Setelah membincangkan pembelajaran sepanjang hayat, kita mendapati bahawa terdapat banyak halangan untuk kita meneruskan pembelajaran di peringkat dewasa ini. Cross (1981) dalam kajiannya, mendapati tiga halangan utama penglibatan pelajar pendidikan jarak jauh terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu;
1. Halangan situasi (situational barrier)
Melibatkan kebiasaan yang terdapat dalam kehidupan seharian termasuk tanggung jawab terhadap perkerjaan, keluarga, masalah kewangan dan perkara-perkara lain yang mendesak mereka mengutamakannya. Inilah lumrah kehidupan sebagai seorang dewasa dan kebanyakan daripada kita sudah berumah tangga dan mempunyai keluarga. Walaupun mempunyai pendapatan yang tetap, namun banyak komitmen yang perlu dipikul. duit gaji digunakan untuk membiayai keluarga, membayar sewa atau ansuran rumah dan kenderaan selain menyara ibu bapa.
2. Halangan institusi (institutional barrier)
Amalan, polisi dan prosedur institusi pendidikan yang menghalang pelajar daripada menghadiri kuliah dan aktivit tertentu. Ada antara pusat pengajian tinggi yang melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat (pendidikan jarak jauh) terpaksa menyediakan jadual waktu yang kurang sesuai. Contohnya, kuliah dijadualkan pada hari kerja yang mana pelajar tidak dapat menghadirinya. Terdapat institusi yang menyediakan jadual kuliah di waktu petang dan malam selepas waktu pejabat.
3. Dispositional barrier
Merangkumi perasaan dewasa kita terhadap diri sendiri sebagai pelajar. Kita merasa tidak yakin dapat menyediakan tugasan dengan baik apabila diberikan. Pencapaian semasa sekolah dahulu yang tidak begitu baik masih menghantui kita untuk meneruskan pelajar di peringkat ijazah. Kalangan kita juga menganggap diri kita terlalu tua untuk bersaing dengan pelajar-pelajar yang lebih muda. Perasaan rendah diri ini wujud dalam diri masing-masing sehingga menyebabkan kita tidak mahu lagi belajar atau menyambungkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Kesimpulannya: Marilah kita merenung sejenak apakah halangan yang membantutkan hasrat kita untuk terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Kita cuba sedaya upaya kita untuk mengatasi masalah tersebut dengan menguatkan semangat dan azam untuk terus belajar. Bulatkan tekad dan kuatkan azam untuk terus belajar. Berdoa kepada Yang Maha Esa supaya sentiasa diberikan kekuatan mental, fizikal dan dimurahkan rezeki agar kita dapat terus belajar dan belajar.
No comments:
Post a Comment