Friday, August 12, 2011

Guru adalah Ibu Bapa Kedua Murid

Murid banyak menghabiskan masa di sekolah di sebelah siang hari berbanding bersama ibu bapa mereka. Oleh itu secara tidak langsung, guru adalah pembimbing dan penjaga kepada murid semasa mereka berada di sekolah. Maka peranan sebagai ibu bapa kedua tidak boleh dinafikan oleh setiap insan yang bergelar guru. Semasa di sekolah, murid perlu dijaga dari segi keselamatan mereka, ksihatan dan pemakanan mereka. Sekolah telah menyediakan pelbagai prasarana untuk kemudahan murid semasa mereka berada dalam kawasan sekolah, malahan kawasan sekolah sentiasa diawasi oleh pegawai keselamatan yang sentiasa bertugas. Bilik rawatan, kantin dan surau telah tersedia untuk  murid melakukan aktiviti yang berkenaan. 

Hanya guru yang benar-benar berdedikasi sahaja mampu menunaikan tanggung jawab ini dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh. Berapa ramai antara guru menziarahi anak didik mereka sekiranya sakit dan terlantar di rumah atau hospital? Berapa ramai guru yang bertanyakan khabar sekiranya anak didik mereka tidak hadir ke sekolah melebihi 2 atau 3 hari? Ada ketika murid mereka sakit dan tidak hadir ke sekolah sehinggga melebihi 3 hari, guru langsung tidak mengambil tahu atau bertanyakan khabar. Guru boleh menghubungi ibu bapa dan bertanya mengapa anak mereka tidak hadir ke sekolah, dan sekiranya sakit maka hadirlah ke rumah mereka untuk menziarahi murid yang sakit. Kemana hilangnnya nilai keperibadian baik yang sepatutnya ada dalam diri seseorang guru sehingga tidak perlu mengambil tahu hal murid mereka? 
Kita banyak mendengar orang membandingkan guru dahulu dan guru sekarang. Perkara inilah yang membezakan guru dahulu dengan guru sekarang, guru dahulu menjalankan tugas sebagai ibu bapa kedua kepada murid dengan penuh rasa tanggung jawab menyebabkan mereka sentiasa dihormati sepanjang zaman. Bagaimana kita mahu murid menghormati kita sekiranya kita tidak menghormati mereka?

Kita pernah mendengar ada orang yang menyatakan mereka menjumpai amalan nilai Islam dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Masyarakat di Barat mengamalkan nilai-nilai menghormati sesama sendiri dengan lebih baik berbanding masyarakat kita (Islam). Guru mereka sangat menghormati anak didik dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang. 

Oleh itu janganlah memaki hamun, mencaci, mencela, memandang remeh anak didik kita walau pun mereka masih kecil. Suatu ketika nanti mereka akan menjadi dewasa dan mungkin menjadi seseorang yang terkenal. Sekiranya mereka tidak diajar untuk menghormati kita, maka kita akan kecewa apabila masa tersebut tiba.

6 comments:

roha said...

cerita tentang guru ni saya teringat akan kisah beberapa belas tahun lepas di sekolah rendah. Ada seorang cikgu yang suka memaki mencela dan mengutuk murid yang kurang pandai. Yang lebih mengharukan, dia turut mencaci keluarga murid yang malang tersebut. Maklumlah, sekolah di kampung, penduduk miskin....harap guru tersebut sedar kesilapan dia...

DERIA said...

MasyaAllah!!! semoga Allah memberikan beliau hidayah. Kerja mulia dicemari dengan perbuatan yang keji.

Unknown said...

semoga Allah memberikan beliau hidayah

Unknown said...

Asalamuallaikum wr wb

Unknown said...

Alhamdulillah PPSMI dimansuhkan.Harap-harap nasib bangsa kita terbela.Tapi ingat-ingat ye adik-adik, perjuangan tetap diteruskan. martabatkan bahasa kita.

Unknown said...

Alhamdulillah PPSMI dimansuhkan.Harap-harap nasib bangsa kita terbela.Tapi ingat-ingat ye adik-adik, perjuangan tetap diteruskan. martabatkan bahasa kita.