Monday, January 5, 2009

Andragogi vs Pedagogi

Terdapat perbezaan yang amat ketara antara pembelajaran di peringkat kanak-kanak dengan peringkat dewasa. Kanak-kanak pergi ke sekolah dengan pengalaman yang sedikit dan terhad kerana usia mereka yang masih muda. Sementara pelajar dewasa pula kaya dengan pengalaman dan mempunyai asas ilmu pengetahuan yang kukuh dibentuk ketika alam persekolahan dan perkerjaan. Selain itu, perspektif pembelajaran bagi kanak-kanak dan dewasa juga berbeza. Perspektif pembelajaran kanak-kanak adalah untuk jangka panjang, apa yang mereka pelajari sekarang kemungkinan tidak digunakan pada masa itu dan hanya bertujuan untuk jangka masa yang panjang, iaitu selepas mereka selesai alam persekolahan. Pelajar dewasa pula mempunyai perspektif pembelajaran yang sangat berbeza. Mereka menjangka apa yang akan dipelajari akan dapat digunakan segera dalam bidang perkerjaan yang telah diceburi. Motivasi kanak-kanak untuk belajar adalah berbeza, ia datang secara luaran. Kanak-kanak pergi ke sekolah kerana diwajibkan oleh ibu bapa atau penjaga. Guru berperanan penting dalam memotivasikan kanak-kanak untuk belajar. Motivasi pelajar dewasa adalah secara dalaman, mereka melibatkan diri dengan program pendidikan kerana sememangnya atas kehendak sendiri. Tiada paksaan dalam proses pembelajaran. Pelajar dewasa boleh berhenti mengikut kehendak sendiri atau disebabkan oleh sesuatu kedaan yang memaksa mereka berbuat demikian. Apabila pelajar dewasa masuk ke kuliah, pengajar atau pensyarah tidak seharusnya mengajar mereka seperti kanak-kanak di mana seolah-olah mencurahkan ilmu pengetahuan ke dalam tong yang kosong. Istilah andragogi digunakan untuk membezakan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dewasa berbanding pedagogi, iaitu pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak. Pedagogi merujuk kepada konsep asas yang berkaitan dengan pembelajaran yang dipraktikkan dalam semua bilik darjah masa kini. Asas ini yang telah ditemui berabad lamanya dan berkaitan dengan pengajaran kepada kanak-kanak. Andaian kepada model pedagogi ialah; The teacher bears the full responsibility of deciding what, how, when and if information has been learned. Student are submissive or subordinate to the teacher. http://www.acquireskills.com/adult.html Andragogi adalah merupakan istilah dalam pendidikan dewasa hasil daripada kajian dan sumbangan idea oleh Malcolm Knowles (1970).
Andragogy is the art and science of helping adults learn. (Knowles, 1970) Perkataan andragogi adalah berasal dari bahasa Greek ‘Andros’ yang bermaksud ‘man’ atau ‘to teach adult’. Andragogi mempunyai beberapa konsep seperti berikut: Pelajar dewasa ingin tahu mengapa mereka perlu belajar sesuatu sebelum mulai mempelajarinya.
  • Pelajar dewasa bertanggung jawab terhadap proses pembelajaran mereka sendiri.
  • Pelajar dewasa mempunyai pengalaman yang cukup untuk menghadapi suasana pembelajaran.
  • Pelajar dewasa bersedia untuk belajar apabila mereka perlu belajar.
  • Masalah pembelajaran mereka adalah terletak dalam diri mereka sendiri.
  • Motivasi pelajar dewasa untuk belajar adalah wujud secara dalaman melebihi faktor luaran.

Beberapa konsep berikut perlu diambil perhatian dalam program pendidikan dewasa supaya keperluan pembelajaran dapat dipenuhi;

  • Kurikulum pendidikan dewasa perlu berpusatkan pelajar.
  • Aktiviti pembelajaran perlu dikaitkan dengan pengalaman pelajar.
  • Pelajar dewasa mempunyai arah kendiri.
  • Pelajar harus dilibatkan dengan semua bentuk penilaian.
  • Pelajar adalah berpusatkan masalah.
  • Guru perlu berfungsi sebagai fasilitator.

Oleh kerana tidak begitu banyak teori tentang pembelajaran dewasa, andragogi dapat memberikan satu garis panduan untuk guru, pengajar, pensyarah yang\ terlibat dalam pendidikan dewasa mengendalikan program pendidikan dewasa dengan berkesan. Knowles (1990) menggariskan ciri-ciri seseorang pelajar dewasa adalah seperti berikut;

  • Autonomous dan arah kendiri (self-directed)
  • Posess accumulated life experiences and knowledge
  • Goal-oriented
  • Relevancy oriented
  • Practical
  • Require respect

Andragogi berbeza daripada pedagogi dalam empat dimensi (Vacca dan Walker, 1980);

  • Konsep kendiri
  • Pengalaman
  • Kesediaan untuk belajar
  • Orientasi pembelajaran

Kita sebagai guru seharusnya mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pedagogi dan andragogi. Guru harus berupaya mengamalkan konsep pedagogi dan andragogi pasa tempat yang sesuai dan betul kaedahnya. Setiap pendidik perlu memahami dan dapat melaksanakan pedagogi dan andragogi kepada kumpulan sasaran yang tepat. Kita perlu menunjukkan profesionalisme yang tinggi dalam profesion ini supaya disanjung oleh semua masyarakat dan profesion lain. Sebagai seorang guru, kita juga tidak seharusnya berpuas hati setakat pendidikan yang dimiliki, seharusnya kita sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini. Oleh itu, kita perlu belajar lagi dan mempertingkatkan pencapaian akademik kepada tahap yang tertinggi. Dengan ini profesion perguruan akan disanjung oleh semua orang.

4 comments:

Anonymous said...

thanx... penerangan ttg pedagogi dan andragogi yg lengkap..

Anonymous said...

mungkin perlu diterangkan lagi makna pedagogi dengan lebih jelas. Ingin bertanya juga adakah andragogi sama dengan konsep Latihan Berasaskan Ketrampilan. CBT- Constructivism dan KOLB Theory. TK

Anonymous said...

mungkin perlu diterangkan lagi makna pedagogi dengan lebih jelas. Ingin bertanya juga adakah andragogi sama dengan konsep Latihan Berasaskan Ketrampilan. CBT- Constructivism dan KOLB Theory. TK

matmath6060 said...

alhamdulillah tq for the information..
really help me to understand the difference between pedagogy and andragogy..
thanks again