Monday, January 24, 2011

Refleksi terhadap Guru Pedalaman

Guru, bukan mudah untuk menjadi guru yang bergelas pendidik yang mampu menjalankan amanah yang diberi tanpa mengharapkan balasan. Hanya guru yang ikhlas dalam menjalankan tanggungjawabnya yang layak digelar pendidik... yang memberi tanpa mengharapkan balasan dan penghormatan. Demi amanah yang ditanggung mereka sanggup mengharungi suka duka, mendaki gunung-ganang, menyusuri lautan samudera dengan nita yang satu iaitu memberi ilmu kepada anak bangsa untuk menjadikan mereka seorang manusia yang berilmu.
Tahniah kepada guru-guru yang sudi untuk mengajar di kawasan pedalaman. tahniah juga kepada guru-guru yang terlibat dalam Pendidikan Khas. Tidak semua guru yang mampu untuk menjadi seperti kalian.
Pengorbanan guru-guru pedalaman dan Pendidikan Khas amat besar dan berharga kepada negara. Guru adalah pembina tamaddun manusia, tanpa mereka hancrulah tamaddun kita.

Oleh: Nur Hayati Hussain. DPLI Sains Pertanian, UPM. 2011
.................................................................................................................................................

Setelah melihat semua klip video tersebut, saya dapati setiap guru mempunyai pengalaman dan cabaran yang berbeza selain daripada mengajar sahaja. Guru perlu mengajar dan mendidik anak murid menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiah diri. Guru perlu mempunyai tahap kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam membentuk anak murid kerana guru ibarat "Lilin yang membakar diri demi untuk memberi cahaya kepada orang lain". Oleh itu, segala cabaran dan dugaan yang datang, guru perlu melaluinya dengan sabar dan lebih berusaha untuk menjadikan murid-murid berjaya dari segala segi, bukan hanya dari segi akademik sahaja.
Saya amat terharu dengan pengorbanan yang para guru buat demi anak bangsa. Segala penat lelah tidak dihiraukan asalkan matlamat yang satu iaitu murid-mutrid cemerlang dari segala segi tercapai. Pengorbanan guru amat besar bagi anak bangsa jkerana jika tiada insan yang bergelar guru, anak bangsa tidak akan berjaya kerana guru adalah perintis kepada segalanya.

Oleh: Nor Marshaliza Shaidan. DPLI (SP) UPM. 2011

2 comments:

Cikguzam said...

salam Dr.,
apa khbar sekarang, harap Dr sentiasa sihat walafiat. Terima kasih di atas perkongsian yang Dr coretkan.

Deria said...

Alhamdulillah sihat. Pelajar ini menonton video klip yang menunjukkan susah payahnya guru-guru dipedalaman menjalankan tugas mereka, lalu saya minta mereka membuat refleksi terhadap video klip tersebut. Ini juga salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran...