Laman blog ini memaparkan idea dan amalan dalam bidang perguruan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sepanjang menjadi guru, pendidik guru dan bidang pentadbiran yang berkaitan dengan perguruan di Malaysia. Semoga pengalaman dan idea ini dapat dikongsi bersama rakan-rakan guru yang lain.
Wednesday, November 26, 2008
I Am Looking For A Teacher
Tuesday, November 25, 2008
Cuti Hujung Tahun
Monday, November 24, 2008
Ciri-Ciri Guru Cemerlang
- Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.
- Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 1. Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:
- Nilai kendiri yang positif
- Berakhlak mulia
- Adil
- Bertimbang rasa
- Amanah
- Bertanggung jawab
- Kreatif
- Inovatif
- Kemas
- Sikap sedia berkongsi
- Bersikap terbuka
- Berpemikiran positif
2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:
- Mengamalkan budaya ilmu
- Berkebolehan menyelesaikan masalah
- Membuat keputusan yang rasional serta objektif
- Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:
- Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
- Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
- Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
- Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.
4. Kecemerlangan Potensi
- Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
- Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel.
- Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.
5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:
- Adil
- Sabar
- Tegas
- Konsep kendiri positif
- Kesungguhan
- Mesra
- Prihatin
- Kerjasama
- Menepati masa
- Bertanggung jawab
- Berakhlak mulia
- Kecindan (unsur jenaka)
Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.
Friday, November 21, 2008
Pengajaran Individu (Individualized Instruction)
Salah satu daripada kaedah pengajaran adalah secara pengajaran individu. Saya ingin mengetengahkan kaedah ini kerana terdapat isu di mana ramai guru dikatakan meninggalkan kelas setiap hari disebabkan menghadiri pelbagai aktiviti anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pendidikan dan berbagai agensi lain. Ini menyebabkan murid ketinggalan ketika guru tiada dalam kelas. Mekanisme yang digunakan oleh sekolah adalah dengan mengadakan guru ganti, namun mekanisme ini tidak berkesan, hanya sekadar dapat mengawal kelas daripada bising sahaja. Punca guru meninggalkan kelas adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti berikut;
- Kursus/program dijalankan semasa hari persekolahan.
- Guru-guru yang mengikuti pengajian melalui Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) mengambil cuti untuk menghadapi peperiksaan.
- Mesyuarat diadakan semasa hari persekolahan anjuran JPN, PPD atau pihak sekolah sendiri.
- PPD menggunakan tenaga guru sekolah untuk pelaksanaan program tertentu.
Guru-guru yang sering terlibat dengan kursus/bengkel/program anjuran KPM dan tidak hadir ke sekolah semasa hari persekolahan ialah terdiri daripada:
- Setiausaha Sukan,
- panel penggubal soalan (UPSR, PMR, SPM, STPM),
- Jurulatih Utama (JU),
- Ketua Bidang,
- GPK dan,
- Guru Besar/Pengetua.
Kaedah pengajaran yang dibincangkan pada kali ini akan dapat membantu sekolah dan guru sekiranya kita tiada di dalam bilik darjah. Ini juga memudahkan guru ganti berfungsi dengan berkesan. Berikut adalah beberapa definisi berkaitan dengan pengajaran individu:
- ..wherein students use learning materials specifically designed or chosen to suit their individual interest, abilities and experience, is now almost universally accepted as an important and productive instructional strategy.
- ..apa juga penyediaan yang membolehkan setiap penuntut bergiat belajar pada setiap masa mengenai perkara-perkara yang didapatinya bernilai kepada dirinya sebagai seorang individu
- Seseorang pelajar yang ingin belajar secara individu perlulah mempunyai disiplin diri yang tinggi dan dibantu oleh ibu bapa atau waris semasa menghadapi pelajaran.
- Bahan pembelajaran juga perlu disusun dengan begitu rapi dan sistematik agar pelajar dapat mengikutinya tanpa menghadapi sebarang masalah.Dalam pengajaran individu, perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah perbezaan pada setiap individu dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta dan sebagainya.
- Bahan pembelajaran bagi pengajaran individu perlulah disediakan supaya pelajar dapat belajar mengikut kadar kecepatan sendiri.
Jenis-jenis pengajaran individu
- Munsyi atau ‘tutoring’ Kaedah ini bermula sejak abad ke 19 di kalangan orang-orang bangsawan. Ia merupakan kaedah pengajaran individu yang sebenar iaitu seorang pelajar dipimpin oleh seorang guru (munsyi) semasa mengikuti pelajarannya.Is one to one method of instruction in which the decisions to be made by the tutor are ‘’programmed’ in advance by means of carefully structured printed instructions. The “teacher’s book” has the answers to the exercises; “the student’s book” does not
- Koresponden Kaedah bermula sejak tahun 1873. Guru mengirimkan bahan pembelajaran ke rumah dan setiap tugasan atau latihan perlu dikirimkan semula kepada guru.
- Self-Paced Unit Plans Kaedah bahan pembelajaran disusun dengan unit-unit yang kecil dan lengkap untuk mengkaji sesuatu topik. Pelajar akan belajar mengikut kecepatan sendiri.
- Pengajaran Terancang (Programme Instruction) Kaedah di asaskan oleh B.F. Skinner. Konsep yang diperkenalkan oleh beliau ialah ‘ bahan pengajaran dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan setiap langkah diberikan ganjaran. Terdapat dua jenis pengajran terancang iaitu secara linear dan bercabang
- Personalized System of Instruction (PSI) Could be described as a technology for managing instruction. It puts the reinforcement theory into action as the overall framework for a whole course. In the PSI classroom students work individually at their own pace using any of a variety of instruction materials - a chapter in a book, CAI, a loop film, a sound film strip, a programmed booklet, etc. The materials are arranged sequential order and the student must show mastery of each unit before being allowed to move on to the next.Mastery in determined by means of a test taken whenever the student feels ready for it. Study help and testing are handled by proctors - usually more advanced students who volunteer to help others. Proctors are critical component of PSI for it is their one-to-one tutorial assistance that makes the system personalized. The instructor acts primarily as a planner, designer, manager and guide to students and proctors. Maklumat lanjut mengenai PSI ini boleh didapati di laman web berikut: http://starfsfolk.khi.is/solrunb/system.htm
- Audio Tutorial Systems Developed by S.N. Postlethwait at Purdue University in the early 1960s.Maklumat lanjut mengenai ATS ini boleh didapati di laman web berikut: http://www.hull.ac.uk/php/edskas/edtech/audiotutorial.pdf
- Modul Modules are usually designed as self-instructional units for independent study. Kegunaan modul adalah untuk pengajaran biasa, memperkayakan bahan pengajaran pembelajaran, pemulihan, menetapkan kebolehan yang sama di peringkat permulaan sebelum memulakan topik baru, mengajar murid yang ketinggalan di dalam pelajaran kerana sakit, merancang kursus melalui pos atau pendidikan jarak jauh dan sebagainya termasuklah apabila guru tidak dapat hadir ke kelas untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat sebuah sekolah menengah di Ipoh menggunakan kaedah modul untuk membantu murid yang tidak dapat menghadiri kelas kerana terlibat dalam permainan hoki di peringkat negeri dan kebangsaan. Kaedah ini tidak akan menjejaskan pembelajaran murid walau pun murid itu terpaksa menghadiri latihan hoki atau permainan lain dalam waktu persekolahan. Guru mata pelajaran perlu menyediakan modul untuk murid ini dapat terus belajar.
Thursday, November 20, 2008
Aktiviti Persekolahan Di Hujung Semester Akhir


Friday, November 14, 2008
Keputusan UPSR Penentu PPSMI
- Soalan peperiksaan masih dwi bahasa
- Murid membaca soalan bahasa Melayu (cuba buat kajian)
- Guru masih mengajar menggunakan bahasa Melayu (dapatan daripada kajian dan pemerhatian, terutamanya di luar bandar dan pedalaman)
- Penguasaan bahasa Inggeris tinggi (naik) kerana mereka banyak didedahkan kepada persekitaran bahasa Inggeris. (Apakah kita mahu mereka pandai berbahasa Inggeris atau Sains dan Matematik?)
- Persekitaran pembelajaran di luar bandar masih berorientasikan bahasa Melayu
- Kompetensi guru PPSMI berbahasa Inggeris masih lemah (terutamanya di luar bandar dan pedalaman)
- Sekiranya semua soalan ditulis dalam bahasa Inggeris, apakah keputusan begini berterusan?
Semoga keputusan UPSR ini tidak dijadiakan sebagai satu kayu ukur untuk membuat keputusan pelaksanaan PPSMI di negara kita. Penyelidikan yang menyeluruh, adil dan telus perlu dilakukan oleh semua pihak untuk mengenalpasti kejayaan pelaksanaan PPSMI.
Bahasa Inggeris adalah bahasa Lingua-Franca dan amat penting dalam semua bidang. Tidak dapat dinafikan lagi kepentingan bahasa ini oleh sesiapa pun. Namun, untuk seseorang menguasai bahasa ini, tidak ada satu negara pun di dunia ini yang menggunakan pendekatan yang kita lakukan kepada anak-anak kita supaya mereka menguasai bahasa penting ini.
Monday, November 3, 2008
Guru-Guru Tiada Di Sekolah Pada Masa Persekolahan
- Kursus/program dijalankan semasa hari persekolahan.
- Guru-guru yang mengikuti pengajian melalui Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) mengambil cuti untuk menghadapi peperiksaan.
- Mesyuarat diadakan semasa hari persekolahan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau pihak sekolah sendiri.
- PPD menggunakan tenaga guru sekolah untuk pelaksanaan program tertentu.
Guru-guru yang sering terlibat dengan kursus/bengkel/program anjuran KPM dan tidak hadir ke sekolah semasa hari persekolahan ialah terdiri daripada:-
- Setiausaha Sukan
- Panel penggubal soalan (UPSR, PMR, SPM, STPM)
- Jurulatih Utama (JU)
- Ketua Bidang
- Guru Penolong Kanan (GPK) dan,
- Guru Besar/Pengetua
Kesan Ketiadaan Guru Di Sekolah
Beberapa kesan telah dikenalpasti hasil daripada temubual dengan guru dan murid apabila guru tidak tidak hadir ke sekolah semasa hari persekolahan:
- Guru yang mengganti kelas yang ditinggalkan oleh guru yang mengajar mata pelajaran tertentu tidak sama opsyen
- Guru ganti tidak mengajar dan menyuruh murid membuat kerja sendiri Guru ganti mengambil peluang mengajar mata pelajaran opsyennya sendiri semasa masuk kelas ganti
- Guru yang meninggalkan kelas tidak menyediakan modul atau tugasan untuk dilakukan oleh murid semasa beliau tidak hadir
- Sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan terutamanya bagi kelas yang akan menghadapi peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM dan STPM)
- Hampir setiap hari guru melaksanakan kelas ganti menyebabkan tugas-tugas lain seperti penyediaan Rancangan Pelajaran Harian (RPH), penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran, menanda buku latihan, memeriksa kertas ujian dan tugas-tugas panitia, setiausaha peperiksaan, penyelaras pusat sumber dan sebagainya tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan
- Terdapat juga perasaan kurang senang di kalangan guru-guru disebabkan kekerapan guru yang sama meninggalkan sekolah masa persekolahan untuk menghadiri kursus atau program anjuran KPM
Bagaimana Mengatasi Masalah Ini? Pihak sekolah telah mengamalkan beberapa kaedah bagi mengatasi masalah guru tiada di sekolah pada masa persekolahan seperti berikut;
- Menyediakan jadual kelas ganti untuk memastikan kelas yang dikosongkan itu diambilalih oleh guru lain dengan mengambil kira waktu senggang guru (free period) dan opsyen guru ganti tersebut
- Pihak pengurusan sekolah mengumpulkan murid-murid di dalam dewan dan mengadakan aktiviti yang sesuai sekiranya melibatkan banyak kelas dan ramai guru yang tidak hadir
- Pihak pengurusan sekolah meminta guru yang akan bercuti menyediakan lembaran kerja atau tugasan supaya dapat digunakan oleh guru ganti semasa mereka tidak hadir ke sekolah
Kekangan Pelaksanaan Kelas Ganti Semasa melaksanakan pencerapan kepada pelajar bacelor pendidikan ketika menjalani praktikal atau latihan mengajar di sekolah-sekolah, saya mendapati hampir setiap hari mereka dibebani dengan tugas mengganti kelas guru yang tidak hadir ke sekolah. Ini menjejaskan tugas mereka sebagai seorang bakal guru yang perlukan masa panjang untuk belajar di sekolah itu. Dalam buku rekod pengajaran mereka terdapat banyak slip tampalan kelas ganti yang ditugaskan kepada mereka. Mereka bukan menggantikan kelas opsyen mereka, malah berbagai mata pelajaran yang diganti kelas. Apa yang mereka buat? Keseluruhan mereka mengatakan hanya duduk dan mengawal murid daripada berkeliaran dan membuat bising. Sesetengahnya dibawa masuk ke Pusat Sumber Sekolah untuk aktiviti bebas (membaca dan lain-lain).
Dalam kajian ini pula, mereka mendapati hampir 60.0% guru tidak masuk ke kelas ganti yang telah ditetapkan dalam jadual ganti yang diedarkan kepada mereka. Sebilangan besar guru ganti yang masuk ke kelas hanya bertugas mengawal kelas daripada membuat bising tanpa melaksanakan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Guru hanya duduk di dalam kelas tanpa berbuat sesuatu sehingga loceng berbunyi, malah murid juga tidak mengenali mereka kerana tidak memperkenalkan diri terlebih dahulu. Pada dasarnya, tugas guru ganti dipilih mengikut keutamaan opsyen guru yang diganti dan jumlah waktu guru mengajar pada hari tersebut. Namun banyak sekolah tidak dapat melaksanakan keutamaan ini dan memberikan tugas kepada guru bukan opsyen sekadar untuk mengawal kelas supaya tidak bising dan tujuan keselamatan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini apabila guru tiada dalam kelas. Sekolah mempunyai sistem tersendiri menyediakan jadual kelas ganti setiap hari persekolahan. Hampir semua sekolah menyediakan kupon atau slip yang mengandungi nama guru ganti, guru yang diganti, Tahun/Tingkatan, masa serta mata pelajaran. Slip tersebut perlu ditandatangan dan dilekatkan dalam buku rekod pengajaran harian guru ganti. Terdapat sekolah yang menyediakan slip jadual ganti secara manual, buku, komputer atau dipaparkan di papan kenyataan untuk disemak oleh guru dan murid. Cadangan
- Kursus yang dianjurkan oleh KPM, JPN, PPD dan lain-lain agensi KPM perlu diadakan di hujung minggu atau semasa cuti penggal persekolahan. Terdapat kursus yang memakan masa yang agak panjang dan melibatkan ramai guru
- Lokasi kursus perlu diadakan berhampiran dengan sekolah dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk pergi dan kembali ke sekolah semula. Contohnya, guru yang mengikuti program PJJ di tempat yang jauh dari sekolah memerlukan jumlah hari yang lebih panjang untuk perjalanan pergi dan balik
- Mesyuarat perlu diadakan di luar waktu persekolahan. Pihak JPN, PPD dan sekolah perlu mengelakkan penggunaan waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan mesyuarat
- Aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak NGO (Badan Bukan Kerajaan) perlu difikirkan kepentingannya dari segi pembelajaran murid di sekolah. Pihak JPN, PPD dan sekolah perlu mengelakkan daripada terlibat dengan aktiviti anjuran NGO yang mana memerlukan kehadiran guru-guru semasa persekolahan berjalan
- Bahagian-bahagian di KPM, JPN dan PPD perlu membuat penyelarasan program-program yang dijalan/dianjurkan supaya tidak berlaku pertindihan program yang sama atau hampir sama. Perkara ini sering berlaku dan melibatkan guru yang sama menghadiri kursus yang sama atau hampir sama
- Pihak sekolah perlu dimaklumkan terlebih awal tentang keperluan kursus atau latihan yang akan dilaksanakan. Kajian keperluan terhadap kursus perlu diadakan di sekolah bagi mengenalpasti jenis kursus yang diperlukan oleh guru. Terdapat sekolah yang tidak lagi memerlukan sesuatu kursus/latihan kepada guru-gurunya kerana sudah mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan, contohnya dalam bidang teknologi maklumat. Terdapat dua orang guru sekolah pedalaman hadir berkursus mengenai pembinaan laman web sekolah, sedangkan ianya sebuah sekolah kecil dan bilangan guru yang sedikit
- Pengagihan guru untuk jadual guru ganti perlu dilakukan dengan bijaksana bagi mewujudkan kesaksamaan dalam menjalankan tugas tersebut di kalangan semua guru
- Pemantauan pelaksanaan kelas ganti ini perlu dilakukan oleh Guru Besar/Pengetua atau GPK secara terancang dan berkesan. Rekod pelaksanaan jadual guru ganti perlu disimpan dan dikemaskini oleh pihak sekolah
- Guru menyediakan modul pembelajaran yang komprehensif bagi tajuk-tajuk tertentu supaya berlaku pembelajaran kendiri murid semasa guru tidak masuk ke kelas
Kita sebagai ibubapa perlulah prihatin dan sedar tentang perkara ini, yang berlaku di sekolah. Kita dapat menyumbang idea dan buah fikiran untuk mengatasi masalah ini sekiranya kita sedar tentang isu ini. Semasa mesyuarat PIBG dan lain-lain forum seumpamanya, kita sebagai ibubapa perlu hadir dan membincangkan persoalan ini. Semoga penglibatan kita dalam memberikan idea dan pandangan kepada pihak sekolah, akan dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan. Oleh itu, kita perlu hadir dalam sebarang ruang yang disediakan oleh pihak sekolah seperti forum, mesyuarat (terutamanya mesyuarat PIBG) dan sebagainya. Sumbangan masyarakat terhadap pihak sekolah adalah amat bermakna dan selaras dengan perkembangan atau tren pendidikan masa kini. Ini telah diamalkan oleh ibubapa dan sekolah di negara maju.