Ciri yang Keempat: Kreatif
Guru yang paling berkesan ialah guru yang memiliki ilmu pengetahuan yang meluas dan sentiasa mengajar dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang menarik dalam kelas. Guru seperti ini akan menggunakan teknologi dengan berkesan semasa mengajar dalam kelas. Mereka sentiasa menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai termasuklah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru seperti ini sentiasa peka dengan kaedah dan strategi penyampaian yang bersesuaian dengan topik yang mahu diajar. Misalnya, sekiranya topik tersebut memerlukan amali (eksperimen) beliau akan menyediakan kelas amali untuk pelajarnya melakukan amali. Misalnya, seorang guru ingin mengajar bagaimana sabun bertindak terhadap kotoran (minyak), beliau sanggup membawa sabun, botol, minyak dan sebagainya ke dalam kelas untuk didemonstrasikan di hadapan pelajarnya dalam kelas. Guru sanggup membawa biji sawi, paku, beras dan sebagainya hanya semata-mata untuk ditunjukkan kepada pelajar bagi memudahkan mereka memahami tajuk pelajaran yang akan diajar. Guru sebeginilah yang dikatakan kreatif. Sudah tentu guru yang sanggup melakukan pelbagai kaedah pengajaran ini akan sentiasa dihormati oleh semua pelajarnya sepanjang hayat mereka.
No comments:
Post a Comment