Cuti persekolahan hujung tahun disambut dengan berbagai-bagai perasaan dalam kalangan murid dan ibu bapa. Guru-guru juga merasa agak lega dan lapang selepas bertungkus lumus mengajar dan menjalakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum. Ibu bapa merancang untuk bercuti dan membawa bersama anak-anak mereka. Murid-murid merasa lega dan dapat meluangkan masa bersama keluarga selepas begitu sibuk menghadiri berbagai aktiviti pelajaran dan kokurikulum sepanjang tahun.
Namun, terdapat juga ibu bapa yang begitu risau dengan masa lapang anak-anak mereka. Sekiranya kedua-dua ibu bapa bekerja, anak-anak tinggal di rumah dan masa lapang ini jika tidak digunakan dengan baik, akan menyebabkan pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku. Permainan video game (PlayStation), internet dan sebagainya boleh menyebabkan gejala negatif berlaku. Akhbar baru-baru ini menyiarkan seorang pelajar mengalami suasana pelik dalam alam fantasi selepas bermain game melalui PlayStation dalam satu jangka masa yang panjang (marathon). Kita perlu mengawasi anak-anak kita daripada terlalu asyik bermain game komputer sehinggakan lupa makan dan minum serta beriadah. asyik ber'chating' siang dan malam, sehingga ke larut malam. Laman web 'friendster' adalah lamam web yang sangat sering dilawati oleh para remaja. Kawan-kawan mereka adalah rakan siber yang tidak dikenali secara fizikal, walau pun sering berhubung di ruang siber maya. satu lagi laman web yang sering dilawati ialah YouTube yang memaparkan segala peristiwa yang berlaku dalam bentuk video klip tanpa sebarang penapisan (walau pun tiada yang berunsur seksual) daripada segi keganasan dan nilai moral serta keagamaan. Ini sangat negatif untuk didedahkan kepada remaja yang sedang meningkat usia terutamanya sedang mengalami kematangan minda.
Berbagai pihak menganjurkan program dan aktiviti yang dapat disertai oleh ana-anak bagi memenuhi masa cuti panjang mereka. Kita disajikan dengan program yang diberi dengan berbagai nama dan konsep seperti ’summer camp’ khemah ibadat, khemah pembentukan jati diri dan sebagainya. Ada penganjur yang ikhlas dan jujur dalam program serta aktiviti anjuran mereka dan tidak kurang juga yang lebih mementingkan atau mengaut keuntungan daripada peluang yang ada. kepada pengajur program yang sebegini baik, bantulah para remaja kita untuk memperkembangkan sahsiah dan kerohanian yang baik dengan mengadakan program dan aktiviti tanpa mengutamakan keuntungan semata-mata. Tidak semua ibu bapa yang mampu mengeluarkan perbelanjaan yang begitu banyak untuk menghantar anak-anak mengikuti program sedemikian. Sesetengahnya mempunyai dua atau tiga orang anak remaja, ini melibatkan kos yang begitu banyak. para guru harus memainkan peranan penting dalam program seperti ini dan pihak sekolah juga boleh melibatkan diri dalam penganjuran program sedemikian semasa cuti sekolah. Semoga penglibatan dalam aktiviti seperti ini akan menyerlahkan lagi nilai profesionalisme kita sebagai seorang guru.
Pada pandangan saya, masa inilah kita boleh membantu anak-anak mempelajari apa yang tidak dapat kita berikan atau guru di sekolah berikan, iaitu pelajar agama seperti pembacaan Al Quran dari segi kelancaran, tajwid dan sebagainya. Begitu juga fardhu Ain yang amat dituntut oleh agama. Ibu bapa perlu mencari peluang untuk menghantar anak-anak ke program dan aktiviti berkaitan supaya dapat menampung kekurangan ilmu dan kemahiran dalam bidang tersebut.
Sebagai ibu bapa, kita perlu mengawasi dengan seketat yang mungkin aktiviti anak-anak di rumah semasa ketiadaan kita (suami isteri pergi berkerja). Pengaruh internet amat berkuasa sekali untuk memesongkan pemikiran kepada perkara negatif jika tidak dikongkong dan diawasi dengan ketat. Malahan pengaruh televisyen, terutamanya televisyen satelit seperti ASTRO banyak mendedahkan anak-anak kita kepada gejala negatif dan keruntuhan akhlak/moral.
No comments:
Post a Comment