Perkataan mnemonik ini berasal daripada bahasa Greek mnēmonikos, daripada perkataan mnēmōn yang bermaksud ‘mindfulness’, atau mimnēskesthai bermaksud ‘to remember’ iaitu yang banyak berkaitan dengan pemikiran atau minda (mind).
Kita sebagai manusia sering mudah lupa kepada sesuatu maklumat atau fakta yang penting. Tidak ada sesuatu pun yang kekal lama dalam ingatan kita tanpa kita membuat semakan atau rujukan semula. Sekiranya sesuatu itu penting bagi kita, perkara itu akan kita rujuki daripada semasa ke semasa, dan pengulangan ini sama ada disedari atau tidak akan memberikan peneguhan kepada ingatan kita terhadap sesuatu fakta atau maklumat. Kita sering dilanda dengan pelbagai perkara dan maklumat baharu dan kita ingin mengekalkannya dalam ingatan kita walau pun kita tidak memerlukannya dalam masa seminggu akan datang atau sebulan akan datang malahan setahun akan datang. Sekiranya kita ingin mengingati perkara tersebut, maka seharusnya kita selalu membuat pengulangan. Walau bagaimanapun, berapa banyak masa yang kita ada untuk mengulangi atau mengingatinya semula? Berapa banyakkan masa untuk kita berbuat demikian?
Dengan menggunakan pendekatan mnemonik ini, akan dapat membantu kita mengingati semula perlakar yang ingin kita ingati. Mnemonik boleh menangkap maklumat dalam bentuk yang mudah untuk diingat bagi membantu seseorang itu mengingati sesuatu yang penting dan mustahak baginya. Dalam Negara kita, para guru dan pendidik telah sekian lama menggunakan kaedah ini dalam pendidikan bagi membantu pelajar mengingati sesuatu fakta dan maklumat dengan mudah dan cepat. Guru-guru telah pun mencipta berbagai mnemonic sebagai suatu pendekatan pengajaran dan mnemonic yang dicipta itu telah pun digunakan secara turun temurun. Sesetengahnya begitu terkenal dan tersebar ke seluruh negara, namun penciptanya tidak dapat dikenal pasti atau dijejak.
Mnemonik boleh membantu pelajar daripada pelbagai peringkat sama ada pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi untuk lebih cepat mengingat semua maklumat yang sering digunakan dan maklumat yang diperlukan segera ‘at their fingertips’. Selain pelajar, orang ramai juga boleh menggunakan kaedah mnemonik ini untuk mengingat sesuatu peristiwa atau situasi seperti senarai perkara yang perlu dibeli (shoping list).
Saya akan memberikan contoh-contoh mnemonic yang boleh digunakan oleh pelajar dalam pelbagai peringkat dan mata pelajaran. Oleh kerana penggunaan kaedah mnemonic ini sudah pun berlaku sejak sekian lama dahulu, maka terdapat banyak perkataan dalam bahasa Inggeris telah digunakan. Namun begitu, dengan penekanan kepada bahasa Inggeris dalam kurikulum sekolah rendah, menengah dan peringkat tinggi di negara kita, maka ini akan dapat membantu semua pelajar untuk memudahkan mereka mengingati sesuatu maklumat dan fakta, di samping mengajar bagaimana untuk membina sendiri mnemonic yang sesuai dengan diri sendiri.
Jenis mnemonic yang digunakan adalah berbagai-bagai, bergantung kepada jenis manusia yang berbeza-beza antara satu sama lain. Lain orang mempunyai lain cara atau kaedah untuk mengingati sesuatu maklumat. Sesetengah orang gemar menggunakan irama (rhyme) untuk memudahkan ia mengingati sesuatu seperti menyanyi atau menyajakkan maklumat tersebut, sementara orang lain pula menggunakan kaedah perkaitan sebagai strategi terbaik bagi mengingat sesuatu maklumat. Apa yang penting ialah setiap orang perlu menggunakan kaedah mnemonik yang bersesuaian dengan mereka dan dapat berfungsi dengan baik. Antara jenis mnemonic yang utama ialah irama, akronim, perkaitan dan perkataan. Sesetengah mnemonik berbentuk sajak yang ringkas dan kaedah bacaannya (atau membunyikannya) juga adalah seperti bersajak. Sesetengah mnemonik pula berbentuk lakaran ringkas dan mudah dilukis atau lakar semula.
Berikut adalah beberapa contoh mnemonik yang telah digunakan di seluruh dunia bagi memudahkan pelajar mengingati sesuatu fakta dan sebagainya:
(Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune, Pluto)
My Very Easy Method: Just Set Up Nine Planets.
(Kingdom, Phylum, Class, Order, Family, Genus, Species)
Kids Prefer Cheese Over Fried Green Spinach
(Red, Orange, Yellow, Green, Blue, Indigo, Violet)
ROY G BIV
Darab (Multiply) dan Bahagi (Divide) sebelum kita Tambah (Add) dan Tolak (Subtract)
My Dear Aunt Sally
Vitamin yang larut dalam lemak adalah mudah diingat iaitu vitamin:
A, D, E, K
Sementara lainnya iaitu B, C adalah larut dalam air.
(Europe, Antarctica, Asia, Africa, Australia, N.America, S.America)
"Eat An Aspirin After A Naff Sandwich"
(Brackets, Multiplications, Divisions, Additions, Subtractions)
" Bless My Dear Aunt Sally! "
Contoh: Thus (3*4+4/2-3)*5 is calculated in steps as:calculate for brackets first = [3*4+4/2-3] [*5]multiply within, then divide = [12+2-3] [*5]add within, then subtract = [11] [*5] = 55
(Bracket, Open, Divide, Multiply, Substract)
BODMAS
Bagi penyelesaian matematik yang melibatkan bahagi, darab dan tolak jika melibatkan kurungan (bracket)