Robert J. Walker telah membuat penyelidikan kualitatif secara longitudinal selama 15 tahun sepanjang karier beliau sebagai seorang pendidik mendapati terdapat 12 ciri guru yang dominan dan sangat disukai oleh pelajar. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa semua karekter tersebut adalah amat perlu dimiliki oleh semua insan yang bergelar guru. Saya akan membincangkan setiap karekter ini dalam penulisan saya seterusnya.
Ciri yang Pertama: Sentiasa bersedia
Guru yang palingberkesan adalah guru yang hadir ke jkelas setiap hari dan sentiasa bersedia untuk mengajar (mendidik). Murid akan dapat belajar dengan mudah dan memahami apa yang akan disampaikan oleh seorang guru yang telah bersedia untuk mengajar topik yang akan disampaikan pada hati itu. Oleh kerana guru itu sentiasa bersdia, maka beliau tidak akan mengambil masa yang lama atau membazir masa untuk mengajar. Mereka memulakan pengajaran tepat pada waktunya dan menggunakan sepenuh masa pengajaran (period) untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Sepanjang guru berada dalam kelas, pelajar dapat belajar sepenuhnya daripada guru jenis ini. Oleh itu, mereka tidak akan mudah bosan atau tertidur dalam kelas. Karektor ini adalah dipilih oleh pelajar sebagai ciri utama yang perlu dimiliki oleh semua guru. Oleh itu, seseorang insan yang bergelar guru atau akan bergelar guru amat wajar mengamalkan ciri sentiasa bersedia, terutamanya sewaktu kita mahu masuk ke kelas untuk mengajar sesuatu mata pelajaran. Bacalah sedikit bahan bacaan yang berkaitan dengan isi kandungan yang akan disampaikan, walau pun kita sudah mahir dan bertahun-tahun mengajar tajuk tersebut. Carilah dalam Internet atau bahan bacaan tambahan yang berkaitan dengan tajuk tersebut, mungkin ada perkara baharu yang boleh disampaikan kepada pelajar kita.
No comments:
Post a Comment