Perkasakanlah pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri supaya semua murid dapat menfaat dan menguasainya. Sekiranya semua murid dapat menguasai bahasa Inggeris, saya pasti ilmu dalam bidang mana pun mereka akan dapat kuasai. Contohnya, zaman sekarang bidang perniagaan dan pentadbiran yang dikuasai oleh konglomerat dan syarikat yang bertaraf antarabangsa, siapakah CEO nya? Mereka bercakap Inggeris macam air. Adakah mereka belajar melalui PPSMI... Datuk Seri Idris Jala (jarang dengar dia bercakap Melayu walau pun dia bumiputra Sarawak), Datuk Seri Che Khalid dan lain-lain lagi... mereka bukan dalam bidang Sains dan Matematik (atau teknologi). Dalam bidang perbankan pula, Tan Sri Dr Zetty Akhtar tak pernah kita lihat dia berbahasa Melayu, beliau bukan dilahirkan melalui PPSMI. Latar belakang dan kemudahan mereka menyebabkan mereka berkeadaan demikian. Kalau dah pandai berbahasa Inggeris, bidang sejarah, geografi, perakaunan, perbankan, perniagaan, pentadbiran, sosial, politik dan sebagainya (selain daripada Sains, Matematik dan Teknologi) akan dapat dikuasai.
Apalah sangat dapat dipelajari bahasa Inggeris melalui pengajaran Matematik? Tulis nombor sama sahaja simbolnya, begitu juga simbol bagi formula dalam Matematik, Fizik dan Kimia. Kalau pandai macam mana pun sampai jadi doktor pakar, siapa pula pesakitnya? Orang kampung yang tak pandai berbahasa Inggeris yang majoriti dilayan. Nah, PR adalah penting sehingga orang kata, cara doktor layan tu sebahagian daripada sebab penyakit sembuh segera. Doktor kena guna bahasa apa? Kenalah pandai berbahasa yang difahami oleh majoriti pesakit, kena belajar sastera sikit supaya dapat susun dan guna ayat dengan sopan santun dan selesa..Dr A. Samad Said tentu setuju dengan cadangan ini.
Menteri pelajaran adalah satu-satunya orang yang boleh merungkai permasalahan negara yang kian meruncing ini. Harapkan orang UMNO pun tak boleh. Persidangan meja bulat yang diwakili oleh MIC, MCA dan UMNO.... keputusannya mereka, MCA dan MIC menyatakan bahasa ibunda adalah yang terbaik untuk memberikan ilmu kepada murid sekolah. UMNO pula, menyokong bahasa Inggeris sebagai bahasa yang menjadi perantara kepada penyampaian ilmu kedua-dua mata pelajaran ini. Oleh kerana menteri pelajaran adalah UMNO dan mendengar kata-kata pegawai pelajaran yang memang menyokong dasar ini, maka PPSMI akan diteruskan dengan pelbagai alasan... sudah belanja banyak duit...berjuta-juta ringgit. Banyak juga projek kerajaan terbengkalai yang melibatkan juta-juta ringgit...banyak juga dasar dan pelaksanaan yang diberhentikan setelah berbelanja berjuta-juta ringgit. Adakah berbaloi kerana ’kerugian’ berjuta-juta ringgit itu dengan maruah bangsa dan nasib anak bangsa akan datang? Atau adakah itu dikatakan kerugian? Komputer, perisian, LCD, latihan kepada guru.... semua ini memakan belanja yang tinggi (berjuta-juta ringgit), adakah komputer dan sebagainya itu hanya boleh digunakan untuk PPSMI sahaja? Bagaimana dengan guru BM, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup dan lain-lain... mereka tak perlu guna komputerkah? Istimewanya guru-guru mata pelajaran ini, sudahlah diberikan komputer dan segala macam peralatan dan menghadiri latihan di hotel-hotel....dapat lagi BISP iaitu elaun mengajar. Guru mata pelajaran lain pun nak juga komputer free dan mengikuti latihan di hotel-hotel... kenapa kita (KPM) nak ’double standard’ guru-guru kita?. Memang tak adil!! Kalau kerajaan tak prihatin dengan masalah begini, macam mana nak meraih simpati dan sokongan orang... bila kalah dalam pilihan raya, mulalah cari perlbagai alasan dan bukti kenapa orang tak mahu sokong.. perkara begini (ketidakpuasan hati) adalah menjadi punca mengapa kerajaan sekarang diprotes dengan undian dalam pilihan raya.
Kita tak perlu mempertikaikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa lingua franca dan bahasa ilmu kerana sebahagian besar ilmu pengetahuan ditulis dalam bahasa itu. Tetapi yang dipertikaikan ialah mengapa kita nak menguasai bahasa Inggeris melalui pengajaran Sains dan Matematik? ajarlah bahasa Inggeris itu sendiri dengan kaedah yang terbaik supaya semua orang (bukan Sains dan Matermatik sahaja) dapat menguasainya.
Satu lagi perkara terpenting yang ditegaskan di sini ialah survival anak bangsa kita.... DULU.. kita berhempas pulas untuk anak bangsa kita meminati, mempelajari dan menguasai ilmu Sains dan Matematik. Kalau di singkap balik sejarah, mata pelajaran ini diajar dalam bahasa Inggeris di tingkatan enam (di sekolah seperti SMSAH, SAS, MCKK dll) Maka ramai anak Mmelayu yang kantaoi.... LALU satu ketika dulu diadakan aliran kebangsaan dan dengan perjuangan pemimpin dan cendekiawan Melayu seperti Allahyarhan Tun Ghafar Baba, Allahyarham Tun Abdul Razak dan sebagainya... maka bahasa kebangsaan dimertabatkan sebagai bahasa perantaraan di sekolah rendah dan menengah seluruh negara. MAKA, mata pelajaran ini diperkenalkan di sekolah menengah aliran kebangsaan sebagai mata pelajaran Sains Nuffield (sukatan pelajarannya diceduk dan diubahsuai daripada Scotland) Pada masa itu tidak ada langsung buku-buku Sains dalam bahasa Melayu. Ramai guru daripada England dan Indonesia (peacecorp) datang mengajar murid-murid terutamanya di sekolah-sekolah premier dan sekolah berasrama penuh (sekolah menengah Sains hampir setiap negeri di semenanjung) Sekolah Menengah Sains didirikan bertujuan untuk mendidik murid-murid meminati mata pelajaran ini. Iini adalah disebabkan kurangnya anak Melayu dalam aliran Sains. SYABAS, kerajaan berjaya mencapai matlamatnya. Ramailah anak Melayu khususnya daripada luar bandar diberi tewaran memasuki sekolah menengah sains (SMS) Pada masa itu nama sekolah menengah sains ini diberi mengikut negeri dimana sekolah itu ada seperti Sekolah Menengah Sains Kedah (SMS Kedah), SMS Kelantan, SNS Johor, SMS Perlis, SMS Pahang, SMS Selangor, SMS Pulau Pinang.... Di sekolah menengah sains ini hanya ada aliran Sains sahaja. Lama kelamaan anak Melayu luar bandar ini mengikuti aliran sains dan berjaya masuk ke universiti dalam dan luar negara. Ditambah pula dengan adanya program matriukulasi yang dianjurkan oleh UKM, USM dan UM, maka bertambahlah orang Melayu masuk universiti dalam aliran Sains... ada yang jadi guru sains. Maka bertambahlah guru Sains dalam kalangan anak Melayu di sekolah-sekolah seluruh negara. Ini merangsang anak didik mereka untk meminati Sains (dan matematik juga). kerajaan memberikan peluang kepada mereka untuk melanjutakan pelajaran ke luar negara dalam pelbagai bidang maka bertambahlah anak Melayu ke luar negera melanjutkan pelajar di UK, US, Australia dan lain-lain negara termasuk ke Jepun (Dasar Pandang ke Timur ... di UM... bahasa Inggeris ke dititik beratkan? ke Korea..) MAKA ramailah anak Melayu balik ke negera kita untuk berkhidmat dalam pelbagai sektor pekerjaan termasuk kerajaan dan swasta. Kerajaan begitu bangga dengan pencapaian anak Melayu. Ramai anak Melayu berkerja sebagai jurutera, arkitek, peguam, ahli perniagaan, pentadbir dan sebagainya. Satu kejayaan cemerlang hasil usaha dan visi pemimpin yang bijak dan memperjuangkan maruah anak bangsa kita sehingga mereka boleh berjuang dan bersaing dengan kaum China yang dahulunya menguasai sektor profesional di negara kita.
Adakah itu hasil PPSMI?
KINI.... minat anak Melayu untuk mempelajari bidang Sains dan Matematik telah diRENTAP balik dengan mengajar subjek itu dalam bahasa yang mereka tidak (kurang) fahami. Bayangkanlah hasil usaha kita dahulu begitu mudah diMUSNAHKAN oleh pemimpin bangsa kita sendiri. KINI anak Melayu WAL HASIL BALIK ASAL... memang betul kata orang, hidup seperti roda, satu masa di atas, satu masa lain di bawah...kini kita akan kembali di bawah.. you know what I meant?
KASIHAN anak bangsa kita di kampung, pedalaman, luar bandar... terkial-kial untuk memahami ilmu Sains dan Matematik kerana diajar dalam bahasa yang mereka tidak kuasai. OK lah bagi pengerusi PIBG di sekolah bandar seperti yang tersiar di TV tu...bukan main lantang lagi menyokong PPSMI. Maklumlah mereka orang bandar yang tak pernah menjengah masalah anak murid 9bangsa kita) di kampung dan pedalaman sana. Macam mana mereka belajar, macam mana guru mengajar.... nak majoriti atau minoriti? biar mampus dengan anak-anak orang kampung, asalakan anak-anak kita (dibandar) dapat bagus, pandai Sains dan Matematik, pandai cakap Inggeris...boleh pergi luar negara.... dongaklah ke langit dan tunduklah ke bumi semula. Muhasabahlah diri sedikit... biar semua (anak bangsa kita) dapat belajar dengan sempurna dan sama-sama berjaya. Semua anak-anak kita dapat faham ilmu Sains dan ilmu Matematik yang disampaikan oleh guru.
Masalah guru pun satu hal lagi... adakah semua guru kita terlatih (kompeten) untuk mengajar dalam BI? Jengok-jengoklah masalah guru kita tu... kasihan mereka. Dengan penuh dedikasi dan daya usaha yang tinggi cuba mendidik anak bangsa dengan penuh jiwa raga, bahasa pula menjadi penghalang... sudah menguasai ilmu Sains dan Matematik, lulus dengan ijazah sarjana muda sains dengan kepujian, sudah ada diploma pendidikan sebagai syarat untuk mengajar (ilmu isi kandungan dan pedagogi sudah dikuasai) .. bahasa pula menjadi penghalang. Aduhai ...kalau mengajar tingkatan enam sains tu.... macam-macam nak cakap... banyak perkara yang nak disampaikan... nak fikir dalam Bm dan bak sampaikan dalam BI aduh mak... manyak susah mau cakap. Dato' Sri Hishammuddin tolonglah..... ingat bapak saudara tuan dulu (Allahyarham Tun Abdul Razak) dan juga Allahyarham ayahanda tuan Tun Hussain Onn, berjuang untuk memartabatkan BM di negara tanah air kita yang berdaulat ini. Janganlah tuduh parti pembangkang nak ambil kesempatan pulak... itu salah tuan. Kami ni anak bangsa yang NAMPAK kelemahan PPSMI. Bukan calang-calang orang yang membantahnya... Prof Shahrir Zzain tu profesor pertama anak Melayu dalam bidang Matematik, banyak lagi cendikiawan melayu terlibat, Datuk Dr Hasan, Prof Diraja Ungku Aziz sendiri pun pernah keluarkan pendapat, Dato' Rafiah Salim mantan NC UM pun pernah bercakap hal ini. Siapa lagikah tuan nak percaya? Jemaah Nazir Sekolah ka?????? depa tu lapor benda yang ok saja, yang tak ok depa sembunyi... tanyalah Dato' DG KPM.
Nak tengok result PMR dan SPM ka??? macam mana depa buat dengan markah??? tanyalah pengarah Lembaga Peperiksaan, siap bagi arahan kat guru pemeriksa lagi "kasi markah biar mereka lulus ya" dah dapat markah, ada pula formulanya... tanya Dato' Raof mantan timbalan DG KPM.... kita dah tengok sama-sama formula tu. Tanya anak didik kita yang lulus cemerlang dalam PMR dan SPM "Tak sangka ya... trial exam dulu kantaoi... tau-tau dapat A, magik betullah" Tanya mereka lagi " jawab dalam BI ka?, baca soalan dalam BI ka?" mereka jawab apa? "mana boleh... baca dan jawab dalam BM sebab soalan dwi bahasa" Buat kajianlah sikit Dato' Seri Hishamm....janganlah tuan lumuri tangan tuan dengan darah anak Melayu yang tak berdosa di luar sana.... anda akan menyesal seumur hidup anda...anak anda selamat kerana tidak (tidak pernah) mengikuti kurikulum aliran kebangsaan... termasuk diri tuan sendiri. Tolonglah kami... ATAU demi masa depan politik tuan.
Kami buat kajian...bagi soalan semua dalam BI...arahan soalan pun tak fahamlah Dato'... nak pilih jawapan pun tak faham yang mana satu ..... 'identify' pun tak tau apa makna.... 'characteristic' pun tak tau apa makna.... "toasted bread" apa tu??? bread tau tapi kat depan dia tu apa? toaster lah... apa itu toaster...laaa yang bakar roti tu... oo!!!! kami tak pernah makan roti bakar duduk kampung ni.. nasi goreng, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang ada laaa.... "Aapa makna detergent?, soap?, bleach tu cikgu?".... "Lahhh!!! semua tu pencuci laa... cuci badan, cuci lantai, cuci kain... sama jee... jenama aje yang lainnya" ... "Oo!, terima kasih cikgu"...."macam coolgate tu laa..."
Dato' Seri, pergilah duduk kat belakang kelas tu bila guru mengajar Sains dan Matematik (PPSMI), tengok apa yang mereka boleh buat, apa yang murid boleh buat. Jangan pula pergi ke sekolah VI atau Alam Shah....tengo bahasa apa yang mereka guna bila berbincang sesama sendiri dalam kumpulan.... demo tu dok kecek Inggerih samo-samo kawe-kawe...maso bice dale kelah...guano gini. "Kawe lain raso pelik dan malu bila ambo kecek Inggerih denge demo lain tu..."
Nak Majoriti atau Minoriti?????
No comments:
Post a Comment