Ciri yang Ketiga: Menaruh Harapan Tinggi
Guru yang palinh berkesan adalah guru menaruh setinggi-tinggi pengharapan kepada pelajar beliau dan percaya bahawa setiap orang pelajar akan mempunyai peluang untuk berjaya dalam hidup mereka. Guru seperti ini akan sentiasa menyediakan cabaran kepada pelajar mereka supaya pelajar dapat menunjukkan kebolehan mereka pada tahap yang terbaik. Mereka akan membina keyakinan diri pelajar dan mengajar dan menanamkan kepercayaan kepada diri sendiri. Pelajar akan merasa diri mereka sentiasa didorong oleh seseorang yang lebih dewasa dan Berjaya. Mereka akan menjadikan guru sebagai idola kerana kejayaan yang dimiliki oleh guru tersebut adalah sebagai perangsang dan motivasi kepada diri mereka.
Janganlah kita sebagai guru memandang rendah akan kebolehan anak didik kita. Mana tahu suatu hari nanti mereka akan menjadi lebih berjaya daripada orang lain (juga daripada kita) dalam bidang yang tidak kita sangkakan. Hakikatnya perkara ini sentiasa berlaku di sekeliling kita pada hari ini. ramai sekali anak murid kita yang dahulunya kita anggap 'bodoh', kini menjawat jawatan tinggi atau 'lebih berjaya' berbanding kita. Oleh itu, semua guru perlu menaruh harapan yang tinggi terhadap anak didik kita. Binalah keyakinan diri kepada mereka yang kita dapati agak lemah dan tidak bermotovasi terhadap pelajaran.
No comments:
Post a Comment