Tuesday, December 2, 2008

Teacher’s Centered vs Student Centered

Seorang profesor dalam bidang pendidikan dewasa William Penrose dari Universiti Stetson, Deland, Florida menceritakan tentang kejadian di mana isteri beliau telah mengikuti satu syarahan selama tiga jam. Sepanjang masa syarahan tersebut pensyarah tidak bertanyakan sebarang soalan kepada pelajar, tidak ada interaksi. Sesetengah pelajar kelihatan tidur dan pensyarah tidak ambil peduli. Tidak ada pelajar yang merungut tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Situasi ini memang berlaku dalam kalangan pelajar di universiti atau mana-mana pusat pengajian tinggi. Malahan di sekolah juga berlaku. Guru asyik memberikan nota sahaja atau asyik membaca buku teks sahaja. Peristiwa ini membuat beliau ingin mengetahui apakah yang sebenarnya patut berlaku dalam sesuatu sesi pengajaran? Lantas, beliau menyemak semula definisi syarahan/kuliah (lecture) dan ia mendapati pengertiannya adalah seperti berikut; ………a discourse given before an audience or class, etc, for instruction.
To deliver a lecture or a course of lectures. To deliver a lecture to …. (Penrose, 1981) Kita sering membincangkan perkara ini secara mendalam dalam seminar, kursus dan bengkel yang berkaitan dengan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pendidik guru sama ada di universiti atau institusi perguruan sering melafazkan perkataan teacher’s centered dan student centered ini. Banyak yang negatif, tidak baik dan kelemahan diperkatakan mengenai kaedah yang menjurus kepada situasi teacher’s centered berbanding dengan kaedah yang bersituasikan student centered. Apa pandangan pelajar? Satu temubual telah dijalankan oleh sekumpulan pengkaji mendapati terdapat pro dan kontra terhadap kaedah ini. Pandangan Pelajar - Pro Sesetengah pelajar menyokong kaedah syarahan kerana pelbagai sebab. Berikut adalah pandangan yang diberikan oleh pelajar tentang syarahan;
  • Guru adalah merupakan sebagai pusat graviti dalam bilik darjah, bukan pelajar, individu atau kumpulan.
  • “Saya datang ke kelas untuk mendengar idea dan pemikiran pensyarah”. Pensyarah dianggap sebagai tempat terkumpulnya ilmu pengetahuan. Pelajar tidak mepunyai apa-apa maklumat atau buah fikiran, malahan pelajar tak perlu disoal ketika dalam kelas.
  • “Sekolah dan maktab perlu memberikan syarahan/kuliah kepada pelajar kerana mereka akan mengikutinya (amalan) ketika di pusat pengajian tinggi kelak”. Kaedah ini akan membiasakan diri mereka apabila belajar di universiti nanti.
  • “Terdapat sesuatu yang tidak dapat dipersembahkan dalam bentuk lain selain dari kaedah syarahan/kuliah”. Sesetengah subjek atau tajuk hanya boleh dipersembahkan melalui kaedah syarahan sahaja.

Pandangan Pelajar - Kontra Bagi sesetengah pelajar yang tidak sukakan kaedah ini mereka memberikan komen seperti berikut;

  • Kaedah syarahan bermakna pelajar datang ke kelas membawa gelas kosong untuk diisikan dengan cecair dari gelas pensyarah/guru. Cecair berpindah dari gelas guru ke dalam gelas pelajar dan proses inikan yang dipanggil sebagai pendidkan?
  • Di pusat pengajian tinggi, ilmu pengetahuan berpindah dari buku nota pensyarah kepada buku nota pelajar tanpa melalui kepada setiap pelajar. Pelajar menyalin setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh pensyarah semasa di dewan kuliah dan menghafalkanya untuk dikeluarkan di dalam dewan peperiksaan.

Kritikan terhadap kaedah syarahan/kuliah bukan terhad dalam kalangan pelajar sahaja, malahan ada pensyarah Bahasa Inggeris yang telah menjalankan kajian mendapati ‘semakin banyak guru bercakap – semakin kurang pelajar belajar’. Hakikatnya;

Most of the great teachers of history did not use the lecture method. Instead, they stimulated their listeners to think. They asked questions and told parables. (Penrose, 1981)

3 comments:

nurul najib said...

salam..sy menyokong student centred.dr situ student nley jd kritis,inovatif dan kreatif.cuma kita perlu meluaskan lagi approach ni

zahim said...

Satu statement yang klise dalam kalangan guru yang mengamalkan techer’s centered di sekolah ialah “dah berpuluh tahun dah guna kaedah ni, ramai jugak anak murid berjaya”. Well..hakikatnya ‘berjaya’ tu very subjective, berjaya dahulu dengan berjaya sekarang dah berbeza. Malah dalam abad ke-21 yang serba mencabar kini, saya berpendapat guru-guru mesti tahu apakah ciri-ciri sebenar pelajar yang berjaya – adakah cukup sekadar berjaya dalam peperiksaan? atau pelajar era globalisasi kini memerlukan kriteria lain untuk dilabelkan sebagai ‘berjaya’..contohnya kemantapan soft skills bagi mendepani tuntutan real world selepas tamat persekolahan kelak? Sebagai agen perubahan, guru mesti tahu apakah kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang mesti dikuasai oleh pelajar dan apakah pendekatan yang sesuai untuk menerapkannya? Advances in the cognitive sciences show that learning increases significantly when students are engaged in academic study through authentic, real-world experiences (Metiri Group, 2003). So..go for student’s centered!

Ms. Marie said...

Saya ingin meminta izin dan memohon nama penuh En. Deria untuk saya jadikan sebagai sumber rujukan dalam kajian thesis saya. Harap mendapat persetujuan dari pihak tuan. Terima kasih.