Guru yang paling berkesan adalah guru mengambil berat akan masalah peribadi setiap pelajarnya dan sentiasa mengambil perhatian terhadap perkara yang berkaitan dengan masalah tersebut. Misalnya, seorang pelajar yang mengidap penyakit lelah, guru akan mengambil perhatian khusus kepada beliau supaya tidak terdedah kepada habuk atau cuaca sejuk yang memudaratkan lagi kesihatan beliau.
Pelajar yang memakai cermin mata dan mempunyai masalah penglihatan, diberi peluang dan dipastikan supaya beliau dapat duduk di hadapan kelas dan dapat melihat tulisan di papan hitam atau papan putih atau skrin. Banyak cerita yang mengkisahkan bagaimana seseorang guru itu mengambil berat seseorang pelajarnya dan mempengaruhi kehidupan mereka seterusnya.
Pelajar kita dahulu, kini menjadi rakan baik dan sentiasa berkongsi pengalaman, ziarah menziarahi sama ada semasa sihat, sakit dan pada hari-hari perayaan. Kadang-kadang mereka menjawat jawatan tertentu yang tinggi dan dapat memberi bantuan kepada kita yang berurusan dengan mereka. Banyak kisah dimana bekas pelajar tidak mempeduli atau menghiraukan bekas guru mereka semasa berurusan dalam perkhidmatan tertentu kerana guru tidak mengenali mereka dan guru itu juga tidak pernah mempedulikan mereka semasa mengajar di sekolah dahulu. Alangkah ruginya sekiranya kita tidak melaksanakan tugas yang sepatutnya dilaksanakan disebabkan kita tidak mempunyai karektor sedemikian.
Bayangkan sekiranya bekas pelajar kita adalah seorang doktor perubatan atau jururawat terlatih!
2 comments:
Salam DR, Tahniah ke atas penghasilan blog yang sangat menarik dan ilmiah ini, saya harap sentiasa dapat mengunjungi blog Dr. - Ropizam,BPSP FPP UPM
salam,ish,ada jugak cikgu zam cni,
DR,tahniah juga..blog yang sungguh bermanfaat bagi yang menghargai..sangat berguna bagi kamini..terima kasih atas segala didikan dan tunjuk ajar yang telah DR berikan pada kami.sy dah jadi follower blog DR ni..>>maizatul farhana,bpsp sem 4
Post a Comment