Diriwayatkan daripada Sayyidatina A'isyah, katanya:
Tidaklah Baginda bercakap tergopoh-gapah seperti tergopoh-gapahnya percakapan kamu (kerana perkara ini mewariskan kesamaran kepada para pendengar dan sukar untuk memahami dan mengingatinya)
Tetapi Baginda bercakap secara jelas dan orang yang duduk bersama Baginda boleh menghafalnya.
Daripada Sayyidina Anas bin Malik beliau berkata:
Adalah Rasulullah mengulangi satu perkataan yang diucapkannya sebanyak tiga kali agar mudah difahami.
Semua warga pendidik perlu mengambil iktibar daripada amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ini dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan penuh ketenangan dalam setiap pengucapan yang dikeluarkan di hadapan murid. Kita perlu berusaha sepenuh hati agar semua anak didik kita memahami apa yang diajar oleh kita. Ulangilah fakta dan pernyataan yang penting dan menjadi kata kunci kepada tajuk atau isi kandungan pelajaran yang sedang kita ajar.
Bukan semua pendidik dapat melakukan perkara sedemikian. Ada antara kita yang sudah menjadi tabiat apabila bercakap, kita agak gopoh-gapah mengeluarkan pendapat dan idea. Dengan secara sedar dan latihan, insyaAllah kita akan dapat mengawal kadar kecepatan pengucapan yang dilakukan.
Tak dapat kita bayangkan bagaimana Rasulllullah SAW melakukan pengajaran beliau sehinggakan pendengar dapat menghafal apa yang diucapkannya. Apabila muhasabah diri sendiri, terasa amat kerdil diri saya ini untuk dibandingkan dengan Beliau, terasa amat bersalah kepada setiap pelajar yang telah diajar selama ini kerana tidak dapat melakukan perkara yang begitu penting untuk mereka seperti Rasullullah SAW lakukan. Adakah pelajar saya memahami apa yang diucapkan kepada mereka selama ini? Adakah mereka dapat mengingati fakta-fakta penting yang disampaikan? Sungguh sedih apabila mengenangkan semua itu...
No comments:
Post a Comment