Selain kaedah syarahan atau kuliah, terdapat satu kaedah yang difikirkan sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah perbincangan. Pengalaman sebagai pendidik guru dan nazir sekolah memebrikan gambaran bagaimana kaedah pengajaran yang berlaku di sekolah dalam negara kita. Begitu jarang dilihat kaedah ini digunakan oleh guru-guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Satu ketika semasa menyelia seorang guru mengajar di sebuah sekolah rendah, beliau cuba menggunakan kaedah perbincangan sebagai strategi pengajaran. Lalu berlakulah sedikit ‘kebisingan’ dalam bilik darjah disebabkan murid-murid berbincang sesama sendiri dalam kumpulan, maka guru ‘menjerit’ meminta murid jangan bising. Sebagai penyelia, saya hanya membuat pemerhatian terhadap gelagat beliau tersebut. Murid menjadi keliru kerana aktiviti yang dijalankan memerlukan mereka berbincang bagi mendapatkan penyelesaian, namun guru meminta mereka tidak berbuat bising. Murid menjadi serba salah dan perbincangan menjadi terganggu. Saya menasihati beliau supaya memahami apa yang sebenarnya berlaku semasa murid berbincang. Kebisingan yang tidak melampau dan tidak menggangu kelas sebelahan adalah wajar dan tidak perlu dirisaukan. Murid merasa seronok belajar sesama rakan sebaya mereka dan berbincang dengan senang dan seronok.
Kaedah perbincangan boleh diinterpretasikan seperti berikut;
To discuss is to investigate by reasoning or argument; or to talk about. It involves discourse about something in order to arrive at the truth or to convince others or the validity of one’s position. It is a consideration of a question in open and usually informal debate; or a formal treatment of a topic (Penrose, 1981)
Berikut adalah satu situasi pembelajaran melalui kaedah perbincangan;
Christ was the master teacher. We should search the scriptures to learn his methods. His teaching included small group discussions, giving assigments, use parables and use of visual aids. Good teaching begins with the arrangement of the class room. Rearrange the chairs to facilitate small group discussion. Don’t have rows of chairs facing the teacher. A teacher should foster self-directed learning. One technique is to use ‘post-it-notes’ for brainstroming. Students answer question on the small notes….. (Laney, 1997)
Dalam kaedah syarahan, guru atau pensyarah adalah autokratik. Beliau memainkan peranan utama dalam kelas dan pembekal utama ilmu pengetahuan. Dalam kaedah penyampaian tradisional ini guru adalah sumber tunggal maklumat. Guru bertutur sepanjang masa dengan sedikit atau tiada langsung interaksi guru-pelajar (Yusup, 1996). Sebaliknya dalam kaedah perbincangan pelajar mendapat kebebasan. Pelajar dilihat sebagai mempunyai pandangan dan pendapat yang bernas ada pelajar yang menyatakan bahawa mereka merasa dihargai kerana pandangan dan pendapat mereka diberikan perhatian oleh pensyarah dan didengar dengan teliti serta diperbincangkan di hadapan kelas. Dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah, murid juga merasa seronok untuk belajar. Ini mengurangkan tekanan yang mereka hadapi sebagai seorang pelajar.
Guru sebagai pakar dan pengerusi perbincangan menyediakan isu-isu yang mencabar pemikiran pelajar. Semasa perbincangan, intelektual pelajar menjadi aktif pada peringkat yang komprehensif. Oleh itu tanggung jawab guru hanyalah sebagai orang yang memperkenalkan tajuk atau isu dan adalah lebih kurang sama tarafnya dengan individu yang lain. Keadaan inilah mungkin menyebabkan pensyarah atau guru memilih untuk berkuliah atau bersyarah kerana dapat membezakan mereka dengan pelajar atau seperti kata Laney (1997), “The can stay arms-length from the students”.
Ketika perbincangan sedang berjalan, pelajar terlibat secara personal. Mereka memfokuskan perhatian kepada aktiviti, bukan kepada guru. Kenyataan bahawa guru atau pensyarah bukanlah ‘the goddess of wisdom’ perlu dipersetujui oleh semua pendidik. Guru atau pensyarah yang bijaksana memahami bahawa mereka hanya dapat menyediakan peluang dan terpulanglah kepada pelajar untuk menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin untuk belajar. Guru juga bukanlah sebagai ‘giver of answers’. Sebenarnya inilah peranan seorang guru atau pensyarah, mereka boleh melatih, ‘facilitate’ dan memberikan galakan. Hanya pelajar sahaja yang akan dapat memulakan pertumbuhan intelek dan emosi mereka sendiri. Oleh itu, sebagai seorang guru yang profesional, kita harus mempelajari bagaimana kaedah ini dilaksanakan dengan berkesan dan seterusnya mengamalkannya dalam bilik darjah kita.
No comments:
Post a Comment