Laman blog ini memaparkan idea dan amalan dalam bidang perguruan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sepanjang menjadi guru, pendidik guru dan bidang pentadbiran yang berkaitan dengan perguruan di Malaysia. Semoga pengalaman dan idea ini dapat dikongsi bersama rakan-rakan guru yang lain.
Monday, August 1, 2011
Mengakui Kesalahan Sendiri
Manusia dilahirkan mempunyai kekurangan, kelemahan dan sentiasa membuat kesilapan. Sebab itulah ALLH SWT dan Rasullah SAW sentiasa menyuruh kita bertaubat dan berightifar setiap hari. Begitu juga insan guru, akan sentiasa menghadapi situasi membuat kesilapan setiap hari semasa berhadapan dengan murid. Seharusnya sebagai seorang manusia biasa, seseorang guru tidak akan teragak-agak untuk mengakui kesilpan dan kesalahan yang dilakukan kepada murid. Perlakuan ini akan menimbulkan persepsi positif dalam kalangan murid kita. Kita sentiasa mengikuti ceramah dan ucapan dari pelbagai pihak, dimana diakhir ucapan mereka sentiasa menyebut "akhir sekali saya memohon ampun dan maaf sekiranya ...... yang baik itu daripada ALLAH SWT dan yang buruk itu adalah daripada saya". Ini menunjukkan penceramah tersebut menguki bahawa beliau juga ada membuat kesilapan dan mempunyai kelemahan dalam penyampaiannya. Berbalik kepada kita sebagai warga guru, ada kemungkinan setiap kali berhadapan dengan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, kita juga membuat kesilapan yang dapat menyinggung perasaan murid kita. Alangkah baiknya sebelum meninggalkan bilik darjah, kita memohon maaf daripada murid kita. Guru yang bersikap tidak ego dan berlaku jujur serta membetulkan kesilapan dengan segera akan menjadi contoh dan teladan kepada murid kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
pahamilah arti hidup maka kita akan mengetahui kesalahan sendiri
pahamilah arti hidup maka kita akan mengetahui kesalahan sendiri
pahamilah arti hidup maka kita akan mengetahui kesalahan sendiri
pahamilah arti hidup maka kita akan mengetahui kesalahan sendiri
Post a Comment