Kita sebagai seorang pendidik sering melupakan faktor ini semasa mengajar dalam bilik darjah. Latar belakang pengalaman pelajar seperti kemahiran, pengetahuan dan sikap yang sedia ada memberikan kesan terhadap proses pembelajaran. Banyak kajian telah mendapati tahap pengetahuan sedia ada pelajar (entry level) adalah mempengaruhi pencapaian pelajar. Harus diingatkan bahawa tahap pengetahuan sedia ada pelajar adalah amat berbeza antara satu sama lain. Kita sebagai guru perlu sentiasa mengambil perhatian dan tumpuan yang khusus terhadap faktor ini. Kita tidak boleh mengambil mudah dengan menganggap bahawa semua pelajar dalam sesuatu kelas itu adalah sama, sama ada semua mereka sudah tahu atau semua mereka tidak tahu apa-apa tentang pelajaran yang disampaikan. Selain itu, faktor kesihatan juga adalah amat penting untuk diberi perhatian oleh guru. Ada pelajar yang datang dari berbagai latar belakang sosio ekonomi yang melibatkan aspek pemakanan yang sempurna dan tahap kesihatan yang berbeza-beza. Ada yang tak mengambil sarapan dan ada yang mengambil sarapan tetapi berbagai jensi makanan yang diambil. Ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi kesihatan dan kesediaan murid untuk belajar.
Saya telah membincangkan mengenai pelajar berbangsa China gemar membawa minuman air kosong (plain water) ke dalam bilik darjah, malah ke mana sahaja mereka pergi, mereka sering membawa botol air minuman bersama. Perkara ini bukan berlaku di sekolah rendah dan menengah sahaja, malahan berlanjutan sehingga ke peringkat universiti. Agak pelik sekiranya kita mendapati murid berbangsa lain (Melayu dan India) melakukan perkara ini. Tabiat inilah yang seharusnya dipelajari oleh semua bangsa. Negara kita yang beriklim tropika dan sentiasa panas ini memerlukan kita banyak meminum air bagi mengganti air yang hilang melalui peluh dan air kencing. Air yang paling sesuai diminun ketika dahaga ialah air kosong bukannya air teh, kopi atau milo dan sebagainya.
Mata pelajaran yang agak sukar seperti Sains dan Matematik sepatutnya dijadualkan pada sebelah pagi (selain Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang sewajarnya di sebelah pagi. Kecuali sekolah yang mempunyai kemudahan gimnasium atau dewan tertutup untuk bersukan). Sekiranya terpaksa dijadualkan sebelah tengah hari atau petang, murid keletihan dabn memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk mengikuti mata pelajaran ini. Keadaan panas dan kering menyebabkan kita cepat keletihan. Dengan meminum air yang banyak, pasti akan dapat membantu badan menjadi segar dan menghilangkan mengantuk. Guru seharusnya menggalakkan murid meminum air kosong dengan banyak, terutamanya dalam kelas. Sesetengah guru tidak membenarkan murid minum air ketika beliau mengajar.. mengapa?
3 comments:
dr..mmg minum air putih bagus..mungkin kondisi tandas yg kadang2 kotor menyebabkan ramai student berbangsa melayu x suka minum air kosong.
Situasi di SK, ada terdapat guru sendiri melarang murid minum di dalam kelas. Mungkin ada alasan tertentu seperti tidak mahu mengganggu p&p atau takut tertumpah air yang dibawa ke dalam kelas
kat U, student China selalu bawa air kosong dalam botol mineral ke dalam kuliah atau semasa study kat tempat-tempat yang disediakan sekitar kampus. Student Melayu jarang berbuat begitu, malu kot...
Post a Comment