Salam sejahtera,
Sekian lama tidak sempat mencoretkan sesuatu dalam laman ini rasanya begitu kecewa sekali. Setelah menghadiri satu seminar di Ipoh anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, saya mendapat pengalaman yang begitu bermakna sekali untuk dikongsikan bersama.
Pertandingan inovasi yang telah dijalankan sempena seminar tersebut memberikan satu gambaran yang begitu jelas sekali tentang pentingnya guru-guru bersifat atau mempunyai ciri-ciri yang inovatif. Berbagai masalah dapat diselesaikan hasil daripada ciptaan kreatif para guru (pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGM). Berbagai rekaan kreatif telah diketengahkan dan boleh dikongsi bersama-sama dengan golongan pendidik lain seluruh negara.
Setiap sekolah, daerah atau negeri perlu menganjurkan pertandingan yang sedemikian setiap tahun bagi mencungkil bakat kreatif guru-guru sekolah dalam penghasilan idea baru yang kreatif dan inovatif. Sama ada PKG atau BTPN perlu menyahut seruan ini dan memperuntukkan sedikit kos dan mengadakan perancangan yang rapi dan teliti untuk tujuan tersebut.
Hasil inovasi daripada IPGM yang mengambil bahagian dalam seminar tersebut amatlah menarik dan boleh diketengahkan ke peringkat kebangsaan. Sesetengahkan berkaitan dengan pedagogi serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Saya percaya dan yakin sekiranya guru-guru diberikan peluang, pasti mereka juga dapat mengemukakan hasil inovasi yang baik.
Laman blog ini memaparkan idea dan amalan dalam bidang perguruan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sepanjang menjadi guru, pendidik guru dan bidang pentadbiran yang berkaitan dengan perguruan di Malaysia. Semoga pengalaman dan idea ini dapat dikongsi bersama rakan-rakan guru yang lain.
Wednesday, November 18, 2009
Monday, November 9, 2009
Pesanan Lukman Al-Hakim
Kita kongsi bersama pesanan Lukman Al-Hakim kepada anaknya. Sebagai seorang guru, kita juga boleh pesankan pesanan ini kepada anak didik kita, semoga mereka mejadi seorang insan yang sempurna dan beriman.Banyak perkara yang guru boleh gunakan dalam pesanan ini sewaktu mengajar. Ingatlah, kita sebagai guru bukan sekadar bertanggung jawab untuk mendidik murid kita menjadi seorang yang pandai (daripada segi intelek sahaja) malah kita perlu membentuk mereka supaya menjadi seorang insan yang berakhlak mulia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan tugas dan tanggung jawab kita dalam usaha mendidik anak murid kita iaitu supaya mereka menjadi seorang insan yang seimbang daripada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Semoga anak didik kita menjadi seorang yang pandai, berakhlak mulia, menghormati orang lain (terutama ibu bapa mereka) dan sihat tubuh badan serta akal fikiran.
01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH
juga.
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan
kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

Tuesday, October 27, 2009
Nak kongsi jenaka mengenai Cikgu Yang Best!
Kelas yang tadi bercempera tiada guru kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah......?
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tenteng perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!

Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Monday, October 26, 2009
Karektor Guru 12: Mengaku Kesalahan Sendiri
Guru yang paling berkesan adalah mereka yang dengan cepat dan tidak teragak-agak untuk mengaku kesalahan sendiri yang dilakukan. Mereka dengan rasa rendah hati akan memohon maaf daripada pelajar. Mereka dengan segera akan memperbetulkan sesuatu kesalahan yang dilakukan dengan segera tanpa merasa segan dan silu. Misalnya, semasa memeriksa kertas jawapan atau tugasan, sekiranya pelajar mendapati guru melakukan kesalahan memberi markah, guru dengan segera mengakui kesalahan mereka yang terus memperbetulkannya tanpa berlengah-lengah lagi.
Dalam banyak kes disiplin yang berlaku di sekolah, ramai dalam kalangan guru menggunakan kuasa mereka untuk menghukum pelajar tanpa banyak soal jawab atau menyelidiki kedudukan sebenar. Ini menimbulkan perasaan dendam pelajar kepada guru, dan akan memburukkan lagi situasi. sekiranya guru menyedari kesalahan yang dilakukan, maka janganlah merasa bersalah atau malu untuk mengaku kesalahan sendiri, bak kata pepatah "tidak akan hilang bisanya ular yang menyusur akar".
Thursday, October 22, 2009
Karektor Guru 11: Pemaaf
Guru yang paling berkesan adalah mereka yang tidak menyimpan dendam dan kebencian dalam hati terhadap pelajar mereka walaupun pelajar itu nakal dan sentiasa menyakiti hati mereka. Guru sebegini akan sentiasa memaafkan pelajar mereka di atas perlakuan yang tidak sesuai seperti kesalahan disiplin yang ringan atau tingkah laku yang kurang sopan dan sebagainya. Mereka akan sentiasa memberikan nasihat dan panduan secara bersopan kepada pelajar yang berkelakuan yang tidak sepatutnya. Mereka memahami bahawa dengan sikap pemaaf ini akan dapat membantu pelajar yang mempunyai masalah disiplin yang sukar dibendung. Mereka percaya bahawa dengan menyimpan dendam dan kebencian kepada pelajar yang bermasalah displin ini, akan menyebabkan pelajar memusuhi mereka sama ada di dalam sekolah atau di luar sana. Dengan keadaan yang sukar memaafkan pelajar ini, akan menyebabkan lebih sukar kita untuk menangani masalah yang mereka hadapi.
Sifat pemaaf adalah merupakan satu sifat yang universal, semua agama menuntut supaya manusia bersifat demikian. Sifat ini adalah menunjukkan martabat yang tinggi dan nilai kemanusiaan yang hebat dan mulia. Semua guru harus memiliki sifat ini supaya kita sentiasa dipandang mulia oleh pelajar kita, malahan kita akan dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling kita.
Saya percaya, sekiranya semua guru memiliki karektor ini, masalah disiplin di sekolah akan dapat dibendung. Penghormatan masyarakat terhadap warga guru juga akan dapat dipulihkan seperti yang pernah kita persoalkan sebelum ini iaitu 'guru dahulu vs guru sekarang'.

Wednesday, October 21, 2009
Karektor Guru 10: Menghormati Pelajar
Guru yang paling berkesan adalah guru yang tidak memalukan pelajarnya sama ada secara bersemuka atau di hadapan khalayak (kelas). Guru yang memberikan penghormatan yang paling tinggi akan memperolehi penghormatan yang paling tinggi daripada anak didik mereka.
Guru perlu menghormati hak individu setiap anak didik mereka, tidak mendedahkan kelemahan seseorang pelajar kepada orang lain sama ada sesama rakan mereka atau guru lain.

Guru boleh berbincang dengan pelajar mengenai markah atau pencapaian seseorang pelajar secara individu tanpa didengari atau diketahui oleh rakan lain. Guru seperti ini akan menunjukkan kepekaan yang tinggi terhadap perasaan pelajarnya dan sentiasa berhati-hati supaya tidak memalukan pelajarnya setiap masa sama ada ianya perlu atau tidak.
Friday, October 16, 2009
Karektor Guru 9: Kebolehan Jenaka (Sense of Humor)
Guru yang paling berkesan adalah guru yang tidak menganggap semua perkara adalah serious dan menjadikan pembelajaran adalah sesuatu yang seronok dan menghiburkan. Mereka menjadikan jenaka sebagai alat untuk ‘breaking the ice’ ketika sesuatu situasi yang sukar dialami. Misalnya, dalam menguruskan bilik darjah, guru perlu menggunakan arahan secara berjenaka bagi mengurangkan tekanan dan ketegangan yang berlaku sesama pelajar. Guru sebegini akan sentiasa berjenaka setiap hari dalam kelasnya. Mereka sentiasa bergelak ketawa bersama-sama pelajar sama ada dalam kelas atau di luar kelas. Mereka sentiasa berjenaka dengan murid dan sebaliknya. Namun, jenaka yang digunakan adalah jenaka yang tidak mendatangkan keburukan seperti memperlekeh atau mempersendakan pelajar atau orang lain, berbentuk ugutan dan berunsur lucah.

Bukan kita mahukan jenaka yang dapat mentertawakan murid sehingga kelas menjadi hingar bingar. Cukuplah sekadar dapat membuatkan murid kita tersenyum atau merasa terhibur dan lega dengan apa yang kita ucapkan. Bukan perlu kita mempelajari atau berlatih untuk berjenaka, tak kanlah sepanjang hayat kita tak pernah pun berjenaka! Jenaka yang ringan dengan memberikan contoh-contoh yang melucukan adalah amat mudah dilakukan oleh guru semasa mengajar dalam kelas.

Banyak kajian di luar negara menunjukkan bahawa murid suka kepada guru yang gemar berjenaka. kajian juga membuktikan bahawa kelas yang diselang seli dengan jenaka oleh guru, dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan seterusnya meningkatkan pemahaman murid. Oleh itu kajian yang berbentuk eksperimental telah dilakukan oleh para sarjana barat membuktikan terdapat peningkatan pencapaian yang signifikan bagi kelas yang mengandungi jenaka berbanding sebaliknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)