Monday, September 30, 2013

SOROTAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW)




Seseorang penulis bahan atau artikel akademik perlu mempunyai kemahiran untuk membuat sorotan literatur (literature review) supaya beliau dapat menghubungkitkan idea beliau dengan idea orang lain melalui pembacaan daripada pelbagai sumber maklumat. Penulis bukanlah menceduk seratus peratus maklumat daripada bahan yang dirujuk, tetapi menggunakan idea daripada bahan tersebut dan membincangkannya bersama-sama dengan idea pemulis dan juga idea-idea lain daripada pelbagai bahan rujukan yang telah dibaca.


Berikut dipaparkan sedikit maklumat mengenai sorotam literatur:
 


Maksud Sorotan Literatur

Sesuatu bidang atau disiplin ilmu wujud seperti bidang pendidikan didokong oleh badan pengetahuan. Badan pengetahuan terdiri daripada rangkaian teori yang berkat dengan bidang berkenaan. Teori-teori pada sesuatu bidang diperoleh dan dikumpul melalui penyelidikan. Penyelidik peru mengkai perkembangan bidang ilmu dimana masalah yang ingin dikaji itu tergolong. Kajian terhadap perkembangan bidang ilmu ini dikenai sebagai sorotan literatur.

Fungsi Sorotan Literatur

Terdapat tujuh fungsi sorotan literatur;

  1. Sorotan literatur meningkatkan pemahaman penyelidik tentang teori-teori terkini dalam bidang di mana masalah dikaji. Pemahaman teori memberi perspektif terhadap penyelidikan yang dilakukan. Perspektif yang betul membolekan kajian terhadap masalah dilakukan secara objektif, teratur dan rasional, sebagaimana keperluan saintifik dalam proses penyelidikan. Walaupun terdapat teori yang diperoleh daripada pengetahuan bidang umum, teori khusus yang terdapat dalam sesuatu disiplin ilmu lebih berguna.
  2. Sorotan literatur membantu menjelaskan latar belakang masalah yang dikaji penyelidik akan mengetahui di mana dan bila beliau perlu memulakan kajian. Penyelidik juga akan mengetahui di mana dan bagaimana beliau perlu menyempurnakan kajian. Sekiranya penyelidik A telah mengkaji sesuatu masalah setakat X sahaja, maka kita perlu meneruskan penyelidikan A itu sehingga ke tahap Y. Usaha ini akan memastikan kesinambungan dan peningkatan teori bagi memperkukuhkan sesuatu bidang ilmu.
  3. Sorotan literatur mendedahkan penyelidik kepada kaedah dan teknik bagi mendapatkan jawapan dan penyelesaian masalah kajian. Penyelidik boleh mempelajari kaedah dan teknik yang digunakan oleh penyelidik lain bagi menyelesaikan masalah dan membentuk teori.
  4. Sorotan literatur membantu penyelidik mengelakkan diri daripada mengulangi kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh penyelidik sebelumnya. Penyelidik boleh mempelajari kelemahan yang berlaku dan mengambil iktibar supaya tidak berulang.
  5. Sorotan literatur membantu penyelidik mentafsir dapatan kajian yang akan diperoleh. Penyelidik boleh mempelajari bagaimana penyelidik lain mentafsir dapatan penyelidikan dan membentuk teori. Pengetahuan seperti ini membiasakan penyelidik untuk membuat tafsiran dengan betul dan tepat kepada dapatan yang akan diperolehi.
  6. Sorotan literatur membantu penyelidik meningkatkan kewibawaannya dalam disiplin ilmu yang dikaji. Keupayaan, kebolehan dan pengetahuan penyelidik dalam bidang yang dikaji membolehkan beliau menerima pengiktirafan profesional daripada rakan penyelidik.
  7. Sorotan literatur membantu meningkatkan keyakinan dan motivasi penyelidik. Penguasaan teori dalam bidang yang dikaji membolehkan penyelidik yakin dengan keupayaan diri dan seterusnya memberi dorongan kepada diri sendiri untuk melakukan penyelidikan sehingga sempurna dengan cekal dan tabah.
  Sumber Literatur

  1. Jurnal
  2. Kamus dan glosari
  3. Ensiklopedia
  4. Abstrak dan indeks

Kaedah Membuat Sorotan

  1. Internet bagi melayari laman web
  2. Penggunaan abstrak jurnal dan indeks
  3. Penggunaan pengimbas bibliografi
  4. Penggunaan kamus perkara dan ensiklopedia
  5. Penggunaan katalog perkara
  6. Penggunaan sesebuah buku atau makalah yang diketahui

Mencatat Maklumat Sorotan Literatur

  1. Masalah atau isu yang menjadi asas kajian sumber
  2. Idea, gagasan dan teori berkaitan yang digunakan oleh sumber
  3. Idea, gagasan dan teori atau rangka kerja sumber
  4. Kekuatan dan kelemahan rekabentuk kajian sumber dari segi kaedah, instrumen, persampelan, pengumpulan data, analisis data, dapatan dan tafsiran dapatan kajian

No comments: