Refleksi 2
Pengalaman yang dialami oleh guru-guru yang bertugas di kawasan masing-masing menunjukkan mereka terpaksa mengharungi suka duka bagi menyalurkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid yang menjadi harapan bangsan dan negara. Tugas yang mencabar ini seharusnya dipikul oleh setiap guru dengan penuh rasa tanggung jawab dan ikhlas.
Berdasarkan tayangan video, pengalaman yang dialami oleh guru-guru wajar dijadikan pedoman kepada bakal-bakal guru yang akan mengajar murid-murid yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Mereka seharusnya mempersiapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan, ketahanan mental, emosi dan fizikal sekiranya diminta bertugas di kawasan tersebut.
Dapat diperhatikan guru-guru tersebut menunjukkan kesngguhan yang tinggi bagi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dimana bertujuan untuk mengembangkan potensi murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tugas yang dipikul memerlukan tumpuan yang maksima di kalangan guru tersebut disamping kebertanggung jawaban yang tinggi bagi mendidik anak bangsa yang tercinta.
Suhaimi Ramly (DPLI SP, Disember 2010)
Refleksi 3
Kesungguhan dan ketekunan guru yang bersemangat kental dalam memikul tanggung jawab, lebih-lebih lagi sebagai seorang guru yang bertugas di kawasan pedalaman. Bukan semua guru yang mampu berkorban apa saja demi membantu anak bangsa. Kebanyakan guru mempunyai tanggung jawab sendiri, tetapi ini tidak sama sekali mematahkan semangat seorang guru di pedalaman.
Guru ini ibarat satu dalam sejuta di mana tidak ramai yang ingin menawarkan diri untuk mengajar di kawasan pedalaman. Saya merasa bangga dan teruja apabila melihat kesungguhan guru-guru di pedalaman mengajar walaupun terdapat banyak kekurangan dari segi kemudahan dan sebagainya.
Ada sebahagian sekolah di pedalaman tersebut perlu melalui sungai untuk sampai ke sekolah, guru dan murid perlu menaiki sampan atau rakit. bukan itu saja, jika sungai itu airnya cetek mereka terpaksa turun dan menolak sampan tersebut ke tempat air yang dalam supaya dapat bergerak. Begtu payahnya untuk datang ke sekolah untuk mendidik anak bangsa yang berada di kawasan pedalaman itu. guru-guru yang berada di pedalaman mempunyai kecekalan hati yang tinggi dan kesabaran yang kuat dalam mengharungi liku-liku kehidupan ketika berada di pedalaman.
Kebanyakan guru-guru yang berada di pedalaman ini adalah terdiri daripada guru-guru lelaki. tetapi ada juga guru perempuan yang sanggup untuk berada bersama-sama untuk membantu dalam mengajar anak-anak di pedalaman.
Selain itu, guru-guru yang mengajar pendidikan khas juga menunjukkan kesungguhan, dimana pelajar ini perlu fiberi perhatian yang lebih untuk mengajar mereka. Ketekalan dan kesabaran perlu ada pada seseorang guru yang mengajar pendidikan khas. Saya sedikit sebanyak dapat menjadikan guru-guru di pedalaman sebagai penyuntik semangat untuk bersama-sama dalam membantu dalam mengajar murid di pedalaman.
Mohd Khairun bin Baharuddin (DPLI SP, Disember 2010)
No comments:
Post a Comment