Menurut
kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah
dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing.
Deria %
penerimaan
Mata 70
Hidung 5
Mulut 4
Telinga 15
Rasa/sentuhan 6
Kepentingan
media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran
·
Pengajaran lebih terancang
·
Melibatkan pelbagai deria
·
Memperkayakan pengalaman
·
Perluasan batasan komunikasi
·
Pembelajaran individu
·
Keseronokan belajar/motivasi
·
Sumber maklumat
·
Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran pelajar.
·
Menguat dan mengekalkan daya ingatan.
·
Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit.
·
Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik
darjah.
·
Menjimatkan masa.
·
Membantu pelajar membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas.
·
Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran.
Pemilihan media pengajaran
Untuk
memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian:
1. Kesesuaian
2. Peringkat
penerimaan/kefahaman
3. Pemerolehan
4. Harga
5. Mutu
Kesesuaian
Sebelum
memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan objektif yang hendak
dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya pelajar
mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran
bahasa kedua, dan disamping membetulkan bunyi sebutannya, maka pelajar perlu
mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh
juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan
mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut:
·
Memenuhi kehendak isi dan objektif pelajaran.
·
Memudahkan kefahaman pelajar.
·
Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya.
·
Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan.
·
Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan
dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
·
Selamat digunakan oleh pelajar.
Peringkat
penerimaan/kefahaman
Mungkin
isi kandungan media yang dipilih itu sesuai, tetapi cara penyampaian atau
peringkat penerimaan pelajar adalah tidak setara dengan keupayaan mereka. Dengan
lain perkataan media tersebut tidak setanding dengan keupayaan pelajar untuk
menerima dan memahami isi kandungan yang disampaikan oleh media tersebut. Ini
berlaku kepada media yang telah siap tersedia oleh pihak-pihak tertentu seperti
syarikat pengeluar media tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini, media
perlulah dihasilkan sendiri oleh guru yang mengajar. Media yang dapat
memudahkan pemahaman pelajar terhadap konsep-konsep yang hendak disampaikan
hendaklah dipilih.
Harga
Sesuatu
media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan mudah dan harga yang
murah. Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang lebih
baik walaupun harganya mahal. Sekiranya harga tidak menjadi masalah, pilihlah
media yang dapat memberikan kesan yang lebih baik. Kos
adalah munasabah dan tidak terlalu membebankan.
Pemerolehan
Seseorang
guru yang merancang menggunakan media pengajaran, perlu mengenal pasti
pemerolehan sesuatu media itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber atau
sekolah masing-masing? Bolehkah media tersebut disediakan dengan mudah?
Sekiranya mudah diperolehi, akan mendorongkan seseorang guru menggunakannya
dengan lebih kerap.
Mutu
Sekiranya
faktor-faktor di atas sudah dipenuhi, apakah guru akan menolak penggunaan media
tersebut kerana mutu yang rendah? Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan
tercapai sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak elok seperti warna,
suara dan tulisan yang tidak jelas.
Penghasilan media
Kebanyakan
media yang ada di pasaran adalah
dipasarkan untuk mencari keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan keperluan
tertentu guru dan pelajar. Oleh itu untuk menyediakan media yang sesuai, guru
perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang diperolehi dari penghasilan
media oleh guru seperti berikut:
·
Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah
·
Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat.
·
Jika dilibatkan pelajar dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan
lagi daya ingatan dan meberikan pengalaman yang berguna kepada pelajar.
·
Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah disamping menjimatkan kos..
Beberapa
aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan media adalah seperti
berikut:
·
Pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan)
·
Kemahiran untuk penghasilan
·
Mempunyai daya kreatif
·
Tenaga untuk penghasilan
·
Alatan khas yang diperlukan
·
Masa
·
Kos
Dalam
perbincangan ini, kita akan membincangkan faedah penghasilan media oleh guru
dan oleh pelajar.
Media yang dihasilkan oleh
guru
Sebagai
seorang guru, kita perlu memikirkan penghasilan media pengajaran dalam dua
kategori;
a) Media pengajaran yang akan
digunakan untuk persembahan dalam bilik darjah, perbincangan dengan pelajar,
penilaian atau aktiviti yang diarahkan oleh guru. Contohnya, bahan tayangan
yang mudah seperti transparensi, selaid, kaset audio, poster, grafik dan bahan
pameran.
b) Media pengajaran yang
digunakan terus oleh pelajar untuk tujuan pembelajaran. Contohnya, kit pelbagai
media yang digunakan untuk pembelajaran individu, bahan 3D dan 'mock-up' yang
digunakan oleh pelajar kejuruteraan.
Faedah sampingan yang diperolehi apabila guru
menghasilkan media atau mengarahkan pelajar menghasilkan media adalah guru
sendiri akan dapat memahami dan menjelaskan lagi objektif dan idea mengenai
bagaimana menyusun program pengajaran pembelajaran dengan lebih baik lagi.
Media yang dihasilkan oleh
pelajar.
Pelajar
yang terlibat dalam penghasilan media akan memperolehi faedah daripada
pengalaman mereka. Mereka boleh memberikan sumbangan berupa idea yang kreatif
untuk sesuatu penghasilan media. Bakat pelajar dalam penghasilan media seperti
bahan pameran, bahan pembelajaran kendiri, transparensi, selaid, bahan 2D,
poster dan sebagainya tidak boleh diperkecilkan. Disebalik khidmat penghasilan
media, pelajar juga boleh membantu guru untuk merekabentuk media pengajaran
supaya sesuai dan mencapai kehendak dan keperluan bilik darjah.
Beberapa perkara yang perlu
diberikan perhatian:
·
Ingat bahawa penghasilan akhir sesuatu media tidaklah begitu penting
berbanding proses dan pengalaman yang digunakan untuk mencapai objektif.
·
Apabila pelajar menghabiskan masa dan tenaga dalam penghasilan media,
pastikan mereka memahami apa yang dibuat dan mereka merasakan dihargai.
Matlamat guru bukanlah untuk mempergunakan pelajar atau memaksa mereka berkerja
melampaui keupayaan, tetapi memberikan peluang kepada mereka supaya produktif
dan seronok melakukan aktiviti penghasilan media.
·
Pastikan, sebelum projek dimulakan, pelajar menghasilkan perancangan di
atas kertas. Bantulah mereka belajar bagaimana membuat 'lay-out' projek sebelum kerja sebenar dijalankan,
untuk mempastikan dengan jelas setiap langkah yang akan diambil akan mencapai
kejayaan.
·
Bantu pelajar menghadapi kekecewaan jika terdapat kesilapan dan mencuba
semula. Kesilapan adalah perkara biasa dalam mempelajari sesuatu yang baru.
Peringkat Usaha Penghasilan
Media
a) Penghasilan media secara tiruan
Penghasilan
media secara tiruan boleh diilustrasikan seperti memotong huruf berdasarkan
bentuk, melukiskan peta dan gambar melalui surihan imej tayangan atau menghasilkan
terarium atau boneka berdasarkan arahan buku atau gambar.
b) Penghasilan media secara pengubahsuaian
Pengubahsuaian
memerlukan penciptaan dalam bentuk baru atau cara baru dalam penggunaan media
sedia ada. Prototaip atau gambar prototaip yang ada adalah sebagai panduan
berguna, tetapi hasil akhir kelak akan memerlukan individu terlibat dalam
pelbagai masalah. Penghasilan media secara pengubahsuaian memerlukan
pertimbangan individu, arah kendiri dan inisiatif.
c) Rekaan kreatif
Melibatkan
keupayaan mentafsir dan menyelesaikan masalah dengan cara yang asli, tanpa
bergantung kepada pengalaman atau penulisan. Penghasilan filem slaid bersuara,
fotograf, penggambaran video dan sebagainya untuk digunakan dalam pengajaran
pembelajaran adalah antara contoh rekaan kreatif. Guru perlu menggalakkan
pelajar membuat rekaan kreatif dan asli.
d) Inovasi dari peniruan
Meniru
secara kreatif mengandungi dua unsur yang seolah-olah bertentangan. Sesuatu
yang kreatif tentulah bersifat asli. Sebaliknya sesuatu yang dihasilkan secara
meniru tentulah tidak asli, oleh itu tidak kreatif. Walau bagaimana pun peniruan kreatif adalah
penghasilan semula apa yang telah dicipta oleh orang lain dalam bentuk yang
tersendiri dan mempunyai keunikan tersendiri dari segi fizikal dan fungsinya.
Guru dan pelajar perlulah menggunakan kaedah ini untuk menghasilkan media yang
boleh digunakan untuk tujuan pengajaran pembelajaran.
Media kos murah
Definisi
media kos murah adalah berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:
·
Media yang boleh disediakan oleh guru dan pelajar sendiri.
·
Media yang dibekalkan dan boleh menambahkan keberkesanan pengajaran
pembelajaran dalam bilik darjah tanpa memerlukan kos tambahan.
·
Proses yang terlibat dalam
penghasilan media tersebut adalah mudah dan murah.
·
Penghasilan media tersebut tidak memakan masa yang panjang.
·
Bahan mentah yang digunakan adalah percuma dan mudah diperolehi dari
persekitaran pelajar dan guru..
Jenis media kos murah
·
Gambar kaku
·
Gambarajah
·
Carta
·
Graf
·
Peta
·
Kartun
·
Poster
·
Carta bersiri
·
Bahan 3D seperti boneka, glob, model, realia, 'mock-up' dan lain-lain.
Prinsip reka bentuk media
kos murah
·
Jelas. Idea mesti tepat, mudah dan terus terang. Ini mestilah sesuai
dengan ukuran, warna, kontras dan reka letak.
·
Menarik. Mesej yang hendak disampaikan mestilah dapat menarik
perhatian, membolehkan ia mencetuskan reaksi yang cepat di kalangan pelajar.
·
Senang digunakan. Termasuk dari segi mudah dibawa, dimanipulasikan dan
difahami pelajar.
·
Berkaitan. Bahan yang dihasilkan itu mestilah menggambarkan hubungannya
dengan isi kandungan pelajaran dan matlamat yang hendak dicapai. Ia juga
mestilah menggambarkan peringkat umur dan pengalaman pelajar yang
menggunakannya.
·
Berpatutan dengan kos. Ia mestilah menunjukkan unsur-unsur penjimatan
dari segi masa, tenaga dan kewangan. Perancangan yang teliti dan membiasakan
diri dengan berbagai jenis dan tujuan media kos murah akan membantu ke arah
penjimatan di dalam pengeluaran.
3 comments:
Terima kasih atas perkongsian Dr.
Ada sedikit cadangan kepada Dr. supaya isi yang sama tak perlu buat 3 kali ya....(Oct,2008; July, 2013)
Dr. boleh buat labels pada setiap penulisan jadi pembaca boleh terus navigate to the specific topics.....
selamat menulis....
oohh terima kasih
Eehh, sama2.....
Dr. faham I cakap apakah?
hehe
Post a Comment