Laman blog ini memaparkan idea dan amalan dalam bidang perguruan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sepanjang menjadi guru, pendidik guru dan bidang pentadbiran yang berkaitan dengan perguruan di Malaysia. Semoga pengalaman dan idea ini dapat dikongsi bersama rakan-rakan guru yang lain.
Monday, May 18, 2009
Selamat Hari Guru
Selamat hari guru kepada semua warga guru di seluruh negara.
HARI GURU..... adakah hanya disambut oleh warga guru Kemenetrian Pelajaran Malaysia sahaja?
Bagaimana dengan mereka yang bertugas mendidik dan membimbing anak bangsa di bawah kementerian lain? Jurulatih yang melatih bakal polis di akademi polis juga dipanggil 'cikgu' oleh pelatih mereka. Kalau tak percaya, tanya polis tu.... Pensyarah yang melatih jururawat di akademi latihan jururawat, juru pulih anggota, bengkel mekanik, juruteknik, kemahiran teknikal dan vokasional lain, pensyarah di pusat-pusat pengajian tinggi (IPTA dan IPTS) pensyarah di kolej swasta, kolej perubatan dan banyak lagi institusi latihan (pendidikan) yang tak perlu disebut di sini... mereka semua bukan bertugas sebagai pensyarah sahaja. Tenaga pengajar di kolej matrikulasi kerajaan (KPM) sesetengahnya tak suka di panggil 'cikgu'. Mungkin tak glamor, mereka suruh anak didik mereka panggil CIK, PUAN, TUAN, ENCIK.... ini berlaku walau pun tak semua begitu.
Kalau pensyarah, tugasnya apa? bersyarah? kalau bersyarah... ahli politik pun boleh bersyarah semasa kempen pilihan raya ramai yang bersyarah semasa berkempen) tok guru di surau dan masjid juga bersyarah, pakar motivasi juga bersyarah dan panjang lebar pulak tu...
Mereka yang bertugas sebagai PENSYARAH sebenarnya adalah bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran, mendidik anak didik mereka, membimbing dan memastikan anak didik mereka berjaya mencapai matlamat pendidikan masing-masing.
Kalau dipandang secara khusus, tugas ini samalah dengan tugas guru Kementerian Pelajaran Malaysia tu ya... Oleh itu, mereka yangberkecimpung dalam bidang pendidikan adalah layak dipanggil GURU. Makanya, Hari Guru wajarlah disambut oleh semua warga pendidik seperti yang dibincangkan di atas tadi.
Siapakah yang sewajarnya melihat perkara ini.... pihak yang tertentu perlu memartabatkan hari guru sebagai hari yang perlu disambut oleh semua pendidik seluruh negara. Semua kementerian atau pusat pengajian yang bertanggungjawab melaksanakan tugas pendidikan, perlulah menyokong supaya hari guru ini disambut oleh semua warganya.
Ini adalah pandangan peribadi saya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment