Thursday, February 18, 2010

Pengetahuan dan Pemahaman Yang perlu dimiliki oleh seorang insan bergelar guru

Guru-guru yang dianugerahkan bacelor pendidikan, diploma pendidikan iaitu sijil ikhtisas untuk mengajar mesti mengamalkan perkara berikut:

  • Mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam mata pelajaran yang dilatih untuk diajar di sekolah. Kepeda mereka yang dilatih untuk sekolah menengah, ilmu pengetahuan yang ada perlulah menyamai kelayakan yang telah ditetapkan iaitu diploma atau ijazah pertama.
  • Mereka mengetahui dan memahami nilai, matlamat dan tujuan serta keperluan am pengajaran yang telah ditentukan oleh kurikulum kebangsaan.
  • Mereka adalah pendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan sentiasa mengamalkan konsep FPK dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
  • Mereka memahami bahawa proses pembelajaran yang berlaku dalam kalangan pelajar adalah dipengaruhi oleh fizikal, intelektual, linguistik, sosial, budaya dan perkembangan emosional masing-masing.
  • Mereka tahu menggunakan teknologi maklumat dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta untuk menyokong mereka menambahkan kemahiran dan peranan profesional.
  • Mereka memahami tanggung jawab masing-masing di bawah Kod Etika Perguruan dan mengetahui bagaimana untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar sekiranya memerlukan kemahiran tertentu.
  • Mereka mengetahui bagaimana mengatur strategi untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan bermakna.
  • Mereka telah lulus ujian dalam bidang numerasi, literasi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Mereka mempunyai literasi maklumat, literasi komputer dan literasi visual.


 

3 comments:

senandung hatiku said...

Salam Dr..boleh bincangkan bentuk kepimpinan yg berkesan disekolah.(Terutama sekolah rendah yg ada sentimen perbezaan dr segi gred ant pentadbirn dan guru menyebbkan guru sering dianaktirikan..)saya rasa nk penjangkan dalam tesis PHD nanti.

CHOON said...

Dr, pada pendapat daktor, merujukan kursus Pembangunan Sahsiah, apakah perkara-perkara yang perlu diterapkan kepada guru-guru.

CHOON said...

Dr, pada pendapat dr, merujuk kepada kursus Pembangunan Sahsiah, apakah perkara-perkara yang utama yang perlu diterapkan kepada guru-guru?