- Kuliah
- Khutbah
- Dialog
- Soal jawab
- Hafazan
- Mujadallah
- Gambaran - kini dikenali sebagai penggunaan bahan audio visual
- Amali
- Demonstrasi
- Halaqah dan banyak lagi....
Baginda sebenarnya sudah mendahului pelbagai strategi pengajaran yang masa kini disebut sebagai teknologi pendidikan. Hanya ketiadaan komputer pada zaman baginda sahaja yang membezakan strategi pengajaran yang digunakan dengan strategi pada zaman ini. Walau bagaimanapun Baginda telah mempelopori dan menunjukkan contoh strategi pendekatan pengajaran yang amat sesuai dengan kehendak pelajar. Dalam sebuah buku yang bertajuk Nabi Muhammad: Guru dan Pendidik Terulung, ditulis oleh As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (diterjemah oleh Hj. Shuhadak Mahmud, Dirasat Ulya, Jamieah Maftuhah, Kaherah, Mesir) terbitan Maktab Al-matbuah Islamiah Habab. Diterbitkan bersama oleh M Khari Ent. dan Al Azhar media Ent. Buku ini menghuraikan 40 teknik cara mengajar oleh Rasulullah. Ibn Khaldun Beliau menggunakan kaedah pengajaran mengikut peringkat-peringkat pengajian iaitu bermula daripada peringkat rendah kepada peringkat tinggi. Antara kaedah-kaedah yang digunakan ialah:
- Qiraah (bacaan)
- Hafz (hafazan)
- Kitabah (tulisan)
- Imla’i (menyalin)
- Istiwbat (ambilan)
- Tardid (ulang sebut)
- Munazarah (pemerhatian)
- Tikrar (pengulangan)
- Sama’ (mendengar)
- Ijtima’al-watan (pergaulan dengan penduduk setempat)
- Mulakhasah (deduktif)
- Tamhid (induktif)
- Juz’i (menjelaskan secara satu persatu)
- Kulli (menyeluruh)
- Bati (beransur-ansur)
- Daqiqah (mendalam)
- Umuniyyah (umum)
- Hayah (penghayatan)
- Muttakamul (kesepadanan)
- Syumul (menyeluruh dan benar-benar menguasai ilmu) - kaedah sekarang (moden?) dikenali sebagai 'mastery learning'
- Talkhis (peringkasan)
- Rihlah (lawatan)
- Takhdis (huraian)
- ’amali (praktikal)
Al Qabisi
- Kuliah dan syarahan bagi mata pelajaran akhlak
- Hafz (hafazan) hendaklah diikuti dengan amali (aml)
- Kaedah fard (individu) bagi murid yang lemah
- Jama’iyyah (berkumpulan)
- Tardid (meniru)
- Qudwah (tauladan)
- Tamsil (tunjuk ajar) - bersamaan dengan kaedah demonstrasi
- ’amliyah (amali)
Al Farabi, Ibn Sinna dan Ibn Tufail
- Huraian
- Perbandingan - banding beza yang dikenali dalam kemahiran berfikir
- Perkaitan - seperti dalam kemahiran berfikir yang diperkenalkan sekarang
- Kesimpulan
- Generalisasi
- Implikasi
- Ikhtisar
- Penyelesaian masalah - dikenali sekarang sebagai problem solving
- Inkuiri
Al Ghazali dan Sufyan Al ’Uyainah
- Munaqasah (perbincangan)
- Al-adwan (main peranan) - dikenali sebagai roleplay
Imam Shafi’i dan Imam Malik
- Imla’i (menyalin)
- Istima’ (mendengar)
- Nazar wa istima’ (pandang dan dengar) - kini dikenali sebagai penggunaan bahan audio visual
- Kalam (dialog)
- Qira’ah (bacaan)
- Kitabah (tulisan)
Lain-lain kaedah pengajaran yang sering digunakan oleh cendekiawan Islam lain adalah seperti berikut:
- Taqlid duna nazar wa fikr – meniru
- ’adan al-akhlas bi al dars - peneguhan
- Burhan wa wadihah – penerangan dan penjelasan
- Kulliyyat – penerangan
- Tamhis al-ra’yie – percambahan idea
- Tikrar ma’a talwin – latih tubi
- Tajribal al-sakhsiah – pengalaman
- ’Ibrah – penceritaan
- Taqdim al-targhib ’ala al-tarhib – mengutamakan kegembiraan daripada ancaman
- Uswah hasanah – teladan yang baik, mengambil iktibar, tinjauan, muhasabah
Jika diteliti kaedah-kaedah yang telah digunapakai sejak berzaman dahulu ini, ianya masih relevan dan hanya diberi nafas baharu atau dengan lain perkataan bolehlah kita katakan sebagai satu penjenamaan semula mengikut acuan barat. Tambahan pula dengan adanya teknologi canggih terkini iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), maka kaedah-kaedah yang diberikan penjenamaan semula ini kelihatan begitu canggih dan seolah-olah dicipta oleh para cendekiawan barat. Semoga dengan artikel ini, kita semua sebagai warga guru yang mempraktiskan kaedah-kaedah pengajaran ini sedar bahawa ilmu tersebut sebenarnya telah pun diperkenalkan oleh cendekiawan Islam, malahan telah diterajui oleh Rasullullah saw.
2 comments:
Assalamualakum,
adakah Bapak memiliki buku: Kaedah dan Teknik Pengajaran menurut Ibn Khaldun dan Al Qabisi, ? Bisakah saya mendapatkan copy-nya? Terima kasihh.
Wassalam
Assalamualaikum, saya amat berminat dengan artikel yang ditulis.. banyak kaedah yang digunakan pada sesi pembelajaran yang harus kita perhalusi dan amalkan dalam kaedah kita mengajar..
Post a Comment