Monday, August 22, 2011

Kesan PPSMI

Saya merasa terpanggil untuk memberitahu semua pihak mengenai cerita terbaharu yang saya peroleh daripada anak buah saya. Mereka datang berkerja di Kuala Lumpur sebagai pekerja am (buruh) di sebuah syarikat. Mereka (3 orang) datang daripada keluarga yang sederhana (tidak susah sangat dan tidak miskin sangat) Saya terkejut dengan jawapan yang mereka berikan apabila saya bertanya sampai mana peringkat persekolahan mereka. Jawapan mereka adalah setakat PMR sahaja. Apabila ditanya kenapa tidak melanjutkan pelajaran di tingkatan 4. Jawapan mereka adalah sebab mereka tak faham apa yang diajar dalam BI seperti subjek Sains dan Matematik. Mereka kata lebih baik mereka berhenti daripada masuk kelas dan tak tahu apa pun yang dicakap oleh guru. Mereka tinggal dan bersekolah di kawasan luar bandar dan tidaklah begitu jauh daripada pekan kecil (Kuala Nerang). Menurut kata mereka, ramai lagi kawan2 mereka yang berbuat demikian disebabkan tak mampu belajar dalam BI, lalu berhenti sekolah. Terdapat juga dalam kalangan kawan2 mereka yang mendapat keputusan baik dan pandai semasa di sekolah, tetapi apabila masuk ke tingkatan 4, mereka tak dapat mengikuti pelajaran yang diajar dalam BI dengan baik dan pencapaian akademik mereka merudum.

Kita tidak nafikan BI adalah bahasa ilmu dan digunakan pakai antarabangsa, namun jangnanlah ramai anak-anak kita terabai dan tercicir dek BI.

Kini di fakulti pendidikan pula menjadi kewajipan bagi pensyarah untuk menyampaikan kuliah dalam BI. Saya tertanya-tanya adakah pelajar boleh memahami dengan baik dan adakah ilmu yang akan disampaikan itu boleh dikuasai sepenuhnya? Bakal-bakal guru ini akan berkhidmat di sekolah dalam negara dan juga termasuk di luar bandar. Adakah kita mahu menyediakan guru untuk mengajar dalam BI?

Saya terbaca Akhbar Berita Harian 20 ogos 2011yang ditulis oleh Razak Ghows mengenai tajuk "UM usah taksub mengejar ranking dunia"  Pensyarah universiti terutamanya universiti yang bertaraf Universiti Penyelidikan (Research University - RU) kini berlumba-lumba mengejar ranking dunia tanpa memikirkan masalah dan hal ehwal dalam negara. seolah-olah univerisiti kita ini (IPTA) ditubuhkan bukan untuk orang kita pulak. Kita bangga dengan universiti yang ramai orang luar (foreigner) sama ada berkulit hitam atau putih. Maka ramailah pelbagai bangsa tadi datang ke negara kita untuk belajar. Kita pulak berbangga dengan kehadiran mereka, kononnya kita mendapat pelajar yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Semua pensyarah universiti tahu apa yang berlaku kepada pelajar antarabangsa. adakah mereka ini sangat handal? BI mereka pun banyak yang lintang pukang dan belasah saja.

Pensyarah diutamakan supaya menulis artikel untuk diterbitkan dalam jurnal antarabangsa seperti ISI, dan seumpamanya. Artikel yang tersiar dalam jurnal tempatan tidak memberikan erti apa-apa kepada pihak universiti. Pensyarah tidak boleh menggunakan penerbitan jurnal tempatan sebagai CV mereka bagi tujuan kenaikan pangkat dan lain-lain. Jika dilihat, ramai pelajar pasca siswazah tempatan menggunakan dapatan kajian tempatan yang diperoleh daripada jurnal tempatan sebab kajian mereka adalah berfokuskan masalah tempatan. Selepas ini artikel dalam jurnal tempatan akan berkurangan dan akan menjadi masalah kepada pelajar dan penyelidik untuk membuat rujukan bagi kajian mereka.

Sebenarnya bukan mudah untuk menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa yang bertaraf liam atau enam bintang itu. Semua para akademik daripada seluruh dunia akan menghantar artikel untuk jurnal yang mempunyai bilangan terhad ini. Dalam bidang-bidang tertentu, hanya beberapa buah jurnal sahaja berstatus ini. Maka peluang untuk diterbitkan dalam jurnal ini cukup terhadap dan persaingan yang tinggi. Maka mengeluhlah para akademik di universiti, terutamanya RU.

Kelihatan semakin ramai profesor dan profesor madya yang akan berpencen, namun pengganti mereka adalah sukar ditemui lantaran syarat-syarat yang begitu ketat sekali untuk memohon jawatan tersebut. Beruntunglah para profesor dan profesor madya yang hidup dalam zaman bukan RU dan zaman yang tidak mengejar ranking dunia. Trend untuk berpindah ke universiti yang bukan RU dimana syarat kenaikan pangkat tidak begitu ketat akan berlaku dan sedang berlaku. Kemungkinan suatu hari kelak bilangan prof dan PM akan berkurangan dalam sesebuah fakulti sekiranya syarat yang ada sekarang diteruskan.

3 comments:

may.cally said...

Mempelajari Bahasa Inggeris adalah keperluan pada masa kini tetapi perlu diketahui perbezaan antara belajar menguasai bahasa dgn belajar fakta mggunakan sesuatu bahasa. Sebilangan pelajar kita masih lemah dalam penguasaan bahasa inggeris. Mereka masih dlm tempoh"BELAJAR BAHASA INGGERIS". Jadi bagaimana mereka nak belajar subjek2 lain menggunakan bahasa yang belum mereka kuasai? Kesukaran itulah yang menjadikan minat untuk belajar bahasa tu pn kian merudum.

Deria said...

Kadang-kadang terpikir dibenak saya bagaimana orang Jepun dan Korea boleh berjaya dalam semua bidang tanpa menguasai Bahasa Inggeris. Bolehkah kita menaruh kepercayaan terhadap Bahasa Malaysia untuk mempelajari bidang-bidang seperti IT, Teknologi, Kejuruteraan, Kedoktoran dan sebagainya?

Deria said...

Kadang-kadang terpikir dibenak saya bagaimana orang Jepun dan Korea boleh berjaya dalam semua bidang tanpa menguasai Bahasa Inggeris. Bolehkah kita menaruh kepercayaan terhadap Bahasa Malaysia untuk mempelajari bidang-bidang seperti IT, Teknologi, Kejuruteraan, Kedoktoran dan sebagainya?