Thursday, December 3, 2009

Guru Yang Disukai Murid

Seorang Pengetua sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak telah membuat kajian terhadap murid-murid beliau mengenai guru yang mereka sukai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid suka kepada guru-guru yang menepati masa, komited terhadap tugas dan kecindan (suka berjenaka).

Dapatan kajian beliau menunjukkan murid suka kepada guru yang menetapi masa iaitu masuk kelas tepat pada waktunya dan keluar (menghabiskan sesi pengajaran) kelas juga tepat pada waktunya. Ini menunjukkan bahawa warga guru perlu memberikan penekanan kepada aspek pengurusan masa yang cekap dan berkesan.

Guru yang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka adalah merupakan guru yang disanjungi oleh murid. Warga guru perlu menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas masing-masing. Guru perlu melakukan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh supaya mereka dicontohi oleh murid. Dalam satu kajian lain, dapatan kajian menunjukkan ramai kalangan guru mengamalkan kaedah pengajaran dengan meniru apa yang telah dilakukan oleh guru mereka terdahulu. Ini bermakna sekiranya kita mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan, maka anak didik kita sentiasa memerhati dan memberikan keutamaan sehinggakan sekiranya mereka menjadi guru kelak, apa yang kita lakukan terhadap mereka hari ini akan menjadi ikutan mereka kelak. Konsep 'Bapak Borek, Anak Rintik' berlaku disini. Kalau cikgu borek, maka anak muridnya akan menjadi rintik?

Aspek yang tidak kurang penting ialah guru yang pandai berjenaka. Amalan jenaka atau kecindan akan membantu mengurangkan jurang pemisah komunikasi antara guru dan murid. Gelak tawa semasa berinteraksi antara guru dengan murid akan menjadikan hubungan guru-murid lebih mesra dan erat. Ingatlah wahai para guru, anak murid kita sentiasa memerlukan 'kawan' dalam kehidupan sosial mereka dalam persekitaran sekolah. Selain daripada rakan sekelas, atau sekolah, guru adalah merupakan kawan yang boleh mereka kongsi cerita dan jenaka yang bukan semata-mata berunsurkan akademik.

Kalau tuan-tuan pernah menonton cerita The Freedom Writers, anda dapat melihat bagaimana seorang guru yang begitu gigih mendidik anak didiknya daripada golongan yang hidup dalam persekitaran sosial yang teruk menajdi seorang manusia yang berguna. Harian Metro beberapa minggu lepas telah memaparkan kisah ini sekali lagi. Kalau anda berpeluang, carilah filem tersebut dan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Ini adalah satu kisah benar yang telah difilemkan. saya pernah menulis dalam blog ini mengenai kisah tersebut pada tahun 2008 selepas menonton filem tersebut.Kisah seorang guru yang bernama Erin Grunwell yang dilakukan semula oleh Hilary Swank terbitan Paramount Pictures tahun 2007. Cikgu Erin yang dikenali sebagai Miss G telah berjaya mengnerbitkan sebuah buku yang berjudul The Freedom Writers Diary, hasil tulisan anak muridnya yang berasal daripada kawasan penduduk yang bermasalah. Akhirnya semua anak didik beliau dapat masuk ke universiti. Tahun ini adalah ulang tahun ke 10 mereka dan Erin Grunwell berjaya sekali lagi menerbitkan sebuah buku yang berjudul Teaching Hope. Saya ada scan keratan akhbar ini dan sekiranya tuan/puan ingin berkongsi, saya akan kirimkan. Dan kalau boleh dapat filem ini, saya ingin memilikinya. Sesiapa yang ada saya minta hubungi saya. Kita boleh jadikan filem ini sebagai bahan bantu mengajar, terutamanya sebagai motivasi kepada guru-guru. Untuk pengetahuan, Cikgu Erin Grunwell masih ada dan meneruskan kejayanya dalam bidang perguruan.


Ini adalah gambar Hilary Swank (depan) (aktress yang melakunkan watak Miss G)bersama Erin Grunwell (Miss G dalam filem tersebut)

3 comments:

Ismail said...

Saya suka menonton satu video di internet berkenaan seorang guru membuat penilaian yang salah tentang salah seorang muridnya yang menyebabkan dia telah membuat tindakan yang salah juga. tetapi selepas membuat penyelidikan tentang latar belakang pelajar tersebut, dia mula mengubah persepsi dan tindakannya terhadap pelajar berkenaan. tontonlah video yang baik ini di http://www.makeadifferencemovie.com/

Dr Shaffe said...

Saya dah dapat VCD The Freedom Wrtiters daripada MPH Bookstores

Anonymous said...

thanks for the info...
especially untuk saya bakal guru nanti..