Profesor Diraja Ungku Aziz menyatakan pendapat beliau ketika ditemuramah (Berita Harian Jumaat 13 Februari 2009) bahawa bahasa bukanlah isu dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah. Bahasa Inggeris tidak semestinya menjadi bahasa pengantar dua mata pelajaran ini. Beliau berkata ”Dalam isu ini, apa yang penting ialah pelajar mesti diberi penguasaan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang mantap”.
GAPENA dan beberapa NGO telah mengemukakan saman kepada Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap pelaksanaan PPSMI di sekolah.
Perhimpunan oleh NGO bagi mendesak kerajaan menarik balik pelasanaan PPSMI telah dianjurkan dan kerajaan masih membisu. TV3 melaporkan sambutan terhadap perhimpunan tersebut adalah ”hambar”. Kalau difikirkan secara logik akal, berapa ramai guru yang akan menghadiri perhimpunan sedemikian walaupun mereka menentang pelaksanaan tersebut? Mereka yang hanya mencari nahas sahaja sanggup berbuat demikian. Sekiranya muka mereka tersiar di TV atau akhbar, padah yang menunggu adalah amat membimbangkan.
PEMBINA sebuah badan NGO yang dinaungi oleh UMNO telah membuat penyelidikan secara menyeluruh dibantu oleh semua IPTA mendapati pelaksanaan PPSMI tidak berjaya, terutamanya di luar bandar dan pedalaman. Semua orang setuju jika dikatakan PPSMI itu baik kerana penggunaan bahasa Inggeris untuk menguasai ilmu dalam bidang berkenaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat amat banyak bahan dan sumber dalam pelbagai bentuk bagi menguasai ilmu bidang tersebut adalah dalam bahasa Inggeris TETAPI jika difikirkan apa nak jadi kepada anak bangsa yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman terutamanya bumiputra dan kaum Melayu... kasihanlah kepada mereka. Ada ibubapa daripada luar bandar yang menyuarakan bahawa PPSMI adalah baik dan beliau memantau serta membantu anak-anaknya mengikuti pelajaran ini. Baguslah bagi ibubapa yang berbuat demikian, macam mana majoriti ibubapa lain di luar bandar dan pedalaman itu? Ada yang menyarankan supaya diberi dua pilihan aliran iaitu PPSMI dan tanpa PPSMI..Kalau boleh dibuat pilihan, ikut sahaja cara lama dulu, iaitu buatlah sekolah aliran Inggeris macam zaman dulu (beberapa tahun selepas merdeka). Pasti semua orang boleh menguasai bahasa Inggeris, itupun bagi siapa yang mampu menghantar anak ke sekolah aliran Inggeris sahaja. Adakah semua lepasan sekolah aliran Inggeris itu boleh bertutur dengan baik dan mampu menguasai mata pelajaran Sains dan Matematik pada masa itu? Rasanya jawapan adalah TIDAK SEMESTINYA. Adakah doktor, jurutera, arkitek, penyelidik, pensyarah (profesor di universiti) dan profesional lain yang sekarang ini sedang bertugas dengan cemerlang adalah hasil daripada sekolah aliran Inggeris? Hai susah nak cakap. Ini semua gara-gara manta perdana menteri yang telah mengikuti alam persekolahan selepas penjajahan (aliran Inggeris sebab dia anak cikgu, manalah anak petani mampu nak hantar anak ke sekolah Inggeris sebab yurannya RM9.00 sebulan, lagi pun orang kampung dulu tak mau hantar anak ke sekolah Inggeris sebab boleh jadi kafir????). Dosa orang yang mencetuskan idea gila ini akan menjadi ’hantu’ kepada generasi akan datang.
Berita Harian 23 Februari menyiarkan penglibatan Sasterawan Negara, A. Samad Said dalam perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI. Nampaknya semakin ramai cerdik pandai dan cendikiawan melahirkan rasa tidak senang terhadap PPSMI. Perasaan ini lahir daripada rasa dan kesedaran hasil daripada pemerhatian dan pematauan yang dilakukan oleh semua pihak dan implikasi terhadap majoriti anak bangsa, khususnya bangsa Melayu. Nampak dalam gambar di televisyen, bukan calang-calang orang yang menentangnya....para cerdik pandai yang memikirkan nasib anak bangsa (majoriti) akan datang yang akan memerintah negara ini. Dah lah sekarang ini macam-macam perkara berlaku yang menunjukkan jati diri orang Melayu sudah pudar. Maka orang LAIN pun mengambil kesempatan tanpa memandang jauh ke belakang dahulu dari mana asal usul mereka. Siapakah pejuang kemerdekaan? Maka kini setelah mengecap nikmat kemerdekaan dan mencapai segala impian (yang mungkin tidak akan tercapai jika masih di tanah air sendiri) lalu lantas bangun menentang anak bangsa jati yang telah banyak mengorbankan maruah, nyawa dan identiti demi kesejahteraan dan keamanan negara.
Kalau mahu diukur daripada kejayaan anak Malaysia mendapat ranking terbaik dalam TIMMS dan sebagainya dalam pertandingan peringkat antarabangsa, kita kena tanya juga, siapakah mereka, anak siapakah mereka, daripada manakah mereka berasal (mereka yang mewakili negara itu maksud saya). Kita tidak terkejut kalau mereka adalah anak profesor atau cerdik pandai daripada bandar-bandar besar kerana mereka memang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kemewahan untuk belajar. Tusyen yang hebat (mahal bayarannya), Komputer (laptop yang canggih), wireless broadband internet connection dan segala macam, kemewahan yang mampu disediakan. Mereka dikelilingi dengan bahan bacaan daripada pelbagai sumber (berbahasa Inggeris), ibu bapa bertutur dalam bahasa Inggeris dengan anak-anak dan banyak lagi sehingga tak dapat dijelaskan di sini. Ibu bapa membawa anak kecil mereka ke kedai runcit yang menjual ikan (lauk) lalu menunjukkan kepada anak kecil mereka, ”Boy, that is fish” .... atau di zoo, ”Boy, look!!! That is cow” ... atau lain-lain lagi. Situasi itu berlaku di bandar... anak-anak yang masih kecil sudah diajar dengan vokabulari yang banyak. Adakah situasi ini berlaku di kampung, desa dan pedalaman? Marilah kita sama-sama fikirkan tentang faedah yang kita naikmati bersama (majoriti), janganlah kita berfikiran untuk faedah kita sahaja (minoriti).
Saya berpendapat hanya 20% sahaja murid dapat mengikuti PPSMI dengan baik Contohnya yang mudah, umpamanya terdapat lima kelas tingkatan empat. Hanya satu kelas (kelas yang terbaik) sahaja yang dapat menguasai Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan baik. Apa berlaku dengan dua atau tiga kelas yang tercorot? Situasi itu benar berlaku di sekolah bandar...bagaimana pula di sekolah luar bandar? Adakah sama?
Kalau nak menghimpunkan beberapa ribu orang untuk menunjukkan bahawa ramai yang menyokong untuk menghentikan PPSMI, janganlah mengharapkan golongan pendidik turut serta, mereka tidak akan pergi sebab mereka tidak mahu terlibat dengan perhimpunan sedemikian, yang menyebabkan masalah di kemudian hari sekiranya gambar tersiar di media massa. TETAPI bukanlah guru menyokong PPSMI, Cuma cara mereka meluahkannya adalah berbeza.
No comments:
Post a Comment