Guru yang paling berkesan adalah guru yang tidak menganggap semua perkara adalah serious dan menjadikan pembelajaran adalah sesuatu yang seronok dan menghiburkan. Mereka menjadikan jenaka sebagai alat untuk ‘breaking the ice’ ketika sesuatu situasi yang sukar dialami. Misalnya, dalam menguruskan bilik darjah, guru perlu menggunakan arahan secara berjenaka bagi mengurangkan tekanan dan ketegangan yang berlaku sesama pelajar. Guru sebegini akan sentiasa berjenaka setiap hari dalam kelasnya. Mereka sentiasa bergelak ketawa bersama-sama pelajar sama ada dalam kelas atau di luar kelas. Mereka sentiasa berjenaka dengan murid dan sebaliknya. Namun, jenaka yang digunakan adalah jenaka yang tidak mendatangkan keburukan seperti memperlekeh atau mempersendakan pelajar atau orang lain, berbentuk ugutan dan berunsur lucah.
Bukan kita mahukan jenaka yang dapat mentertawakan murid sehingga kelas menjadi hingar bingar. Cukuplah sekadar dapat membuatkan murid kita tersenyum atau merasa terhibur dan lega dengan apa yang kita ucapkan. Bukan perlu kita mempelajari atau berlatih untuk berjenaka, tak kanlah sepanjang hayat kita tak pernah pun berjenaka! Jenaka yang ringan dengan memberikan contoh-contoh yang melucukan adalah amat mudah dilakukan oleh guru semasa mengajar dalam kelas.
Banyak kajian di luar negara menunjukkan bahawa murid suka kepada guru yang gemar berjenaka. kajian juga membuktikan bahawa kelas yang diselang seli dengan jenaka oleh guru, dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan seterusnya meningkatkan pemahaman murid. Oleh itu kajian yang berbentuk eksperimental telah dilakukan oleh para sarjana barat membuktikan terdapat peningkatan pencapaian yang signifikan bagi kelas yang mengandungi jenaka berbanding sebaliknya.
3 comments:
ye, sokong dan setuju. Saya pernah merasai pengalaman itu suatu ketika dahulu
terima kasih, saya sedang menjalankan satu kajian mengenai amalan kecindan (jenaka) dalam kalangan guru pelatih UPM. InsyaAllah siap hujung tahun ini.
salam,DR,moga di permudahkan segala Urusan OlehNYA...
Post a Comment