Friday, November 14, 2008

Keputusan UPSR Penentu PPSMI

Tidak mengejutkan bagi guru-guru yang terlibat dalam PPSMI apabila keputusan UPSR 2008 diumumkan! Bagi mereka yang tahu selok belok peperiksaan awam di Malaysia, perkara ini boleh berlaku dan tidak mustahil. Tanyalah Lembaga Peperiksaan Malaysia (KPM) apa yang sebenarnya berlaku dalam menangani markah peperiksaan awam tersebut. Hakikatnya:-
  • Soalan peperiksaan masih dwi bahasa
  • Murid membaca soalan bahasa Melayu (cuba buat kajian)
  • Guru masih mengajar menggunakan bahasa Melayu (dapatan daripada kajian dan pemerhatian, terutamanya di luar bandar dan pedalaman)
  • Penguasaan bahasa Inggeris tinggi (naik) kerana mereka banyak didedahkan kepada persekitaran bahasa Inggeris. (Apakah kita mahu mereka pandai berbahasa Inggeris atau Sains dan Matematik?)
  • Persekitaran pembelajaran di luar bandar masih berorientasikan bahasa Melayu
  • Kompetensi guru PPSMI berbahasa Inggeris masih lemah (terutamanya di luar bandar dan pedalaman)
  • Sekiranya semua soalan ditulis dalam bahasa Inggeris, apakah keputusan begini berterusan?

Semoga keputusan UPSR ini tidak dijadiakan sebagai satu kayu ukur untuk membuat keputusan pelaksanaan PPSMI di negara kita. Penyelidikan yang menyeluruh, adil dan telus perlu dilakukan oleh semua pihak untuk mengenalpasti kejayaan pelaksanaan PPSMI.

Bahasa Inggeris adalah bahasa Lingua-Franca dan amat penting dalam semua bidang. Tidak dapat dinafikan lagi kepentingan bahasa ini oleh sesiapa pun. Namun, untuk seseorang menguasai bahasa ini, tidak ada satu negara pun di dunia ini yang menggunakan pendekatan yang kita lakukan kepada anak-anak kita supaya mereka menguasai bahasa penting ini.

2 comments:

Azuar said...

Salam, Dr., berdasarkan berita hari ini akhbar saya kira PPSMI akan diteruskan juga....apa fikiran dr?

Deria said...

Kajian oleh PEMBINA satu badan NGO menunjukkan PPSMI tidak relevan kepada murid di luar bandar daripada segi pelaksanaan oleh guru dan penerimaan oleh murid... Ada satu sajak yang menarik disiarkan di BH 22/1/08 atau 23/11/08... saya kurang pasti. Cuba baca..