Wednesday, January 6, 2010

Ciri Guru

Saya berkesempatan berkongsi pengalaman dengan sekumpulan pensyarah daripada Maktab rendah Sains MARA dan beberapa buah institusi pendidikan MARA yang mengikuti kursus PTK di German-Malaysia Institute, Kajang, pada minggu terakhir 2009. Semasa memeriksa tugasan yang mereka siapkan, saya terjumpa dengan satu penulisan mengenai ciri-ciri guru yang perlu ada bagi menghasilkan pengajaran yang berkualiti (Oleh Encik Amerudin bin Abdul Rahim, MRSM Alor Gajah, Melaka). Saya ingin berkongsi penulisan beliau dengan anda semua.

Menurut beliau, seseorang guru yang mempunyai ciri-ciri berikut akan dapat menghasilkan pengajaran yang berkualiti:
  • profesional, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul setiap masa.
  • menguasai subjek (isi kandungan)
  • mahir dalam pedagogi dan kaya ilmu
  • memahami perkembangan pelajar dan menyayangi mereka
  • memahami psikologi pembelajaran
  • memiliki kemahiran kaunseling
  • menggunakan teknologi terkini
  • berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh
  • sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran (up to date)
  • prihatin dengan kehendak pelajar dan ibu bapa
Sebagai warga pendidik, kita cuba muhasabah diri (reflection) dan cuba menjadi pendidik yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

5 comments:

CIKGU ZAM said...

salam, thanksss Dr. selamat tahun baru. terima kasih segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan. semoga Dr. dimurahkan rezeki dan dikurniakan nikmat hidup yang melimpah ruah, Amin

CIKGU ZAM said...

salam, thanksss Dr. selamat tahun baru. terima kasih segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan. semoga Dr. dimurahkan rezeki dan dikurniakan nikmat hidup yang melimpah ruah, Amin

Cikgu Yang Azmah said...

Baik sekali perkara yang Tuan utarakan. Malangnya saya baru terjumpa tulisan.. iaitu setelah saya bersara 21/2tahun.

Saya bekas pengetua cemerlang DG52 - yang amat sukar untuk diperolehi ketika itu.. tapi konsep saya, kalau guru mengajar ikut jadual dan menjaga masa, bermakna tak ponteng kelaslah tu, menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan P&P maka InsyAllah ia akan berjaya.

Saya dapat sekolah yang peratus PMRnya bawah 50% tapi dalam masa 9tahun peratus meningkat hampir 90%,
Sekolah yang tak ada nama: menjadi Johan Kebangsaan Program 3k, Kategori sekolah menengah bandar dan menjadi Sekolah Harapan Negara dan ke 3 peringkat Kebangsaan.

Itulah yang saya utamakan, guru tak ponteng , menjalankan segala kerja yang diberi. Terima kasih.

Deria said...

Alhamdulillah dan tahniah kepada kejayaan yang telah dikecapi oleh Cikgu Yang Azmah. Syabas kerana berjaya menjawat jawatan Guru Cemerlang DG52, bukan senang untuk memperolehinya. Saya sentiasa memperingati dan memberikan motivasi kepada pelajar saya... bahawa kerjaya guru boleh meningkat ke gred yang tinggi sehingga ke jawatan JUSA. Bukan pencen setakat gred DG48 (timebase) sahaja.

Deria said...

Terima kasih Cikgu Zam, anda di mana sekarang? Semoga sentiasa di rahmati Allah dan meneruskan kerjaya guru dengan jayanya, InsyaAllah. Lihatlah kejayaan yang telah dicapai oleh Cikgu Yang Azmah.... jadikan contoh dan tauladan.