangkan kaedah penyelesaian masing-masing.
Masalah 3:
Secawan gula telah dicampurkan dengan secawan garam.
Ulangi langkah di atas dan minta murid membentangkan kaedah penyelesaiannya.
Refleksi:
Masalah 1 dan 2 mempunyai beberapa kaedah penyelesaian tersendiri, namun masalah 3 adalah agak rumit dan mungkin tiada penyelesaian di peringkat murid sekolah. Terdapat masalah yang boleh diselesaikan dan masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat masalah yang dapat diseleseaikan dengan mengubah beberapa keadaan. Terdapat juga masalah yang tidak dapat diselesaikan dan jika diselesaikan juga, akan merosakkan keadaan (masalah 3 umpamanya)
Thursday, July 22, 2010
Buku Karektor Guru
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Agak lama saya tidak menulis dalam blog ini disebabkan oleh banyak kerja yang perlu diselesaikan. InsyaAllah saya akan meneruskan penulisan mengenai profesionalisme guru dalam blog ini. Baru-baru ini saya bersama dua orang lagi rakan sempat menulis dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk "Karektor Guru". Buku tersebut adalah seperti gamabr dibawah ini (gambar kulit buku sahaja). Semoga buku ini akan menjadi bahan bacaan semua golongan, bukan hanya guru, malahan ibu bapa dan masyarakat amnya.
Wednesday, May 12, 2010
Teori Berkaitan Jenaka (Kecindan)
Jenaka yang diamalkan dalam bilik darjah khususnya perlulah mengikuti garispanduan yang tertentu supaya ianya tidak mendatangkan kemudaratan atau masalah dikemudian hari. Umpamanya jenaka yang tidak sesuai dan mempunyai maksud yang tersirat sehingga menyebabkan ketidak selesaan, sakit hati atau dendam di pihak lain. Satu lagi persoalan adalah mengenai definisi jenaka itu sendiri. Guru harus maklum bahawa konsep jenaka yang digunakan dalam bilik darjah adalah berbeza sedikit dengan konsep jenaka yang diamalkan dalam kehidupan seharian kita, umpamanya berjenaka dengan rakan, keluarga dan sebagainya.
Teori incongruity oleh Berlyne (dalam Frymier, Wanzer, dan Wojtaszczyk; 2008) menyatakan terdapat dua fasa proses. Sesuatu mesej atau rangsangan yang dikatakan incongruity ialah mesej yang tidak kena pada tempatnya atau tidak sesuai pada tempatnya. Mesej ini pada permulaannya mesti dikenalpasti dan diterjemahkan oleh penerima sebagai bahan jenaka untuk diertikan sebagai sesuatu yang menggelikan hati. Oleh itu, untuk sesuatu mesej berjenaka diproses dan dinilai sebagai menggelikan hati, maka sesuatu kandungan mesej yang incongruity itu perlu dikenal pasti dan ‘make sense’ kepada penerima. Sekiranya incongruity itu terlalu janggal dan tidak masuk akal atau terlalu kompleks, maka penerima tidak akan merasa mesej tersebut sebagai menggelikan hati.
Teori pembelajaran yang boleh dikaitkan dengan kepentingan jenaka dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidaklah begitu rapat. Namun teori pembelajaran yang berasaskan motivasi seperti Teori Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory) oleh Bandura dan juga Teori Humanism yang diasaskan oleh Abraham Maslow, Carl Rogers dan Malcolm Knowles didapati mempunyai kaitan dengan amalan jenaka yang dapat mencetuskan situasi pembelajaran yang berkesan. Gurtler (2002) mengaitkan teori oleh Bandura terhadap sindrom ‘burnt-out’ yang wujud dalam kalangan guru. Menurut beliau, peranan jenaka adalah untuk mencegah sindrom burnt-out di samping boleh membantu menambahkan pencapaian seseorang murid. Ini adalah kerana jenaka dapat menghasilkan suasana atau persekitaran pembelajaran yang lebih baik.
Sementara Teori Humanism pula menekankan kepada persekitaran yang menyokong pembelajaran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam Humanism, pembelajaran adalah berpusatkan pelajar (student centered) dan bersifat individu (personal). Persekitaran yang menyokong pembelajaran adalah diperlukan untuk perkembangan afektif dan kognitif. Dalam hal ini, amalan jenaka adalah membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membantu menyokong perkembangan afektif dan kognitif pelajar. Daripada sudut kognitif dan psikologi jenaka membolehkan seseorang itu mudah memberikan perhatian, tumpuan perhatian lebih baik yang membantu menguatkan ingatan dan menyeimbangkan antara perkara yang serius dengan yang menyeronokkan (Gurtler, 2002), namun sekiranya berlebihan akan menyebabkan murid tidak dapat mengaitkan isi kandungan dengan jenaka.
Jenaka dalam bilik darjah tidak perlulah menghasilkan suasana ketawa yang berdekah-dekah sehingga menjadi bising dan riuh-rendah. Ianya sekadar dapat melahirkan senyuman di wajah murid kita. Itu sudah mencukupi dan menenangkan anak didik yang memerlukan suasana pembelajaran yang menceriakan serta menenangkan mereka untuk menerima pelajaran dengan maksimum.
Monday, May 10, 2010
Amalan Kecindan/Jenaka Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Artikel ini adalah merupakan sorotan literatur yang saya tulis semasa menjalankan penyelidikan mengenai amalan kecindan atau jenaka terhadap sekumpulan guru pelatih Universiti Putra Malaysia. Penyelidikan tersebut telah selesai dan beberapa dapatan yang menarik telah dilaporkan. Untuk kali ini saya hanya akan menyiarkan mengenai sorotan literatur sahaja.
Beberapa kajian menunjukkan pelajar yang mendengar rakaman yang mengandungi unsur jenaka dan melihat filem jenaka membantu meningkatkan pencapaian dalam skor secara signifikan dalam ujian kreativiti. Kelas yang tidak ada jenaka dianggap membosankan dan juga dikatakan sebagai kurang mesra. Sebaliknya, kelas yang dipenuhi dengan jenaka yang relevan dianggap menarik oleh murid. Guru yang mengamalkan jenaka diklasifikasikan oleh murid dan rakan setugas sebagai lebih positif dan membantu (Garner, 2006) dan 59% pelajar menyatakan guru yang mempunyai ciri-ciri jenaka adalah guru yang berkesan (Malikow, 2007).
Kajian oleh Frymier et al., (2008) menunjukkan jenaka dalam bilik darjah membantu berlakunya interaksi guru-murid dengan lebih lancar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Perbuatan ini tidak memerlukan seorang ahli lawak jenaka yang profesional. Jenaka boleh membantu pelajar menambahkan kemahiran komunikasi dan boleh membantu murid yang bersifat pemalu untuk berinteraksi. Ia juga membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah. Paterson (2006) menyarankan supaya jenaka digunakan dengan sebaik mungkin kerana beliau mendapati amalan ini dapat membantu mengatasi beberapa masalah personal yang timbul di sekolah. Dalam pengajaran bahasa Inggeris, penggunaan teks yang mempunyai unsur jenaka dalam penulisan dapat membantu memperbaiki kemahiran menulis dengan efektif, selain dapat menggalakkan pemikiran kritis dan menambahkan ekspresi dalam penulisan (Murakami, 2006).
Kajian yang dijalankan oleh Miura dan Jones (2005) mendapati dua peristiwa atau situasi yang biasanya dapat mencetuskan jenaka ialah semasa guru menjelaskan isi kandungan dan semasa guru mengeluarkan arahan berkaitan pengurusan bilik darjah. Ini adalah disebabkan kedua-dua peristiwa ini mengandungi maklumat dalam bentuk pengetahuan dan arahan, dan guru kelihatan menggunakan jenaka sebagai ‘vehicle’ untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Kajian beliau juga mendapati beberapa situasi jenaka dan kesan jenaka yang tidak kondusif kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran seperti ulasan pelajar, pelajar bercakap, pelajar ketawa dan pelajar meniru (mimicking) guru. Walau bagaimanapun tidak ada data yang dikumpul untuk melihat kesan (impak) negatif terhadap pembelajaran.
Maklum balas murid terhadap kajian yang dijalankan oleh Willard (2006), mengesahkan bahawa guru yang mengamalkan jenaka dapat membantu proses pembelajaran murid. Jenaka dikatakan dapat memperbaiki sikap murid terhadap mata pelajaran, mengurangkan kebimbangan, tekanan, ketegangan dan kebosanan. Amalan ini juga dapat meningkatkan kefahaman, ingatan, minat dan pelaksanaan tugasan; meningkatkan motivasi untuk belajar dan kepuasan belajar serta menggalakkan kreativiti dan pemikiran secara ‘divergent’. Perkara yang sama juga telah dinyatakan oleh James (2001). Beliau menjelaskan bahawa jenaka boleh meningkatkan perhatian dan keseronokan belajar, membantu mengekalkan ingatan. Guru yang mengamalkannya boleh dianggap sebagai mempunyai salah satu daripada ciri guru yang berkesan
Kebanyakan guru melakukan jenaka secara semula jadi dan tidak perlu dirancang. Ini adalah kerana guru-guru ini mempunyai ciri-ciri jenaka dalam diri mereka secara semula jadi. Namun terdapat ramai dalam kalangan guru yang tidak memiliki ciri ini. Maka, mereka yang menyedari bahawa amalan ini membawa kepada kebaikan murid akan cuba merancang untuk melakukannya di bilik darjah. Guru boleh mengamalkan jenaka dalam bilik darjah dengan menggunakan jenaka yang relevan dengan isi kandungan pelajaran dalam tugasan bacaan. Cari contoh yang berunsur jenaka dalam sejarah, bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya. Melalui penulisan tugasan juga dapat dimasukkan ciri jenaka seperti meminta murid mencari sekurang-kurangnya tiga kartun yang berkaitan dengan tajuk atau konsep isi kandungan pelajaran. Guru boleh meminta murid jelaskan setiap kartun tersebut, bagaimana ia berkait dengan isi kandungan pelajaran. Papan Buletin yang mempunyai unsur-unsur jenaka dapat diwujudkan dalam bilik darjah. Maklumat dan mesej yang disampaikan melalui papan buletin ini harus dalam bentuk seperti kartun yang berunsur jenaka tetapi berkait dengan tujuan atau isi kandungan pelajaran. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam bilik darjah, guru boleh menggunakan tiga hingga empat kartun yang berunsurkan jenaka dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran berbentuk cerita, contoh dan anekdot. Guru juga boleh menyediakan soalan ujian yang mempunyai pernyataan yang berunsur jenaka. Penggunaan bahan media seperti video yang mengandungi unsur jenaka boleh membantu menceriakan persekitaran pembelajaran di bilik darjah. Namun, tugas guru adalah untuk memastikan ianya mempunyai kaitan dengan isi kandungan pelajaran. Pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingan melukis kartun sebagai acara sekolah.
Jenaka adalah suatu perbuatan yang tidak memberikan kesan buruk kepada manusia sekiranya digunakan secara terkawal dan beretika. Bryant, Comisky, Crane dan Zillman (1979) mengkategorikan jenis jenaka yang mempunyai maksud (tendentious) kepada tujuh jenis iaitu cerita jenaka, ulasan yang berjenaka, lawak, jenaka profesional, sindiran (pun), kartun dan teka-teki (riddles). Jenis-jenis jenaka ini dianggap memberikan kesan yang positif secara amnya dalam bilik darjah. Mereka juga mendapati empat jenis jenaka yang tidak mempunyai maksud (non-tendentious) seperti ejekan (sarcasm), jenaka lucah, jenaka berkaitan etnik, dan jenaka agresif atau berunsur permusuhan (hostile humor). Jenis jenis ini didapati memberikan kesan negatif kepada pengajaran dan pembelajaran. Sesetengah jenis jenaka dianggap oleh guru dan murid sebagai tidak bersesuaian, manakala selebihnya diinterpretasikan berbeza-beza bergantung kepada punca dan penerima mesej tersebut.
Wanzer, Frymier, Wojtaszczyk, and Smith (2006) menyatakan terdapat amalan jenaka yang sesuai dan tidak sesuai dilakukan oleh guru. Kajian ini menemui empat kategori utama jenaka yang sesuai dilakukan iaitu yang berkaitan dengan isi kandungan, yang tidak berkaitan isi kandungan, berbentuk merendahkan diri sendiri (self-disparaging humor), dan yang tidak dirancang. Sementara itu jenaka yang tidak sesuai juga dapat dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu jenaka yang berbentuk serangan (offensive humor), merendah-rendahkan pelajar, merendah-rendahkan orang lain dan merendah-rendahkan diri sendiri (self-disparaging humor).
Monday, April 5, 2010
Beban Tugas Guru
Sepanjang minggu lepas isu mengenai beban tugas guru terpampang di dada akhbar. Saya terbaca satu email yang berbunyi 'teruknya pelajar sekarang. Cikgu dihamun dengan perkataan tidak senonoh seperti 'babi' dan 'gila' didepan guru tanpa rasa bersalah' oleh MINIMAY:BH13237. Alangkah malangnya profesion ini, sehingga dimaki hamun sebegini. Dimanakah nilai murni yang ditekankan selama ini? Adakah ini satu indikator kepada kegagalan sistem pendidikan negara ini? Keseimbangan antara Jasmani, Emosi, Intelek dan Rohani dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dapat dicapai, dimana aspek Rohani dan Emosinya tidak dapat dihayati oleh murid?
Ada tiga lagi email yang mengaitkan profesionalisme ini mengenai beban tugas guru dan rasa hormat murid terhadap guru. Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng juga mengulas dengan terperinci mengenai tugas guru yang semakin bertambah saban hari, minggu dan bulan. Sekiranya terdapat isu negara, maka menteri yang berkenaan akan mengesyorkan supaya kurikulum mengenai isu tyersebut ditambah dengan tujuan untuk membendung gejala yang berlaku. Umpamanya kes buang bayi dan dera bayi yang kian berleluasa masa kini. Ada pihak yang mengesyorkan supaya kurikulum sekolah ditambah. Sebelum ini ada isu yang dibangkitkan supaya pendidikan seksual dijadikan kurikulum sekolah.
Pihak guru pula saban hari dibebani dengan pelbagai tugas yang semakin mencabar. Pembangunan profesionalisme diri guru sentiasa dituntut, komitmen guru sentiasa dipertikaikan sementara sebaliknya pengorbanan guru kelihatan agak kurang ditonjolkan oleh masyarakat. Bagi saya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan pelbagai usaha dengan mengadakan pelbagai insentif daripada segi kenaikan pangkat dan gaji serta elaun. Apa yang menjadi isu masa kini ialah penghormatan yang ditagih daripada masyarakat umum. Ibu bapa seharusnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada kerjaya guru dengan memberikan kerjasama yang tinggi demi memartabatkan profesion ini. Masyarakat janganlah asyik menyalahkan guru sahaja apabila terdapat isu yang melibatkan murid atau anak-anak mereka. Kita perlu menangani masalah yang timbul bersama-sama dengan guru secara permuafakatan dengan menggunakan saluran yang tertentu dengan bijaksana.
Berbalik kepada isu beban tugas yang semakin bertambah, isu ini sudah pun lama wujud dan sentiasa menjadi rungutan semua guru. Malahan, isu perbualan sesama guru ketika berbual sama ada di kantin sekolah, bilik guru, ketika berjumpa di pasaraya, pasar ketika membeli ikan, restoran, tempat joging dan sebagainya tak boleh lari daripada memperkatakan hal-hal mengenai beban tugas yang tak pernah berkesudahan. Menurut Lok Yim Pheng, guru banyak membazirkan masa mengajar mereka dengan membuat kerja-kerja yang diarahkan oleh phak-pihak tertentu. Amat malang perkara ini berlaku sebab tugas guru adalah mengajar dan mendidik murid dengan penuh tanggung jawab. Khabarnya satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menangani masalah ini di peringkat kementerian yang juga dianggotai oleh NUTP. Semoga perkara ini akan menjadi kenyataan dan isu yang berlarutan ini dapat ditangani dengan bijaksana dan berkesan. Dan semoga selepas ini para guru akan menjadi lebih selesa dan mempunyai banyak masa untuk menumpukan perhatian kepada tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan. Ingatlah wahai para guru sekelian, tunaikan tanggung jawab kita dengan penuh ikhlas dan setia. Masa yang ada kelak, jangan dihabiskan dengan aktiviti yang tidak berkaitan dengan pendidikan.
Saudara Norhisyam Mohamad, yang mewakili Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah (Berita Harian 2 April 2010) mengesyorkan supaya jawatankuasa yang ditubuhkan ini mendapatkan laporan daripada akar umbi supaya apa yang sebenarnya berlaku dapat diketahui dengan lebih tepat. Saya amat bersetuju dengan saranan beliau sebab sekiranya laporan daripada Guru Besar, Pengetua, PPD atau JPN kadang-kadang tidak begitu tepat. Mereka cuba menyembunyikan apa yang sebenarnya berlaku kerana hal tersebut akan memberikan implikasi buruk kepada mereka sendiri, seolah-olah mereka tidak buat kerja. Lalu laporan yang sampai adalah sentiasa baik belaka.
Tokoh-tokoh akademik juga mengesyorkan supaya jawatan pembantu guru diwujudkan (BH 2April 2010). Kewujudan jawatan ini akan dapat mengurangkan beban tugas pengkeranian yang semakin bertambah dalam kalangan guru. Kalau di negara maju, ramai sukarelawan yang dibenarkan menjalankan tugas membantu guru dalam sekolah. Anggota polis, bomba dan lain-lain jawatan dibenarkan masuk ke sekolah dan memberikan khidmat mereka mana yang sesuai, dan sekali gus dapat membantu meringankan beban tugas guru. Ibu bapa juga digalakkan masuk ke sekolah bagi membantu guru, seperti membantu dalam pusat sumber dan sebagainya. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil langkah proaktif dalam memperkenalkan kaedah ini. Mungkin satu sistem atau mekanisme tertentu dapat diwujudkan oleh KPM selepas jawatankuasa yang ditubuhkan ini mendapat maklumbalas yang terperinci mengenai masalah yang berlaku. Pihak sekolah juga perlu proaktif dan inovatif bagi mencari jalan penyelesaian, kemungkinan melalui PIBG, ahli-ahli PIBG yang mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu dapat menyumbang tenaga bagi membantu guru. Dalam hal ini, pihak sekolah juga perlu memainkan peranan bagi mendekatkan sekolah dengan masyarakat. Kini apa yang berlaku adalah terdapat jurang antara sekolah dengan masyarakat, pihak sekolah sendiri agak terasing dan terpencil dengan masyarakat sekelilingnya. Kita harus sama-sama memikirkan bagaimana sekolah dan masyarakat dapat digembelingkan dalam usaha membantu mengurangkan beban tugas guru.
Thursday, March 25, 2010
Tugas Mengajar Guru
Guru-guru yang telah dianugerahkan kelulusan ikhtisas perguruan sama ada diploma atau ijazah mesti:
Selamat mengajar....
- Menyediakan objektif pembelajaran yang berkaitan dengan semua pelajar dalam kelas berdasarkan pengetahuan pelajar, pengalaman lalu dan sedia ada, tahap umur dan pengetahuan yang bersesuaian dengan tahap umur.
- Menggunakan objektif pengajaran dan pembelajaran untuk merancang dan merekabentuk persediaan pengajaran dengan mengambil kira pelajar pelbagai pencapaian, lelaki, perempuan dan bangsa.
- Memilih dan menyediakan sumber (alat/bahan bantu mengajar) dan merancang untuk menggunakankannya dengan berkesan dengan mengambil kira minat, penguasaan bahasa dan latar belakang budaya dengan bantuan dari pelbagai pihak lain mana yang sesuai.
- Mengambil bahagian dan memberikan sumbangan mana yang sesuai kepada sekolah, seperti bertugas dengan jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam memimpin aktiviti kokurikulum dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah sekolah.
- Merancang peluang-peluang untuk pelajar mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah seperti merancang lawatan ke muzium, zoo, kerja lapangan dan sebagainya, dengan bantuan staf lain sekira perlu.
- Sentiasa menambahkan dan mengemaskinikan ilmu pengetahuan supaya tidak ketinggalan dalam bidang masing-masing. Secara tidak langsung, kita juga meningkatkan profesionalisme melalui ilmu pengetahuan yang diperolehi sama ada melalui kursus, bengkel dan pembacaan ilmiah yang dilakukan.
- Menggunakan teknik, strategi dan kaedah pengajaran yang terkini terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Ini adalah kerana murid di zaman ini sentiasa dikelililingi dengan maklumat yang sangat mudah diperolehi melalui teknologi yang telah tersedia seperti internet dan sebagainya.
Selamat mengajar....
Monday, March 15, 2010
Pengetahuan dan Pemahaman Yang perlu Dimiliki Oleh Seseorang Yang Bergelar Guru
Guru-guru yang dianugerahkan Sijil Perguruan, Diploma Pendidikan atau Bacelor Pendidikan, iaitu sijil ikhtisas untuk mengajar mesti mengamalkan perkara berikut:
- Mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam mata pelajaran yang dilatih untuk diajar di sekolah. Kepada mereka yang dilatih untuk sekolah menengah, ilmu pengetahuan yang ada perlulah menyamai kelayakan yang telah ditetapkan iaitu diploma atau ijazah pertama. Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan ialah ilmu pengetahuan dalam bidang atau mata pelajaran yang diajar atau content knowledge dan juga kemahiran mengajar atau pengkaedah pedagogical content knowledge.
- Mereka mengetahui dan memahami nilai, matlamat dan tujuan serta keperluan am pengajaran yang telah ditentukan oleh kurikulum kebangsaan.
- Mereka memahami bahawa proses pembelajaran yang berlaku dalam kalangan pelajar adalah dipengaruhi oleh fizikal, intelektual, linguistik, sosial, budaya dan perkembangan emosional masing-masing.
- Mereka tahu menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyokong mereka menambahkan kemahiran dan peranan profesional.
- Mereka memahami tanggung jawab masing-masing di bawah Kod Etika Perguruan dan mengetahui bagaimana untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar sekiranya memerlukan kemahiran tertentu. Setiap guru perlu memiliki, memahami dan menghayati Standard Guru Malaysia (SGM).
- Mereka mengetahui bagaimana mengatur strategi untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan bermakna. Semua guru perlu bijak menangani sebarang situasi yang tidak dijangkakan dalam bilik darjah. Guru perlu dapat mewujudkan keceriaan, kemesraan dan toleransi yang tinggi antara mereka dan murid.
- Mereka telah lulus ujian dalam bidang numerasi, literasi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) (Computer literacy, ICT Literacy)
Tuesday, March 9, 2010
Kisah Nabi Allah Sulaiman dan Semut
Nabi Sulaiman telah berjumpa dengan seekor semut yang hidup di atas batu yang kerig dan sukar untuk mendapatkan makanan, lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tersebut bagaimana ia boleh mencari makanan dan berapa banyak yang boleh dimakan dalam sebulan. Maka semut menjawab ia memerlukan hanya sebiji gandum sahaja sebulan. Lalu Nabi Sulaiman pun memberikan semut tersebut sebiji gandum yang diletakkan bersama semut tersebut di dalam sebuah bekas yang tertutup.
Selepas sebulan, beliau datang melihat semut tersebut dan mendapati semut itu hanya memakan separuh sahaja daripada sebiji gandum yang diberikan. Nabi Sulaiman bertanya kepada semut kenapa dia tidak makan habis sebiji gandum yang telah diberikan kepadanya. Semut menjawab bahawa dia akan makan sebiji gandum apabila ia sendiri yang mencarinya di atas batu tersebut dan apa yang diperolehi itu adalah rezeki daripada Allah swt. Dia yakin akan rezeki daripada Allah walau pun di atas batu dan dia sendiri yang berusaha mencarinya.
Tetapi jika rezeki itu diberikan oleh orang lain (yakni Nabi Sulaiman), semut itu tidak yakin rezeki itu akan diberikan lagi (datang menziarahi dia lagi untuk membawa rezeki yang seterusnya) sebab diletakkan dalam bekas yang bertutup dan dia tidak dapat berusaha sendiri. Namun dia tidak yakin untuk bergantung kepada Nabi Sulaiman di atas rezeki yang akan diperolehi kelak, maka dia hanya makan separuh sahaja, supaya dapat bertahan sehingga dua bulan.
Apakah nilai moral yang dapat dipelajari disebalik cerita ini?
Thursday, February 18, 2010
Pengetahuan dan Pemahaman Yang perlu dimiliki oleh seorang insan bergelar guru
Guru-guru yang dianugerahkan bacelor pendidikan, diploma pendidikan iaitu sijil ikhtisas untuk mengajar mesti mengamalkan perkara berikut:
- Mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam mata pelajaran yang dilatih untuk diajar di sekolah. Kepeda mereka yang dilatih untuk sekolah menengah, ilmu pengetahuan yang ada perlulah menyamai kelayakan yang telah ditetapkan iaitu diploma atau ijazah pertama.
- Mereka mengetahui dan memahami nilai, matlamat dan tujuan serta keperluan am pengajaran yang telah ditentukan oleh kurikulum kebangsaan.
- Mereka adalah pendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan sentiasa mengamalkan konsep FPK dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
- Mereka memahami bahawa proses pembelajaran yang berlaku dalam kalangan pelajar adalah dipengaruhi oleh fizikal, intelektual, linguistik, sosial, budaya dan perkembangan emosional masing-masing.
- Mereka tahu menggunakan teknologi maklumat dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta untuk menyokong mereka menambahkan kemahiran dan peranan profesional.
- Mereka memahami tanggung jawab masing-masing di bawah Kod Etika Perguruan dan mengetahui bagaimana untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar sekiranya memerlukan kemahiran tertentu.
- Mereka mengetahui bagaimana mengatur strategi untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan bermakna.
- Mereka telah lulus ujian dalam bidang numerasi, literasi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Mereka mempunyai literasi maklumat, literasi komputer dan literasi visual.
Tuesday, February 9, 2010
Apakah Kualiti Guru Yang Diperlukan Oleh Masyarakat?
Menurut Grimlett dan MacKinnon (1992), penguasaan aspek-aspek tertentu akan dapat membentuk satu asas pengetahuan pedagogi pelajar. Pemahaman tentang apa yang pelajar percaya, apa yang mereka ambil berat dan apa tugas yang mereka inginkan adalah perlu untuk memotivasikan pelajar supaya mereka berkerja kuat dan memperolehi kejayaan. Berikut adalah antara aspek yang guru perlu kuasai bagi memenuhi kehendak masyarakat dan negara:
- Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dan remaja.
- Menguasai pelbagai domain seperti kognitif, sosial, fizikal dan emosi untuk membantu mereka mengalami proses pertumbuhan. Ilmu pengetahuan ini akan dapat membantu guru memahami keadaan atau latar belakang pelajar bagi membentuk pengalaman pembelajaran yang produktif.
- Guru perlu memahami perbezaan yang wujud dalam budaya, pengalaman keluarga, perkembangan mental dan pendekatan pembelajaran.
- Guru perlu peka, mendengar dengan baik dan mengambil berat terhadap pelajar semasa melaksanakan tugas-tugas pembelajaran.
- Guru perlu berfikir apakah maknanya untuk mempelajari pelbagai perkara untuk tujuan yang berbeza dan bagaimana membuat keputusan yang mana perlu dipelajari dalam pelbagai konteks.
- Guru perlu menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk memenuhi pelbagai matlamat dan pelbagai kaedah untuk menilai pengetahuan dan pendekatan pembelajaran pelajar masing-masing.
- Guru perlu dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar.
- Guru perlukan kemahiran untuk menghadapi pelajar yang mempunyai keperluan khusus atau kecacatan pembelajaran.
- Oleh kerana bahasa adalah merupakan pengantara kepada proses pengajaran, guru perlu memahami bagaimana pelajar ‘acquire’ bahasa, dengan itu mereka akan dapat membentuk kemahiran bahasa dan mencipta pengalaman belajar yang bermakna.
- Guru perlu mengetahui kurikulum dan teknologi untuk menghubungkan pelajar mereka dengan sumber maklumat dan ilmu pengetahuan yang membolehkan mereka meneroka idea, mendapat dan mensintesis maklumat, merangka dan menyelesaikan masalah.
- Guru perlu mengetahui tentang kolaborasi – bagaimana menstrukturkan interaksi dalam kalangan pelajar supaya pelajar dapat membentuk perkongsian pembelajaran yang kuat, bagaimana berkolaborasi dengan guru-guru lain dan bagaimana berkerjasama dengan ibubapa untuk membantu mereka mempelajari lebih lanjut berkaitan anak-anak mereka dan membentuk pengalaman yang dapat membantu di sekolah dan rumah.
- Guru perlu boleh menganalisis dan membuat refleksi ke atas amalan mereka, menilai keberkesanan pengajaran mereka dan memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran.
- Mereka perlu membuat penilaian berterusan terhadap apa yang pelajar fikir dan faham dan membentuk semula perancangan untuk mengatasi apa yang mereka terokai.
Apakah sumbangan guru kepada dunia pendidikan? Guru perlu;
- Pengalaman - memberikan tugasan pembelajaran atau kerja rumah yang konkrit, menilai, memerhati proses dan perkembangan pembelajaran.
- Menggalakkan pelajar bertanya, meneroka dan melakukan ujikaji di samping penyelidikan.
- Kolaboratif, melibatkan perkongsian maklumat dalam kalangan pendidik atau sesama rakan setugas.
- Menghubungkan guru dengan pelajar di samping meneliti isi kandungan dan kaedah mengajar.
- Konsisten dan intensif – disokong oleh model, latihan dan penyelesaian masalah yang berkisar pada masalah amalan yang khusus.
- Inovatif dan peka kepada perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan, terutamanya dalam persekitaran sekolah dan bilik darjah.
Guru perlu memahami tanggungjawab masing-masing di bawah Kod Etika Perguruan dan mengetahui bagaimana untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar sekiranya memerlukan kemahiran tertentu. Mereka perlu mengetahui bagaimana mengatur strategi untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan bermakna.
Pengalaman saya mengenai guru di luar negara adalah amat menyeronokkan dimana saya mendapati guru-guru di Australia dan New Zealand sentiasa mempunyai hubungan yang erat antara satau sama lain dan sentiasa berkolaborasi untuk meningkatkan profesionalisme perguruan masing-masing. sebelum pulang ke rumah, antara guru mata pelajaran - mereka berkumpul dan berbincang mengenai masalah, kekuatan dan kelemahan masing-masing, dan mereka saling bantu membantu untuk mengatasi masalah rakan sejawat.
Mereka selalu berbincang mengenai bagaimana untuk meningkatkan pengajaran masing-amsing, berkongsi media dan kaedah yang digunakan. Mereka sering membuat penyelidikan mengenai pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar, terutamanya penyelidikan tindakan atau 'action research' atau 'classroom action research'. Hasil penyelidikan akan disebarkan melalui bentul penulisan dalam artikel jurnal dan seminar atau bengkel. Budaya ini amat perlu diperkenal, semai dan diterapkan kepada semua guru di Malaysia.
Apa yang berlaku di negera kita adalah sebaliknya. Guru berlumba-lumba untuk pulang ke rumah bersama-sama murid di pintu pagar sekolah. sebaik sahaja loceng berbunyi, guru terus mencapai beg dan terus ke kereta untuk pulang, atau pun sudah sedia memegang beg menunggu loceng terakhir berbunyi. bukan semua guru begitu, namun amat malanglah sekiranya guru bertindak sedemikian.
Kini buku Standard Guru Malaysia telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. buku ini perlu dimiliki oleh semua guru. Bukan sekadar memiliki sahaja... guru perlu membaca, meneliti dan menghayati buku tersebut seandainya guru itu merasakan dia adalah seorang GURU dan bertugas dengan penuh keikhlasan demi untuk membantu anak bangsa untuk enyebarkan ilmu pengetahuan serta MENDIDIK anak bangsa menjadi manusia yang berguna, berilmu dan beriman. Saya berpeluang menyertai kumpulan pertama yang membincangkan penggubalan buku tersebut semasa bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia, walau pun hanya separuh jalan (tak sampai separuh jalan pun, peringkat permulaan saja dan ada sedikit 'homework' yang telah diberikan kepada saya pada peringkat awal idea pembikinan buku ini. Masih ada write up peringkat awal bersama saya).
Thursday, January 21, 2010
Siapakah sebenarnya yang bergelar insan GURU?
Guru adalah merupakan profesion yang begitu penting dalam masyarakat. Setiap hari mereka menjalankan tugas menyebarkan pelbagai maklumat dan mengubah sikap dan kelakuan pelajar-pelajar secara langsung melalui kurikulum yang diajar dan secara tidak langsung melalui amalan, sikap, kelakuan, nilai dan hubungan dengan pelajar-pelajar mereka.
Guru yang baik sentiasa optimis dengan apa yang akan dicapai oleh pelajar mereka dalam sebarang situasi dan latar belakang. Dari pengalaman, mereka tahu bagaimana membimbing pelajar kearah kejayaan. Mereka memahami kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam setiap pelajar dan berusaha mengatasinya bagi membantu pelajar-pelajar mereka mengikut keupayaan masing-masing. Namun begitu proses mendidik adalah melebihi dari itu, ia memerlukan pengetahuan dan kemahiran amali, kebolehan untuk membuat pertimbangan, menyeimbangkan tekanan dan cabaran, amalan dan kreativiti, minat dan kesungguhan, dan memahami bagaimana pelajar belajar dan berkembang. Ini melibatkan pengaruh orang lain dalam perkembangan diri pelajar seperti rakan sebaya dalam kelas, ibu bapa dan keluarga di rumah serta masyarakat setempat.
Ibu bapa dan masyarakat mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap guru-guru agar dapat membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan yang tinggi. Oleh itu, guru-guru perlu mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap pelajar agar mereka dapat mencapai kejayaan. Mengajar adalah memerlukan kreativiti, intelektualiti dan ganjaran, oleh itu piawaian untuk profesion perguruan haruslah juga tinggi. Guru yang berkemahiran tinggi menyebabkan proses pengajaran menjadi mudah. Oleh itu guru perlu mempelajarai kemahiran tersebut dan menambahkannya melalui latihan, amalan, penilaian dan belajar dari rakan setugas yang lain.
Profesion perguruan adalah sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan globalisasi dan teknologi terkini. Piawaian mengajar sentiasa berubah dari semasa ke semasa dan menjadi bertambah baik. Ini tentulah mempengaruhi sistem pendidikan negara dan ‘performance’ pelajar.
Guru-guru baru yang mulai menceburkan diri dalam profesion ini menghadapi cabaran-cabaran yang menuntut supaya mereka sentiasa belajar dan mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini bagi menyediakan diri bagi menyahut cabaran tersebut. Guru-guru yang sedia ada di dalam sistem persekolahan juga sentiasa perlu meningkatkan diri dalam pelbagai ilmu dan bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dan semakin canggih.
Sebuah buku yang menjadi piawaian dan keperluan rujukan perlu diwujudkan bagi memastikan supaya semua guru-guru baru mempunyai pengetahuan dalam bidang (subjek) masing-masing dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan, dan bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam profesion perguruan yang diceburi.
Seseorang guru yang telah dianugerahkan status mengajar dari institusi pendidikan guru perlu memahami dan mematuhi Kod Etika Perguruan Malaysia dengan menzahirkan perkara-perkara berikut dalam tugasan harian mereka:
• Mereka mempunyai jangkaan dan harapan yang tinggi kepada semua pelajar; menghormati sosial, budaya, bahasa, agama, latar belakang etnik, dan komited terhadap usaha meninggikan pencapaian pendidikan mereka.
• Mereka melayan semua pelajar dengan adil dan saksama secara berterusan, dengan menghormati dan memahami perkembangan pembelajaran yang pelbagai dalam diri seseorang pelajar.
• Mereka menunjukkan sikap, nilai dan tingkah laku yang positif yang mereka harapkan dari pelajar mereka.
• Mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan ibu bapa dan penjaga, menghormati peranan, tanggung jawab dan minat mereka dalam pembelajaran pelajar.
• Mereka dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran serta bertanggung jawab dalam sebarang tugas yang berkaitan dengan sekolah, Jabatan Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Mereka sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cara menilai semula amalan pengajaran masing-masing, mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan berkongsi pengalaman dengan rakan setugas yang lain. Mereka sentiasa bermotivasi dan boleh menjalankan tugas tambahan untuk perkembangan profesionalisme masing-masing.
• Mereka sentiasa bersedia untuk menjalankan tanggung jawab berkaitan tugas harian yang berhubung dengan profesionalisme perguruan.
Guru yang baik sentiasa optimis dengan apa yang akan dicapai oleh pelajar mereka dalam sebarang situasi dan latar belakang. Dari pengalaman, mereka tahu bagaimana membimbing pelajar kearah kejayaan. Mereka memahami kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam setiap pelajar dan berusaha mengatasinya bagi membantu pelajar-pelajar mereka mengikut keupayaan masing-masing. Namun begitu proses mendidik adalah melebihi dari itu, ia memerlukan pengetahuan dan kemahiran amali, kebolehan untuk membuat pertimbangan, menyeimbangkan tekanan dan cabaran, amalan dan kreativiti, minat dan kesungguhan, dan memahami bagaimana pelajar belajar dan berkembang. Ini melibatkan pengaruh orang lain dalam perkembangan diri pelajar seperti rakan sebaya dalam kelas, ibu bapa dan keluarga di rumah serta masyarakat setempat.
Ibu bapa dan masyarakat mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap guru-guru agar dapat membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan yang tinggi. Oleh itu, guru-guru perlu mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap pelajar agar mereka dapat mencapai kejayaan. Mengajar adalah memerlukan kreativiti, intelektualiti dan ganjaran, oleh itu piawaian untuk profesion perguruan haruslah juga tinggi. Guru yang berkemahiran tinggi menyebabkan proses pengajaran menjadi mudah. Oleh itu guru perlu mempelajarai kemahiran tersebut dan menambahkannya melalui latihan, amalan, penilaian dan belajar dari rakan setugas yang lain.
Profesion perguruan adalah sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan globalisasi dan teknologi terkini. Piawaian mengajar sentiasa berubah dari semasa ke semasa dan menjadi bertambah baik. Ini tentulah mempengaruhi sistem pendidikan negara dan ‘performance’ pelajar.
Guru-guru baru yang mulai menceburkan diri dalam profesion ini menghadapi cabaran-cabaran yang menuntut supaya mereka sentiasa belajar dan mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini bagi menyediakan diri bagi menyahut cabaran tersebut. Guru-guru yang sedia ada di dalam sistem persekolahan juga sentiasa perlu meningkatkan diri dalam pelbagai ilmu dan bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dan semakin canggih.
Sebuah buku yang menjadi piawaian dan keperluan rujukan perlu diwujudkan bagi memastikan supaya semua guru-guru baru mempunyai pengetahuan dalam bidang (subjek) masing-masing dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan, dan bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam profesion perguruan yang diceburi.
Seseorang guru yang telah dianugerahkan status mengajar dari institusi pendidikan guru perlu memahami dan mematuhi Kod Etika Perguruan Malaysia dengan menzahirkan perkara-perkara berikut dalam tugasan harian mereka:
• Mereka mempunyai jangkaan dan harapan yang tinggi kepada semua pelajar; menghormati sosial, budaya, bahasa, agama, latar belakang etnik, dan komited terhadap usaha meninggikan pencapaian pendidikan mereka.
• Mereka melayan semua pelajar dengan adil dan saksama secara berterusan, dengan menghormati dan memahami perkembangan pembelajaran yang pelbagai dalam diri seseorang pelajar.
• Mereka menunjukkan sikap, nilai dan tingkah laku yang positif yang mereka harapkan dari pelajar mereka.
• Mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan ibu bapa dan penjaga, menghormati peranan, tanggung jawab dan minat mereka dalam pembelajaran pelajar.
• Mereka dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran serta bertanggung jawab dalam sebarang tugas yang berkaitan dengan sekolah, Jabatan Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Mereka sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cara menilai semula amalan pengajaran masing-masing, mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan berkongsi pengalaman dengan rakan setugas yang lain. Mereka sentiasa bermotivasi dan boleh menjalankan tugas tambahan untuk perkembangan profesionalisme masing-masing.
• Mereka sentiasa bersedia untuk menjalankan tanggung jawab berkaitan tugas harian yang berhubung dengan profesionalisme perguruan.
Wednesday, January 6, 2010
Ciri Guru
Saya berkesempatan berkongsi pengalaman dengan sekumpulan pensyarah daripada Maktab rendah Sains MARA dan beberapa buah institusi pendidikan MARA yang mengikuti kursus PTK di German-Malaysia Institute, Kajang, pada minggu terakhir 2009. Semasa memeriksa tugasan yang mereka siapkan, saya terjumpa dengan satu penulisan mengenai ciri-ciri guru yang perlu ada bagi menghasilkan pengajaran yang berkualiti (Oleh Encik Amerudin bin Abdul Rahim, MRSM Alor Gajah, Melaka). Saya ingin berkongsi penulisan beliau dengan anda semua.
Menurut beliau, seseorang guru yang mempunyai ciri-ciri berikut akan dapat menghasilkan pengajaran yang berkualiti:
- profesional, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul setiap masa.
- menguasai subjek (isi kandungan)
- mahir dalam pedagogi dan kaya ilmu
- memahami perkembangan pelajar dan menyayangi mereka
- memahami psikologi pembelajaran
- memiliki kemahiran kaunseling
- menggunakan teknologi terkini
- berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh
- sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran (up to date)
- prihatin dengan kehendak pelajar dan ibu bapa
Subscribe to:
Posts (Atom)