Perkara yang paling menyentuh hati saya ialah kesanggupan guru untuk berjauhan dengan keluarga, terpisah dari kemudahan yang ada semata-mata untuk mendidik anak murid yang dahagakan ilmu pengetahuan. Saya pernah bertanya kepada diri saya "Sanggupkah aku berhijrah ke kawasan pedalaman untuk mengajar anak murid di sana seperti yang telah dilakukan oleh guru yang sedabng mengajar di kawasan itu?" mungkin jawapannya adalah agak berat untuk berbuat demikian, tetapi guru yang telah sedia berkhidmat sanggup meninggalkan kesenangan dan kemudahan yang ada semata-mata ingin berbakti. Jasa mereka ini sangat besar kepada negara sehingga tidak dapat dibalas dengan wang ringgit semata-mata.
Tersentuh hati saya apabila melihat pengorbanan yang telah dilakuan oleh guru-guru di pedalaman. Namun sumbangan dan pengorbanan merekalah yang akan dapat membantu murid-murid di pedalaman belajar dan membawa perubahan kepada masyarakat mereka di sana. Ketabahan guru-guru inilah yang pastinya membantu merubah nasib anak bangsa di kawasan yang berjauhan daripada arus pemodenan dan kemajuan teknologi. Guru-guru ini menganggap tugas meraka adalah sebagai satu cabaran yang perlu diharungi dan semua guru di seluruh negara perlu mencontohi seangat dan ketabahan mereka. Guru-guru yang bertugas di kawasan bandar khususnya haruslah merasa bersyukur dengan semua kemudahan yang diperoleh dalam melaksanakan tugas mengajar di bilik darjah. Tidak perlulah mereka merungut dengan masalah-masalah kecil yang dihadapi. Seseorang guru itu perlulah mendidik muridnya dengan sehabis baik supaya mereka menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Kesusahan murid yang belajar di kawasan pedalaman membuatkan saya berfikir sejenak betapa untungnya saya dilahirkan dan dapat bersekolah dengan baik dengan kemudahan yang mencukupi. Kanak-kanak di pedalaman belajar dengan kemudahan yang minimum dan prasarana yang asas sahaja. Namun mereka begitu bersemangat untuk belajar, sedangkan sesetengah murid di kawasan bandar malas untuk belajar dan sering ponteng sekolah.
Nukilan: Herny Yusnita binti Marwan
DPLI (SP) 2010
Disember 2010
No comments:
Post a Comment