Tuesday, December 22, 2009

What is Teacher Professionalism?

semasa mengikuti kursus di Massey University, New Zealand, saya berpeluang bertemu dengan seorang pensyarah di university tersebut bernama Dr Annete M Taylor. menurut pendapat beliau mengenai profesionalisme perguruan ialah...

... its origins can be traced as far back as Socrates, Plato and other philosophers and teachers.

Bagi saya pendidik terulung adalah Mohamad Rasulullah SAW, nabi terakhir bagi umat manusia yang diutuskan Allah swt kepada kita sebelum bumi ini berakhir (kiamat)

Menurut Taylor lagi, perkataan profesionalisme adalah berkaita rapat dengan:
  • drive
  • initiative
  • commitment
  • involvement
I see professsionalisme as the "pursuit of excellence, not just competence"

Saya bersetuju dengan pendapat beliau, insan guru perlu memiliki keinginan yang tinggi (drive), mempunyai inisiatif tanpa perlu disuruh dan proaktif dalam semua bidang dan tugas tanpa perlu dipantau (oleh Pengetua/Guru Besar - jawatan Guru Besar juga saya fikir perlu ditukar kepada nama jawatan yang lebih sesuai .... kenapa ada perbezaan antara pentadbir sekolah menengah (yang dipanggil Pengetua) dan pentadbir sekolah rendah (yang dipanggil Guru Besar)...??? Letak sahaja nama jawatan tersebut sebagai PENGARAH? PENGURUS? ....(fikirkan yang sesuai)

Beberapa ciri penting seseorang yang bergelar profesionalisme ialah
  • mempunyai pengetahuan (khusus atau umum)
  • kod etika
  • autonomi
  • akauntabiliti
  • komitmen kepada bidang tugas
  • imej yang boleh dikenalpasti
Saya berpendapat semua ciri diatas sudah pun dipenuhi. Ciri terakhir iaitu imej... mungkin ini sukar sikit namun masyarakat masih boleh meneka sama ada seseorang itu GURU atau tidak. Ada yang mengesyorkan supaya imej guru ini ditegaskan supaya menjadi ikon dalam masyarakat. Makan seperti guru, berjalan seperti guru, berkomunikasi seperti guru,..... semuanya seperti guru. kalau doktor perubatan... bawa stetoskop dileher tu.. haaa pastilah doktor. kalau jururawat... pakaiannya. etc etc

2 comments:

Anonymous said...

Salam..saya setuju dgn pendapat Dr.ttg "imej". Kegagalan guru mempamerkan imej salah satu punca kenapa bidang ini dan guru diperlekehkan.Imej guru harus dipertingkatkan bukan diperketat atau diperkotak-katik kan. Semoga perubahan imej meningkatkan sanjungan masyarakat terhadap insan yg bernama GURU!

Deria said...

Saya telah meneliti buku Standard Guru Malaysia yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku ini amat penting bagi membentuk guru yang mempunyai profesionalisme yang tinggi. Setiap orang insan bergelar guru perlu membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan buku tersebut. Saya berkesempatan juga terlibat dalam peringkat awal penggubalan buku ini semasa bertugas di BPG.