Kecewa sangat apabila melihat tokoh-tokoh guru yang dipilih pada tahun ini dan setiap tahun adalah daripada mereka yang 'Ternama" dengan gelaran Dato', Datuk, Profesor, etc..... seolah-olah tidak ada tokoh guru dalam kalangan bekas-bekas guru yang tidak "ternama' dan bertugas di kawasan masing-masing (bandar, luar bandar, pinggir bandar, pedalam, pulau dan pelbagai tempat lagi). Mereka juga mempunyai sumbangan yang begitu bernilai dan tinggi terhadap pendidikan walau pun tidak diperingkat antarabangsa. Apalah ada pada antara bangsa kalau tidak bermula dengan peringat daerah, negeri dan kebangsaan. Apakah ertinya TOKOH GURU itu... adakah tafsiran defnisi tersebut hanya untuk antarabangsa sahaja.
Ramai dalam kalangan guru-guru (dan bekas guru) yang begitu menonjol diperingkat atau daerah atau negeri masing-masing. Sumbangan mereka terhadap sekolah dan masyarakat setempat tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Pengorbanan mereka terhadap dunia pendidikan begitu tinggi sekali nilainya, namun mereka diketepikan daripada memperolehi gelaran TOKOH GURU.
Semoga gelaran TOKOH GURU tidak ditafsir dengan begitu sempit pada masa hadapan.
1 comment:
Tokoh Guru lazimnya dalam kalangan yang berpengaruh..sudah tentunya..
tapi
saya tetap mengharapkan juga bahawa kiraan KETOKOHAN itu tidak sempit..amin
Post a Comment