Wednesday, February 25, 2009

Kisah di SMK Bandar Tasik Selatan

Maklumat ini adalah dikirim oleh seseorang kepada saya untuk dikongsi oleh semua guru-guru. Assalamualaikum,
Isteri saya bekerja sebagai guru di SMK Bandar Tasik Selatan. Melihat keadaan sekolah yang dipenuhi dengan polis-polis agak menakutkan dan merendahkan semangat untuk mengajar. Tetapi tugas tetap tugas. Amanah perlu dipikul. Kehidupan perlu diteruskan. Beberapa hari yang lepas, pihak pengurusan sekolah pening kepala. Pengetua baru pergi berkursus. Yang tinggal penolong pengetua dan guru disiplin baru yang terpaksa menjawab pelbagai persoalan yang datang dari kementerian, jabatan, media dan ibu bapa. Apa dah jadi? Seorang pelajar tingkatan 3, SMK Sungai Besi telah dipukul dengan teruk oleh seorang pelajar Tingkatan 5 SMK Bandar Tasik Selatan kerana berebutkan seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 di SMK Bdr Tasik Selatan. Dia baru sahaja meninggal dunia pagi semalam. Antara beberapa fakta lain ialah:-
1. Pelajar tingkatan 3 SMK Sungai Besi tersebut adalah bekas pelajar SMK Bandar Tasik Selatan yang telah ditukarkan sekolah kerana masalah disiplin.
2. Terdapat kumpulan samseng yang bertaburan di kawasan perumahan di sini yang dianggotai oleh budak-budak nakal di sekolah. Satu geng di sebelah Desa Tasik dan satu lagi dengar ceritanya di kawasan Desa Tun Razak. Yang memisahkan mereka hanyalah sebuah jalan besar dipanggil MRR2.
3. Guru tidak boleh buat apa-apa (rotan pun tak boleh kan). Berdiri atas kerusi tak boleh.... dikhuatiri kalau jatuh kerusi, nanti guru boleh kena saman.
4. Terdapat sebilangan pelajar yang berani melawan dan mengugut guru. Ini termasuk pelajar yang dipukul sehingga mati tempohari. Beliau mengugut untuk memukul ustaz di luar kawasan sekolah apabila ditegur.
5. Masalah sosial - pergaulan bebas lelaki perempuan begitu meruncing di sekolah-sekolah dan guru-guru tak boleh buat apa-apa.
6. Polis pun sukar untuk memantau... ya pelajar yang bermasalah ada yang terdiri daripada anak-anak polis. Itu dah kira lesen besar..
7. Gang satu lagi mungkin akan membalas dendam dan akan membunuh pula si pembunuh. Ceritanya tak ubah seperti filem Amerika "Gridiron Gang".
8. Kebanyakan ibu bapa buat tak kisah tentang prilaku anak-anak samseng ini, dan adakalanya tidak memberi kerjasama kepada guru dan polis. Yang menyedihkan ada yang memberi sokongan.
9. Kementerian Pelajaran pun tak boleh buat apa-apa juga... Oleh itu tolong lah pak menteri berhentikan retorik-retorik mengarut dan dengar saranan daripada pakar-pakar dan pendidik.
Kita sedang berada di dalam krisis pendidikan yang agak runcing. Mungkin ia tidak banyak berlaku di asrama penuh, tapi keadaan di sekolah-sekolah menengah biasa mungkin agak menakutkan. Seorang kawan yang saya kenali baru saja menjadi guru, sangat-sangat terkejut apabila mendapati ada antara anak muridnya keluar dari kelas ikut suka, keluar dari sekolah ikut suka, duduk makan di kantin di luar waktu dan tidak tahu menghormati guru. Tentulah dia terkejut kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku pada zamannya. Apa yang dia sebagai guru mampu buat selain daripada memarahi mereka? Ada budak-budak ini yang sengaja membuat guru marah dengan mengacau pelajar-pelajar lain dan guru terpaksa bertindak menghalau mereka keluar kelas. Setelah keluar kelas, mereka akan membuat perkara-perkara yang mereka suka.
Guru pula di dalam dilema. Jika tidak dihalau pelajar ini, maka seluruh kelas tidak dapat belajar akibat perangai pelajar ini. Ada pelajar kelas corot yang tidak pernah membawa buku teks ke sekolah. Malah ada yang tak membawa apa-apa ke sekolah pun! Apa yang mereka harap di sekolah? Cuma untuk bertemu kawan-kawan dan membuat onar. Dari satu segi, sekolah merupakan tempat lepak yang baik kerana anasir-anasir maksiat dan ganas dapat diminimumkan di sekolah. Maknanya, lebih baik datang sekolah tetapi tak buat apa-apa daripada melepak di cybercafe atau hisap dadah di luar. Bila waktu peperiksaan, mereka tidur. Mereka hanya berada di dewan peperiksaan disebabkan setengah jam pertama mereka diwajibkan berada di dewan peperiksaan. Setelah tamat setengah jam mereka pun keluar dari Dewan peperiksaan dengan senang hati sedangkan kertas jawapan masih kosong. Jadi apakah jawapannya kepada krisis ini? Mungkin ada yang berpendapat ia berlaku sejak zaman dahulu sehingga sekarang cuma tidak dilaporkan secara meluas oleh media. Ada juga berpendapat ini hanya pandangan politik untuk menjatuhkan golongan tertentu oleh itu tolong jangan politikkan pendidikan negara.
Saya berpendapat mereka ini di dalam keadaan "denial". Apa pun, saya merasakan bahawa sesuatu harus diambil iktibar di atas peristiwa kematian pelajar tingkatan 3 ini. Pada umur ini sepatutnya mereka selamat belajar di sekolah dan di rumah. Pada waktu malam, ketika semua anak-anak sedang berada di rumah, tidak terfikirkah ibu bapa ke mana anak mereka pergi dan apa yang sedang mereka buat dan mereka bersama siapa? Tolong lah ibu bapa semua... sayangi anak-anak anda. Buatlah sesuatu sebelum terlambat.

4 comments:

Unknown said...

Pengalaman kenalan Dr. yg baru sahaja menjadi seorang guru juga telah dialamai oleh saya.sekolah saya juga mempunyai pelajar seperti itu.pada pendapat saya, sebenarnya paling penting adalah ibu bapa perlu prihatin terhadap anak-anak mereka.sekiranya ibu bapa tidak mengambil peduli tindak tanduk anak-anak mereka,saya yakin..guru-guru mempunyai kesukaran untuk mendidik anak-anak ini.

jikalau guru-guru ini berjaya menasihati pelajar-pelajar yang bermasalah ini,pelajar ini akan mengulangi sifat dan tabiat mereka.

saya dapati kebanyakannya anak-anak pada zaman sekarang tiada arah tujuan dan matlamat hidup.di sebabkan itu, mereka datang sekolah tanpa membawa sebarang buku walaupun kerajaan telah memberi buku teks percuma kepada mereka.matlamat utama mereka datang ke sekolah adalah untuk berjumpa rakan-rakan kerana busan tinggal di rumah tanpa sebarang aktiviti.

adakah ibu bapa yang berada di kawasan ibu kota kini sibuk bekerja untuk mengumpul wang kerana terhimpit dengan keadaan krisis ekonomi sekarang?ataupun ibu bapa kini lebih berfikiran terbuka dan tidak kisah dengan tingkah laku anak-anak mereka?

saya hanya memberi pendapat..tetapi kepada ibu bapa yang berada di luar sana perlu sedar dan membimbing anak-anak mereka sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi.

Deria said...

Terima kasig Fikri, memang kita sebagai ibu bapa perlu memantau siapa kawan anak kita, kemana mereka pergi, apa yang mereka lakukan, mendekati mereka sebagai 'kawan', mendengar rintihan, keluhan, ketidakpuasan hati mereka. Janganlah terlalu ikutkan atau manjakan anak-anak. Ada ibubapa yang membelikan motor kepada anak walaupun masih belajar di tingkatan 3, 4 atau 5. Ini akan 'memanjangkan' lagi 'kaki' mereka.

Anonymous said...

nie dr blog dr.azwan ke? sory lha. tp na tegur skit. banyak kesalahan dlm cerita dr azwan. die ta tau ape yg terjadi sebenarnye. cite nie pakai hetam keromo sje. so, jgn sebarkan fitnah kalau ta tau cerita yg sebenar. thx :)

Unknown said...

Bodoh sengal ubi