Tuesday, December 29, 2009

Model Sekolah Unggul di Indonesia

Saya sempat mengikuti satu sesi 'keynote' oleh seorang pemimpin institusi pendidikan daripada Indonesia dalam satu seminar. Beliau menyatakan beberapa ciri sekolah unggul di negaranya ialah seperti berikut:
  • Iklim sekolah
  • Penglibatan seluruh warga sekolah
  • Prestasi akademik
  • Keberkesanan guru
  • Kepimpinan instruksional berorientasikan prestasi akademik
  • Penglibatan ibubapa
  • Penglibatan pelajar di sekolah
  • Disiplin yang baik
  • Ganjaran dan insentif berdasarkan kepada kebersihan
  • Pelaksanaan kurikulum yang jelas
Kita sebagai warga guru boleh menjadikan ciri-ciri di atas sebagai satu penanda aras (benchmark) kepada tugas kita sempena menjelang tahun baru 2010 nanti. Semoga semua warga guru dapat melaksanakan tugas dan tanggung jawab dengan penuh jujur, amanah dan dedikasi.

1 comment:

senandung hatiku said...

Salam DR.sememangnya kita perlukan model yg baik utk pembangunan sek di Malaysia..tetapi masih bnyk kelemahan yg perlu kita perbaiki.. Cadangan yg Dr. berikan boleh membantu guru2 dalam malaksanakan tugas dan t/jawab.TQVM